Thursday, March 27, 2008

A Journey of Mine!

Mula2 tu cuak jugak ler..maklumlah tak dapat gambaran sebenar tentang course yang bakal dihadiri. Tapi bila dah pi, minggle around dgn everybody, overall course ni memang la best. Walaupun door giftnya cuma seketul organizer dan sekaki payang.. besides mak dapat luck draw lagi tu..heheheh tapi knowledge yang disampaikan amatlah memuaskan hati. Kawan2 baru pun best..dari opis aku ni ada lagi dua orang yang pi.

Hari pertama tu, lepas habis course kami pi dinner kat Crown Mutiara Plaza Hotel, tapi sebelum tu hubby heret aku berjalan2 di Pavillion. Waduh..cam rasa berjalan kat Paris kaa..London kaa..
Pas tu barulah kami dinner. Time tu aku dah flat giler. Tak berapa lalu nak makan. Penat la katakan..tambahan pulak tengahari tu lunch kat Hotel Maya memang marvelous..

Hari Kedua aku kena balik naik public trasport. Pasalnya tak kan hubby nak pi mai pi mai amik aku kan..so balik la naik lrt, naik komuter..naik teksi. Punyalah lama dah tak naik public trasport, cam jakun je aku jadiknya. Puas la menghidu bau2 mat bangla yang baru sampai agaknya. Nasib baiklah kejap je dah sampai kat stesen batu 3. Hubby dan Hadif dah tunggu.

Dan, sama je macam semalam, aku keletihan. Harap2 esok dah ilang la letih, pasal tak sabar nak apply kan apa yang dipelajari semalam..ahaks... yo yoo aje ek?

soksek: Fikirkan boleh!

Wednesday, March 26, 2008

Letihnya!

Letih yang teramat yek tuan puan... sangat2. Hari pertama, sampai umah lepas mandi terus pengsan...sebelum tu cakap pun dah merapu. Sampai hubby tanya teruk sangat ke kursus sebab aku sampai tak boleh nak bercakap. Cerita selanjutnya esok je la yek. Nak tido la..penat. Tapi tak sabar nak share perkara yang menggembirakan hati aku as a mother. Dalam message book hadif ada teacher dia tepek dua keping gambar masa dia pi rombongan ke M.I.A.T tempohari. tengoklah kat bawah tu yek..aku just amik je balik gambar tu dgn kamera...so quality of pics amatlah tidak memuaskan okeh.

Happy sangat..ingatkan tak de pics...rupanya teacher dia ingat jugak nak capture gambar dia...!

soksek: Nasib baiklah course ni cuma dua hari...


Sunday, March 23, 2008

Penat tahap dewa

Super duper busy. Adik yang nak kawin, tapinya alongnya yang busy. Ye la, as anak sulung, memang standard la gitu kan..kejap barang ni tak cukup, kejap nak kena beli barang tu..duh..letih sangat. Mujurlah hubby memahami.

Hari ni tetamu jauh datang berkunjung. Ingat tak tentang entry "Only God knows why" yang pernah aku tulis dulu? cerita tentang sahabat baik aku yang jatuh sakit tu.. alhamdulillah, Ayu dah semakin sembuh. Happy sangat dapat jumpa ayu. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk Ayu...sampai jumpa lagi Ayu..mai lagi umah kami...kalau ada kekurangan layanan mintak maaf no... Gambar nanti2 aku upload. Ni nak tido dulu..tak tertahan rasanya melayan letih dan lesu ni. Bila fikir2kan..ada lagi 3 adik aku yang belum lepas...huhuhu..

Malam ni tido ngan hadif jek..hubby ada course kat Paka. Esok balik, tapi esok dia kena temankan aku tido hotel... on Tuesday and Wednesday aku kena attend seminar kat Hotel Maya, KL. So blog ini akan berhenti bersiaran buat sehari dua..sebabnya seminar tu start kol 9 pagi, habis kol 5:30 ptg. Aje yang giler. Penat le, ape lagi. Maknanya, akak kena lah berehat..sampai jumpa lagi...babai..

soksek: sampai ke agaknya hati aku ni tak spend masa berdua je dgn hubby..tinggalkan hadif dgn opah dia?

Entry seterusnya (dek sebab esok nak pi conference, so kena update panjang2 sikit, betul tak?

Hakikat Seorang Wanita

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah. Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra', Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.

-amik dari email yang dihantar oleh kawan..

