Sunday, March 23, 2008

Penat tahap dewa

Super duper busy. Adik yang nak kawin, tapinya alongnya yang busy. Ye la, as anak sulung, memang standard la gitu kan..kejap barang ni tak cukup, kejap nak kena beli barang tu..duh..letih sangat. Mujurlah hubby memahami.

Hari ni tetamu jauh datang berkunjung. Ingat tak tentang entry "Only God knows why" yang pernah aku tulis dulu? cerita tentang sahabat baik aku yang jatuh sakit tu.. alhamdulillah, Ayu dah semakin sembuh. Happy sangat dapat jumpa ayu. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk Ayu...sampai jumpa lagi Ayu..mai lagi umah kami...kalau ada kekurangan layanan mintak maaf no... Gambar nanti2 aku upload. Ni nak tido dulu..tak tertahan rasanya melayan letih dan lesu ni. Bila fikir2kan..ada lagi 3 adik aku yang belum lepas...huhuhu..

Malam ni tido ngan hadif jek..hubby ada course kat Paka. Esok balik, tapi esok dia kena temankan aku tido hotel... on Tuesday and Wednesday aku kena attend seminar kat Hotel Maya, KL. So blog ini akan berhenti bersiaran buat sehari dua..sebabnya seminar tu start kol 9 pagi, habis kol 5:30 ptg. Aje yang giler. Penat le, ape lagi. Maknanya, akak kena lah berehat..sampai jumpa lagi...babai..

soksek: sampai ke agaknya hati aku ni tak spend masa berdua je dgn hubby..tinggalkan hadif dgn opah dia?

Entry seterusnya (dek sebab esok nak pi conference, so kena update panjang2 sikit, betul tak?

Hakikat Seorang Wanita

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah. Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra', Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.

-amik dari email yang dihantar oleh kawan..

3 comments:

pB said...

salam .

sekali sekala kena gak berdua duaan aja ...

Intanaziela said...

Pb: tu laa...tapinya perasaan tak sampai hati tu sentiasa bersarang dihati..huhuhu

mc ta said...

ish, bestnya ada adik ramai, boleh rasa jadi wedding planner ek?? :)
Kita anak bongsu ah..he...he..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!