Banyak aktiviti yang dibuat tak dapat diupdate dlm blog ini. Layan gambar aje la ye.
bekalan untuk pagi ni - roti dgn nutella untuk abang Hadif, Air masak pun untuk abang Hadif, baby pasta dan chicken soup untuk kakak dan Adik.
Baby pasta ni rebus lepas tu letak minyak zaitun sikit
sup ni saya masak dgn stok yang dibuat sendiri. Ganti stok ayam knor sebab nak kasi anak-anak makan, saya tak mahu yang ada MSG bagaikan, so buatlah sendiri. lepas tu letak puree tomato yang buat sendiri juga.
Roti sapu nutella kegemaran abang hadif, bawak lebih sikit sebab nak makan dengan kawan-kawan kat KAFA
Percubaan buat kek mentega @ buttercake, alhamdulillah menjadi dan digemari ramai. hihihi
Resepi
5
biji telur saiz A
180
gram gula kastor - saya kurangkan jadi 150 gram.
200
gram tepung naik sendiri + 3/4 sudu makan
rata baking powder. Ayak ya tepung dengan baking powder.
250
gram butter -
1/2
sudu teh esen vanilla.
rasa macam nak buat lagi la...
buat tiramisu kek dan bakar makaroni untuk tetamu ku Hajah Hanani. Best dengar cerita dari Tanah Suci...adik hajah..nanti kita jumpa lagi..kali ni ramai2 kita makan2 lagi sampai pengsan eh...
4 comments:
perghhhh..gambar makanan...letak resepi sekli bolehhhh..
kak zue: eii malulah nak tepek resepi..semua main gugel aje kah kah kah...
teringat2 makaroni bakar tu. sedap!!
terima kasih ye k.intan, nanti bleh la dtg lagi. hikhikhik
nani: nanti kita jumpa lagi..kita makan2 sampai pengsan..hahaha
Post a Comment