Friday, March 21, 2008

Special Tribute to Nabee Muhammad (s.a.w)

Semalam cuti umum. Skul Hadif ada buat sambutan Maulidur Rasul. Kami (babah, mama, hadif, opah, atuk, onyang) antara yang lambat pagi tu. Mama hantar hadif kat tempat kawan2 dia berkumpul. Tapi tak tau kenapa che abang tu bad mood pagi tu. Tambahan pulak kena letak flowers kat atas songkok..lagi la member bengang. Dia memang pantang kena hias2 cam gitu, hihihi. Jenuhlah teachernya melayan kerenah dia.




Habis berarak ada ceramah. Tapinya kami berlima ni tak breakfast pun lagi dek kerana kelewatan yang kami sengaja cipta. So lepas bergambar lebih kurang, kami pi minum pagi kat bukit saga. Lepas tu kami pun balik la umah. Kononnya nak tido jek..cooti la katakan, tapi teringat yang birthday present untuk babah tak beli lagi. Next week mama ada conference kat KL, pas tu dok berkepit je dgn dia, cam ne nak beli. Ajak opah hadif teman pi Bukit Tinggi Klang. Dalam kepala tu memang dah aim satu benda tu. Nak tau apa?



tara... inilah dia untuk babah...harap babah suka la yek....tak suka pun kena la suka..


Dah lama pasang niat nak belikan sunglass baru untuk hubby. Cumanya takut tak kena dgn selera dia...tapi alhamdulillah, nampak gayanya cam berkenan. Latest design tau babah, sorry la pasal tak beli jenih Quick Silver yek.. may be another 4 years? emuhahahahah.


soksek: Birthday babah sebenarnya 7 April nanti, tapinya time tu dia dah balik offshore. Standard la kami ni kalau hadiah birthday memang kasi awal..kalau birthday aku pun gitu jugak.








Tuesday, March 18, 2008

Shah Alam Menjerit

Hari ni pi opis hubby yang hantar. Kenapa? tak percaya? heheheh sepatutnya memang hubby lom balik lagi dari offshore, tapinya dia balik awal, hari ni dia nak settle urusan pembelian motor dia..lepas ni kami akan jadi seperti pasangan dalam filem KL Menjerit...tapi ayat "Kuala Lumpur..tunggguuuu!!" tu kena tukar gini "Gas Malaysia....tungguuuuu". Tak tahan rasanya mengharuk jem kat Kesas ni. 5 Tahun dulu, waktu kami pindah ke Bkt Kemuning, dari rumah ke opis cuma amik masa dalam 10 ke 15 minit je. Sekarang? Jangan harap! Nak sampai ofis yang cuma 14km dari rumah amik masa 30 ke 45 minit. Aje yang giler! Tu yang bila hubby kata dia nak beli motor sebijik..aku agree je. Boleh la merempit gi ofis. Lepas ni tak leh la pakai baju kurung pi ofis. Kena pakai yang mudah nak merempit..hehehhehe


ni la ropernye yamaha LC yang bakal di bawak pulang...ni gambar amik dari page orang ...

Kat atas tu bukan gambar motor yang hubby beli. Belum dapat lagi okeh. Tak tau lagi kaler apa. Tapi kalau tanya Hadif, for sure dia kan jawab beli ker "Red". Hari tu babah dia kata tak mo la kaler red..cam postman..apa2 kaler pun tak pe..janji tak perlu hadap jem yang boleh senakkan kepala otak aku ni...sebenarnya aku prefer skuter, tapi hubby tak minat. Ha, gasaklah..dia gak yang nak merempit nanti..huhuhu
oklah, jumpa lagi nanti2..

soksek: wreng.......wreng......vrooommm

Monday, March 17, 2008

Cerita tentang Nazreen

Last week, hari Isnin time aku nak naik first floor (opis aku), one of ofismate bagitau, anak kak Norasmah, Safety Dept meninggal dunia accident. Time tu kat tangga, maka terjelepuklah aku kat tangga time tu. Dapat aku rasakan betapa sedihnya dan betapa remuknya hati seorang ibu menerima ketentuan anak yang dikandungnya pergi dalam usia yang begitu muda.

Kak Nor merupakan ibu tunggal kepada 3 orang cahayamata. Nazreen, (arwah) ada abang kembar. Aku jumpa arwah masa gas malaysia buat hari raya open house tahun lepas. Cute sangat budaknya. Tak sangka itulah kali terakhir aku melihat Nazreen. Sebelum ni, ada jugak aku mendengar keluhan kak Nor tentang anak bujangnya itu. Maklum sahajalah, anak yang membesar dalam keluarga yang ibubapanya bercerai, emosinya pasti terganggu. Tambahan pula anak lelaki, biasanya lelaki ini luaran nampak hebat, tapi jauh disudut hati, hanya Allah sahaja yang tau.

