Wednesday, July 15, 2009

Bandung: Day 2

Ini cerita udah basi...hehehehe tapi saya tulis juga utk kenang-kenangan dan manalah tahu boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin bercuti ke Bandung.


Hari kedua di Bandung lebih fresh. Oleh kerana waktu di Indonesia lewat satu jam dari kita, jadinya kami lebih releks, tak perlu tergocoh2. Kalau diikutkan, kami bangun pukul 5.30 pagi waktu Indonesia. Cerah sangat dah waktu itu. Kami tak betulkan jam ikut waktu Indonesia pun, lagi mudah sebenarnya, urusan jadi cepat.. Breakfast di Arion Swiss-Belhotel not bad. Tapi, jenis kami yang tak berapa nak makan diwaktu pagi ni, menjadikan makanan yang banyak itu tak pun kami cuba...memadai minum air dan makan hanya utk mengalas perut gitu.


Agenda pertama ialah ke Tankuban Perahu. Perjalanan pengambil masa 2 jam. Jalannya amat la teruk ye...meloncat2 saya dan Hadif di belakang MPV tu. Pemandangan yang sangat cantik dan unik membuatkan hati jadi tenang. Disamping itu, kekurangan infrastruktur dan tahap kemiskinan di Bandung memang mengusik hati. Insaf jadinya. Betullah kata pepatah "jauh berjalan, luas permandangan". Melihat budaya dan kehidupan masyarakat yang berbeza memang impian kami. Untuk ke Tankuban perahu, bayaran yang dikenakan adalah 35000 rupiah bagi pelancong asing, dan untuk penduduk tempatan adalah 12000 rupiah. untung bg kami kerana wawan berjaya menyakinkan pengawal bahawa kami adalah "lokal"...hahahah




Saya kagum melihat para remaja di Bandung yang tidak segan silu menjaja. Terbayang wajah adik-adik saya, apakah mereka sanggup bekerja seperti para remaja di bandung ini? Mereka sangat gigih mencari rezeki. Saya tidak jumpa pun remaja yang melepak2 seperti remaja di negara ini.

Sampai sahaja di puncak Tangkuban Perahu, nyaman udaranya. Seperti yang pernah kami baca di dalam blog dan journal, penjaja-penjaja dah sedia menanti. Rimas juga pada mulanya. Dan macam biasa, Hadif memang pantang melihat permainan itu kelihatan seperti tidak tentu arah. Walaupun mama dan babah dia ni bising marah, tapi dia tetap berjaya mengepau kami patung naruto tiga ketui. Harganya kalau ditukar ke matawang Malaysia adalah RM17.50.

Pada pendapat saya, tidaklah seteruk mana diserang para penjaja di Tangkuban Perahu, hanya seorang dua sahaja yang mengekori kami. Agaknya diorang tengok kami ini macam tidak beruwang kot..hahhaha Nini..ternyata wajah orang yang banyak uwang terpancar diwajah mu kot...hahahaa

Selesai ke Tangkuban Perahu, kami singgah sebenar di kebun strawberi yang tidak berbuah. Pelik juga, ladangnya tidak berbuah, tapi para penjajanya menjual buat strawberi. Mana datangnya buah strawberi itu yek? dari Cameron Highland barangkali? hahahahah


berposing di ladang strawberi yang tak de buah strawberi...


bakso di kaki bukit gitu...

Hadif sempat pekena semangkuk bakso di ladang strawberi di kampung chihedeng atau di kampung Air Hitam. Itu wawan yang bagitau, kalau wawan tipu, maka tipulah saya yek..

Kami makan tengahari di Kampung Daun. Suasanya yang nyaman memang mengasyikkan. Saya makan gurame bakar sambal kicap, hubby pulak makan ayam masak sunda. Sedap. Harganya boleh dikategorikan sebagai boleh tahan, tetapi memang memuaskan hati. Cumanya air yang diorder sangatlah manis. Tak boleh diterima oleh tekak saya ini...huaaaa.






santai ya pak? inilah PENAJA percutian kami..hihihi



sempat lagi???

air yang terlalu manis...tak leh terima dek tekak..huhuhu

ikan gurame bakar with sambal kicap

Selepas makan sambil santai2 di kampung daun, destinasi seterusnya adalah Pasar Baru. Sungguhlah kami salah time kali ini, bercuti di Indonesia semasa cuti sekolah indon. Aduh..manusia punyalah ramai, sampai nak memilih barang pun rasa tak selesa. Tambahan pula kena melayan Hadif yang tersangatlah aktif itu. Makanya hanya dapat membeli sedikit pesanan ibuku dan serba sedikit barang buat ole2 kawan2. Rasa tak sabar nak keluar dari Pasar baru waktu itu. Manusia di dalamnya sangatlah ramai. Padat. Berpudat2. Kelakar rasanya bila dimarahi hubby kerana tak mau beli barang yang penjual tu tak mahu kasi diskaun sebanyak 5000 rupiah! ye la, kalau dikira dalam ringgit malaysia baru berapa sen sangat..tapi dek kerana letih, kepala pun tak boleh berfikir...hhahhahaha

Kami sempat membeli dua lukisan untuk dibawa balik. Selepas itu terus ke kedai jeans di Toko 3. Hubby sempat sambar sehelai jeans Levi's 501 dan beberapa helai T-shirt. Time ni kaki pun tak larat nak melangkah. Selesai je urusan hubby, terus suruh Wawan hantar kami pulang ke Hotel. Tak sabar nak merebahkan badan...capek sekali dong...

Esok, Factory outlet sedia menanti... hahahaha

sambung entry hari ketiga nanti yek...daaa

5 comments:

Anonymous said...

intan... sonok kan pergi tangkuban parahu.. hehehe.. ya la.. kalo 1 kiter beli mula la penjaja tuh dtg kemian ramai lagi.. kadang naik takut....
seronok kat sana especially tang shopping.. ingat nak repeat lagi la... x sempat nak pergi semua tempat... huhuhu...

Ana said...

bestnyaaa intan..moga satu hari nanti ada rezeki ana n family gi jenjalan kt situ..hehehe..
shopping apa kt sana tue??hehee

Intanaziela said...

as: pergi..jangan tak pergi... :P

ana: insyaallah ada rezekinya nanti tu.. :P tak shopping apa pun ana...jalan2 aje..tengok tempat orang...meh la singgah umah..

mama apih said...

Internet aku dah ok...hehe...Emm..bestnya jalan-jalan...ko dah tukar gaya penulisan ke? macam aku baca blog norhayati berahim jer...hehehe...penuh dengan gaya penulisan yang mencapai tahap gaban...ada ko bwk balik bakso kat aku ke?

nn said...

wakakaakaka...
sempat selit nama nn yea...
hahahaha..
tuhlah...mayb nn bawak budak kecik 2 org kot..dan diaorg ingat..diaorg berjaya nak menggoda anak2 ku itu...walopun akhirnya afiff tewas jugak pada godaan itu..hahahahaha..
seronok kan...dan enjoy...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!