Alhamdulillah, genap 10 tahun rupanya berkongsi hidup dengan awak. Terima kasih kerana menerima saya seadanya. Dari dulu hingga sekarang, perkataan comel, cantik tak lekang dari mulut. Terima kasih kerana menyayangi saya dan anak-anak. Terima kasih atas segala pengorbanan. Ye, awaklah suami yang terbaik, dan saya tak nak ada suami lain yang lebih baik kerana hanya awak yang saya harap kelak menjadi suami saya di akhirat. Insyaallah. Saya sayang awak kerana Allah.
Sila jangan muntah hijau bila baca ayat2 romantis itu. Bukan selalu dapat ucapkan dan lafazkan, dan bukan senang nak sampai 10 tahun usia perkahwinan. Walau apa pun, Insyaallah, semakin hari semakin sayang.
Insyaallah, hari ini berada ke Seoul, company trip sekali dengan wedding anniversary. Pakej. Walaupun terpaksa tinggalkan anak-anak, tapi betul juga kata seorang teman, kena ada waktu berdua. Dah lama kami tak habiskan masa berdua. Selalunya mesti disertai oleh anak-anak. Walaupun pada mulanya berhajat nak tinggalkan anak tetapi lepas tu mesti tak sampai hati maka bawa semua anak-anak ikut serta.
Saya perlu kuatkan hati dan semangat, tak kan nak tunggu anak-anak dah berumahtangga baru nak ada masa berdua kan? ayat menyedapkan hatii yang sedih. Insyaallah akan update tentang Korea nanti.
No comments:
Post a Comment