Menurut ceritanya (cerita atas cerita...) Arwah on the way balik dari Cyber Cafe dalam pukul 10.30 malam. Dan menurut kak Nor, dalam pukul 10 malam tu kak nor call arwah, tanya kat mana..bila nak balik. Arwah bagitau yang dia dah nak balik. Tup tup, kol 10.30 mlm tu kawan arwah call, bagitau arwah accident. Sebenarnya arwah dah meninggal di tempat kejadian. Leher dan kakinya patah. Menurut rakan arwah, dalam perjalanan balik ke rumah, arwah cuba mengelak dari sebuah kereta, dah arwah terlanggar divider jalan lantas terpelanting terkena pokok pinang ditepi jalan. Ya Allah..tak dapat aku bayangkan keadaannya!

Aku pi menziarah ke Puncak Alam dgn Kak shilla. Sempatlah kami bacakan yassin sebelum jenazah tiba di surau. Bila diberi peluang melihat jenazah, tak sedar air mata menjejeh2 turun macam hujan. Dalam hati aku ni dok teringatkan Kak Nor. Betapa hancur luluh hati seorang ibu waktu itu. Hanya mereka yang dah jadi ibu je tau mcm mana rasanya kan? Sempat jumpa girlfriend arwah. GF arwah siap tunjuk gambar yang diorang ambil dihari sebelum kejadian. Rupanya Arwah dah tahu dia nak pergi. Siap hantar sms kat GF bagitau dia nak pergi jauh. Kak Nor cerita, malam sebelumnya tu, arwah sibuk mengemas rumah. Sampai pukul 3 pagi. Dia kata orang nak datang rumah.

Semoga Arwah Nazreen ditempatkan disisi orang2 yang beriman. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga Kak Nor terus tabah dan redha dgn ketentuan Allah. Dari Allah kita datang..kepada Allah jua kita kembali...


soksek: Mohon pada Allah, Biarlah aku pergi dulu dari orang2 yang aku sayang.....

Sibuknya Che Kiah!

Last night is my brother's kenduri meletak kerja. Ala..yang bincang2 pasal sape yang nak buat kerja time kenduri nanti. Adoi, penat giler..baru kenduri kecil2lan..time hari besar nanti mau telentang aku dibuatnya. Huh..bukan senang nak dapat adik ipar kan? Tapi tak pe la, time aku dulu adik2 pun dah berpenat lelah menyempurnakan majlis. Mujur la che abang aku tu dah pandai bawak diri.

Hari ni pulak sibuk bawak mak gi beli barang2 yang tak lengkap lagi. Gi beli bunga telur...paper bags..oh lala..bestnya barang2 perkahwinan sekarang. Time aku dulu tak de pun..huhuhu.. Mak sewa pintu gerbang. Mulut aku pun mengomel la..naper time orang dulu tak de pun? mak kata time dulu caranya lain..time sekarang caranya lain.. amoi cina kat kedai tu cakap cam gini "aiyaa adik ipar...kawin lagi sekali la..." gilo ko apo...cukuplah den kawin sekali yo seumo idup. Bak kata Jamal Abdillah tu..kekasih awal dan akhir...aci gitu?

Time sibuk berkemas2 kat bawah, hubby call. Dia call tipon umah. Macam selalu la. Walaupun kami ni dok jauh2an, tapi setiap hari hubby akan call aku anak beranak. Tak la lama, tambahan bila hadif dah pandai bercakap, memanjang je berebut nak bercakap dgn babah dia. Ada masa tu aku cuma leh cakap seminit je. Lepas cakap dgn hubby aku sambung balik susun jambangan bunga yang aku beli siang tadi, pas tu dengar handphone berbunyi. Tengok ada miss call. Tengok nombor, tertera nombor tipon hubby. Aik? hahhahahah Jahat tau awak yang....tak mo kawan!! Rupanya hubby dah ada kat darat. Balik awal rupanya. Dia kata saje nak suprise bini...rindu..sekali choper pukul 6 petang baru ada. Ha ha ha.. nampak gayanya bermalam kat umah abang dia kat kuantan ler jawabnya...tadi dia hantar sms tanya aku dah tido ke belum, pas tu ajak jumpa dalam mimpi..ekekkekekek. That's my hubby. A lot of suprising. Ada masa aku jadi kelu. Ada masa aku jadi kaku. Itulah yang membuatkan aku sayang sangat kat dia. (err...yang..ayat power tak? peh!)

