Monday, March 17, 2008

Cerita tentang Nazreen

Last week, hari Isnin time aku nak naik first floor (opis aku), one of ofismate bagitau, anak kak Norasmah, Safety Dept meninggal dunia accident. Time tu kat tangga, maka terjelepuklah aku kat tangga time tu. Dapat aku rasakan betapa sedihnya dan betapa remuknya hati seorang ibu menerima ketentuan anak yang dikandungnya pergi dalam usia yang begitu muda.

Kak Nor merupakan ibu tunggal kepada 3 orang cahayamata. Nazreen, (arwah) ada abang kembar. Aku jumpa arwah masa gas malaysia buat hari raya open house tahun lepas. Cute sangat budaknya. Tak sangka itulah kali terakhir aku melihat Nazreen. Sebelum ni, ada jugak aku mendengar keluhan kak Nor tentang anak bujangnya itu. Maklum sahajalah, anak yang membesar dalam keluarga yang ibubapanya bercerai, emosinya pasti terganggu. Tambahan pula anak lelaki, biasanya lelaki ini luaran nampak hebat, tapi jauh disudut hati, hanya Allah sahaja yang tau.

Menurut ceritanya (cerita atas cerita...) Arwah on the way balik dari Cyber Cafe dalam pukul 10.30 malam. Dan menurut kak Nor, dalam pukul 10 malam tu kak nor call arwah, tanya kat mana..bila nak balik. Arwah bagitau yang dia dah nak balik. Tup tup, kol 10.30 mlm tu kawan arwah call, bagitau arwah accident. Sebenarnya arwah dah meninggal di tempat kejadian. Leher dan kakinya patah. Menurut rakan arwah, dalam perjalanan balik ke rumah, arwah cuba mengelak dari sebuah kereta, dah arwah terlanggar divider jalan lantas terpelanting terkena pokok pinang ditepi jalan. Ya Allah..tak dapat aku bayangkan keadaannya!

Aku pi menziarah ke Puncak Alam dgn Kak shilla. Sempatlah kami bacakan yassin sebelum jenazah tiba di surau. Bila diberi peluang melihat jenazah, tak sedar air mata menjejeh2 turun macam hujan. Dalam hati aku ni dok teringatkan Kak Nor. Betapa hancur luluh hati seorang ibu waktu itu. Hanya mereka yang dah jadi ibu je tau mcm mana rasanya kan? Sempat jumpa girlfriend arwah. GF arwah siap tunjuk gambar yang diorang ambil dihari sebelum kejadian. Rupanya Arwah dah tahu dia nak pergi. Siap hantar sms kat GF bagitau dia nak pergi jauh. Kak Nor cerita, malam sebelumnya tu, arwah sibuk mengemas rumah. Sampai pukul 3 pagi. Dia kata orang nak datang rumah.

Semoga Arwah Nazreen ditempatkan disisi orang2 yang beriman. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga Kak Nor terus tabah dan redha dgn ketentuan Allah. Dari Allah kita datang..kepada Allah jua kita kembali...


soksek: Mohon pada Allah, Biarlah aku pergi dulu dari orang2 yang aku sayang.....
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!