Friday, March 21, 2008

Special Tribute to Nabee Muhammad (s.a.w)

Semalam cuti umum. Skul Hadif ada buat sambutan Maulidur Rasul. Kami (babah, mama, hadif, opah, atuk, onyang) antara yang lambat pagi tu. Mama hantar hadif kat tempat kawan2 dia berkumpul. Tapi tak tau kenapa che abang tu bad mood pagi tu. Tambahan pulak kena letak flowers kat atas songkok..lagi la member bengang. Dia memang pantang kena hias2 cam gitu, hihihi. Jenuhlah teachernya melayan kerenah dia.




Habis berarak ada ceramah. Tapinya kami berlima ni tak breakfast pun lagi dek kerana kelewatan yang kami sengaja cipta. So lepas bergambar lebih kurang, kami pi minum pagi kat bukit saga. Lepas tu kami pun balik la umah. Kononnya nak tido jek..cooti la katakan, tapi teringat yang birthday present untuk babah tak beli lagi. Next week mama ada conference kat KL, pas tu dok berkepit je dgn dia, cam ne nak beli. Ajak opah hadif teman pi Bukit Tinggi Klang. Dalam kepala tu memang dah aim satu benda tu. Nak tau apa?



tara... inilah dia untuk babah...harap babah suka la yek....tak suka pun kena la suka..


Dah lama pasang niat nak belikan sunglass baru untuk hubby. Cumanya takut tak kena dgn selera dia...tapi alhamdulillah, nampak gayanya cam berkenan. Latest design tau babah, sorry la pasal tak beli jenih Quick Silver yek.. may be another 4 years? emuhahahahah.


soksek: Birthday babah sebenarnya 7 April nanti, tapinya time tu dia dah balik offshore. Standard la kami ni kalau hadiah birthday memang kasi awal..kalau birthday aku pun gitu jugak.








3 comments:

aNIe said...

Best..best...birthday dpt present...kak lady ngan hubby main wish2 aje...heheheh

mc ta said...

kita nampak intan & family datang. ooooo..dtg lambat yea..he..he..
Tapi lepas intan hantar hadif kat pdg..kita pun dah tak nampak dah..sibuk dok ambik gambar danish.
Lagipun kita org.kul 9.30 pagi dah cabut daaa..lapau lah..he..he..

Intanaziela said...

kak lady: setahun sekali kak lady...
mc ta: naper la tak tegur...kalau tak leh la kita berkenalan..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!