oklah, nak tido. Asalnya tadi aku memang dah tido, tapi hadif bangun mintak aku bancuhkan milo, terus mata tak mau lelap. Aku ni memang gini, kalau badan letih, memang payah nak lelap mata...

soksek: Tiba2 teringatkan kak nor, my officemate yang kehilangan anak dalam accident last week. may be tomorrow if I have a time, I will write something about kak nor's son. Kak Nor, I know u must hate hearing this, but, pls know I hope you will stay strong. This is a test from Allah s.w.t. Do remember, things happened with His willingNess. Redha dgn Qada' and QadarNya ok. But I know, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Friday, March 14, 2008

Rindu


Semalam my mom balik kg, nak menjemput saudara mara...maklumlah, kenduri kawin my brother just around the corner. Yang sedih, anak bujang ku itu dibawa bersama..sebab tak de sama tak jaga, aku tak boleh cuti... hati aku ni cuak giler kena berpisah tido dgn anak ku itu, sepanjang hari aku asyik call mak je, tanya itu..make sure itu..sampai mak aku sound aku "macam la mak ni tak pernah beranak kecik!" hehehehhe


Hadif pulak, bila aku tanya..tak sedih ke nak tinggalkan mama, dia boleh cakap gini "mama jangan la sedih, esok hadif balik la..." huaaaaaaaaaa.

Dok citer dgn hubby (dia kat offshore sekarang nih), hubby kata aku kena belajar tinggalkan anak dgn opah ni, pasal next week, aku ada course kat Hotel Maya, KL; and time tu hubby nak aku tinggalkan anak dgn opah dia. Kira cam honeymoon la ye yang? aiiyak... Dah biasakan, mana je aku pergi aku akan heret anak aku. Seingat aku, hadif hanya akan berjauhan dgn aku time aku pi teambuilding. Kalau aku keluar berdua2an dgn hubby pun..mesti hati ni gelisah nak balik, ingat kat dia. Tapi kalau pi mana2 bawak dia, confirm aku dgn hubby stress...hehehhe mana taknya..ligat yang amats. Walau apa pun, dialah segalanya dalam hidup aku..dialah buah hati..dia la kawan gaduh..dialah semua. Huhuhu...bosannya kena dok sorang2...Rindu kat anak..rindu kat hubby...

soksek: kadang2 kita kena amik masa berdua dgn pasangan kita untuk eratkan lagi kasih sayang...(ayat hubby..aku pinjam..kekekekek)

Tuesday, March 11, 2008

School Holiday

Cuti sekolah ni kami anak beranaknomad ke rumah mak. Time opah dia pi berniaga, dia kena tinggal dgn onyang dia. Tadi aku call dia. Perbualan yang buat aku tergelak sorang2 kat opis nih.

Mama: Hadif, boleh tolong mama tak? (lembut giler aku bercakap)

Hadif: Tolong apa mama? (skema sungguh dia jawab...)

Mama: Tolong amik sumer books yang mama beli semalam, hadif amik pensel..pas tu buat exercise..boleh?

Hadif: ok mama..bai.
terus letak tipon. Terpinga2 la maknya ni ha.

Aku dail balik.

Mama: Hadif, kan ke mama suruh amik books atas meja tu..buat la A B C...jangan asyik nak tengok kartun jek...kang jadi kartun kang...bla..bla..bla...

Hadif: Ye la mama...tuan kapten..baiklah mama..tuan kapten..hadif nak makan dulu...pas tu mandi..pas tu baru tolish-tolish..(tulis2 version bahasa pelat dia la..)

Mama: ....................................................

Aku gelak dalam hati aje la. Kang kalau gelak dia dengar, lagi la dia banyak songeh. Itulah hadif, diusia dia masuk 4 tahun. Mulut...sabar aje la. Memang kalau aku bisingkan dia..dia jawab balik. Dalam hati aku berkata2 jugak. Tu baru 4 tahun. Kalau dah 14 tahun nanti mcm mana la...

Ini cerita malam semalam.

Aku belikan dia buku latihan ABC and 123 untuk dia buat waktu cuti sekolah ni. 4 buah buku. Siap dengan pensil warna baru...masa bagi kat dia aku cakap gini

Mama: Nah, ni mama belikan untuk hadif, rajin2 sikit buat exercise..biar cepat pandai..

