Wednesday, June 4, 2008

My Favourite Topic

Bertemu jodoh di internet

Perkenalan di Tagged.com lahirkan bibit cinta Irfan dan Idura 'JODOH ada di mana-mana', melalui internet juga individu boleh mendapat pasangan. Bukan sekadar teman di kala sunyi malah teman sehidup dan semati. Sehingga kini MIRC, Yahoo Messenger, Friendster dan My Space adalah antara ribuan ruang siber untuk berkomunikasi, berkenalan serta bertukar pendapat. Namun ada juga yang memilih ruangan ini untuk mencari jodoh. Sukar untuk ditafsir, walau tidak pernah bersua muka, cukup hanya berkenalan di alam maya, perasaan kasih dan sayang ada kalanya melebihi mereka yang berada di hadapan mata. Mungkin ramai yang kurang percaya jodoh menerusi internet ini, tetapi masih ada yang berpendapat internet adalah satu daripada cara seseorang bertemu jodoh.

Antara mereka yang berkenalan dan bertemu jodoh di internet ialah Munir I’rfan Ramlee, 27, seorang ahli perniagaan dan pasangannya, Nur Izatul Idura Mohd Jamil, 26, Setiausaha Fakulti Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kisah percintaan istimewa mereka diungkai dalam rancangan Keluarga Di 9 (KD9) menerusi slot Kongsi Rasa Kongsi Rahsia yang dihoskan Nora. Bibit percintaan pasangan dua sejoli ini bermula ketika mereka berkenalan menerusi Tagged.com pada Februari 2007. Perasaan saling merindu dan tidak cukup hanya foto menjadi tatapan, membuatkan mereka mengambil keputusan untuk bertemu kali pertama di tempat kelahiran Idura, iaitu Pulau Pinang pada 30 Mac tahun sama.

Kebetulan rakan Irfan melangsungkan perkahwinannya di negeri itu. Sebagai membuktikan keikhlasannya ingin berkawan dengan Idura, Irfan bertemu dengan keluarga gadis idamannya itu. Mereka saling berkenalan dan Irfan mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 1 September 2007 dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Tidak mahu melengahkan perkara baik, mereka selamat disatukan pada 9 Februari lalu dan mengadakan majlis sambut menantu di rumah sebelah keluarga pihak lelaki di Bagan Datoh, Perak pada 15 Mac lalu. Mengimbas percintaan mereka menerusi internet, seperti ada keserasian antara mereka, Idura yang agak sukar memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali, begitu mudah memberikannya kepada Irfan walau kali pertama menghulurkan salam perkenalan. Percaya cinta menerusi internet, pasangan ini berharap kebahagiaan rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat. Nasihat mereka kepada yang bercinta menerusi internet supaya berhati-hati dan ikhlas dalam menjalin hubungan.

Pensyarah di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru, Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang ditanya mengenai kesahihan jodoh di internet berkata, jodoh internet adalah satu cara untuk berhubung pada zaman moden ini, berbanding sebelum ini hanya menggunakan surat dan khidmat orang tengah untuk berkomunikasi.


“Islam tidak melarang kita menggunakan teknologi dalam mengeratkan hubungan silaturahim, namun perlu mengelakkan percintaan itu daripada menghampiri zina. “Mencari jodoh menerusi internet juga tidak salah, tetapi untuk mencari yang jujur agak sukar. Jadi untuk mencari pasangan hidup kita perlu berjumpa untuk mengenali secara realiti kerana kita akan hidup bersama bukan untuk sehari dua.


“Seperti cerita pada zaman Rasulullah, seorang sahabat hanya bertawakal untuk berkahwin tanpa mahu melihat dahulu pasangannya, namun keesokan harinya, sahabat itu berjumpa Rasulullah lalu menyatakan rasa kesalnya tidak melihat pasangan itu terlebih dahulu kerana isterinya seorang yang pendek dan hitam,” katanya. Justeru, apabila menyentuh soal jodoh, katanya seseorang itu perlu berhati-hati dan mencari pasangan bukan sekadar rupa tetapi yang lebih penting pegangan agamanya supaya rumah tangga aman dan bahagia. KD9 adalah rancangan bual bicara yang memaparkan isu kekeluargaan dan kemasyarakatan meliputi empat slot iaitu Siapa Kata (Isnin), Jiwa Raga (Selasa), Dua Generasi (Rabu) dan Kongsi Rasa Kongsi Rahsia (Khamis) disiarkan secara langsung setiap jam 1 hingga 2 petang. - Berita Harian, 4/6/2008
soksek: Cinta itu apabila kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat....I love this topic. Menarik..nanti2 will jot down something about it...tapi tak tau la bila...huhuhu..

3 comments:

Kemat said...

sama la..saya suka gak bila dengar citer bab cara pasangan berkenalan..romantik ada, kelakar pun ada..masing-masing dengan cara yang berbeda

Intanaziela said...

kemat: huhuhu..sukar nak gambarkan perasaan time tu kan? hihihi, btw, suka gak baca citer awak dan awek che'egu..

oli said...

ramai orang yang bercinta melalui internet...

Re=username : anakoliole
p/word : bambina

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!