Hadif: Tima kasih mama...mama ni baik la...

kemain lagi dia 'jek' mama dia nih..kalau tak... "mama la gomuk..mama la busuk..."

Opah dia bising..pasal aku layan anak macam budak dah masuk sekolah rendah. Tapi nak buat cam ne kan, zaman sekarang..zaman bersaing. Kenalah dari kecik kenalkan dia erti persaingan. Apa pendapat korang?

soksek: kat opis ni masih hangat lagi bercerita tentang PRU 12. Aku? aku rasa, biarlah orang yang patut buat kerja, buat kerja mereka. Tak yah jadi tukang sibuk.

Sunday, March 9, 2008

Pade Doh

Happy giler. Sampai kol 4.30 pagi tunggu keputusan... ntah apa2 tak kuar pulak..tapi akhirnya...rakyat selangor semakin bijak..Syukur Alhamdulillah...hbs la Khir To**, lepas ni anugerah penyapu ciptaan dia akan pulang kepada dia..ibarat sireh pulang ke ganggang. Amik. Doa orang yang teraniaya insyaallah akan dimakbulkan..betul tak? Dah sampai masanya kita melangkah keluar dari kepompang..Berani menerima perubahan...
Call hubby kat offshore..tak sabar nak share kegembiraan... hubby ni banyak supply info pada aku...yang...jiran2 kita kan...bendera sumer dah turun...kalau tak...masing2 tayang bendera...
oklah...cukup2lah citer pasal election kan... let them doing their job...
soksek: Kebenaran..walau pun pahit..harus di telan!

Thursday, March 6, 2008

My Boy

Hadif sekarang ni makin keletah. Naik lemas bila layan bergaduh dgn dia. Tapi dah dekat dua minggu che abang aku ni kena cirit birit. Dah dua tiga kali ke klinik. Ingatnya nak bawak jumpa ayah angkat dia kat SMC jugak lah. Sape ayah angkat dia? Dr. Tuuuiii lah.. (Dr. Zulkifli Ismail).
Anak teruna ku ini memang kamceng dengan babahnya. Mana tidaknya, dua minggu babah off duty, dua minggulah babah dan anak ni berkepit. Mandi pun dengan babah. Ha, semalam hubby nak balik offshore, hubby bagitau aku...anak mengomel kata mama tak baik sebab mama selalu marah anak. Heeheheh memang aku dan hadif selalu bergaduh. Selalu sungguh dia mencabar kewarasan aku dgn telatah dia. Tapi mak mana yang tak sayang anak, betul tak. Standard la bebelan2 manja... lagi pun mana boleh terlampau manjakan dia. Cukuplah babah dia je berlembut dengan dia. Tapi dalam lembut babah dia pun..sekali kena...adoilah...aku yang selalu bengang. Maklumlah..orang lelaki ni..tangannya Allah mak...besau...kalau mendebik..sakit!
Teringat pesan hubby, Jangan marah2 anak dia sangat...membuatkan aku tak sabar nak balik..nak jumpa Hadif. Sebenarnya kalau tak de babah dia..dia kamceng dengan aku. Manja je kalau nak mintak sesuatu. Tido pun sebantal. Cumanya kalau ada babah dia je dia ngada2.
Soksek: Sayangkan isteri tinggal2kan...sayangkan anak..tangan2kan...

Tuesday, March 4, 2008

Kamek penat gituk

Adoila..penat sungguh balik dari bercuti. Bila tengok meja kat opis penuh dgn document, rasa nak sambung balik cuti..huaaaaaa

So far percutian ke Kuching dah pun berlalu dgn seribu satu kenangan...ada masam, ada manis. Kami menginap di Somerset gateaway. Best gitu. Mana taknya, balik bercuti tak yah fikir nak mendobi kain baju..sebab kat situ siap ada mesin basuh dan mesin pengering lagi. Cuma yang boringnya, percutian kami ke Kuching disertai dgn hujan sepanjang waktu malam. Mujur hari siangnya elok cerah.

Hari pertama kami sewa van. Ramah betul pakcik driver yang bawak kami tu, tapi yang tak tahannya...pak cik tu bawak van slow amat. Sampai mak aku suh aku drive van tu...kekkekeke Kami pi melawat banyak tempat la jugak, sampai lenguh kaki...
nanti sambung citer lagi la..tak sempat nak upload gambar banyak2...hari ni balik keje kol 7 mlm..sabar aje la kan?






soksek: sedangkan lidah lagi tergigit...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!