Tuesday, July 21, 2009

Bandung: Last Day

Lama sungguh nak tulis entry terakhir perjalanan ke Bandung ni yek. Maklumlah, bila dah bercuti lama, menimbun yang menyambut saya pulang dari cuti. Dokumen yang meraung2 memohon agar saya settlekan. Maka mood untuk menulis pun jadi mondom. Malam pula, badan dah rasa lesu yang yang ingat hanya mahu tidur awal. Jadinya, lambatlah cerita tentang episod bandung ini habis. Jangan boring ye. hahahahha

Fuh! jenuh nak menghabiskan cerita Bandung ni. Sebenarnya hari terakhir kami tak de la pi shopping bagai, cuma ke Kilang kek Kartikasari dan Kedai Brownies Amanda. Ada lah beli serba sedikit utk dibawa balik sebagai buah tangan. Wawan, our tourist guide sempat memesan supaya saya membeli 'pisang molen'. Sedap rupanya.


pisang molen...maveles :P

Brownies Amanda..memang sedap.


Bergambar di depan Kedai Amanda Brownies yang Wawan bilang lagi sedap dari kedai Kartikasari. Sila abaikan muka saya yang kembang cam kek tu ye.. :P



Selepas siap membeli segala kek dan brownies, kami terus ke money changes hahahahah kes takut duit tak cukup nak bayar lebih muatan la konon...sekali, bila timbang2, tak sampai pun 30kg bagasi kami... jelas ternyatakan trip kami kali ni bukan agendanya berkisar kepada membeli belah? tetapi, haruslah diingat, akan ada trip susulan utk membeli belah..hahahahha. Selamat tukaran yang dibuat..hubby kata tak pe, u will be here again soon... :P yeehaaa. Oh ya, airport tax utk satu kepala ialah 7500 rupiah. Selepas check in, bawak boarding pass utk bayar airport tax ya... :P

Sampai di airport, sistem utk daftar masuk sangatlah teruk. Dari satu baris menjadi berbaris2. Masa tu barulah nampak orang Malaysia yang bercuti ke Bandung memang shopping berhabis2an. Kami daftar masuk dua biji beg, satu beg tu memang penuh dari masa kami tiba dgn pakaian kami, cuma satu beg tambahan utk hasil membeli belah..tapi di airport, naik berpinar mata tengok ada orang yang datang berdua, bawak pulang beg sampai 4 biji...belum lagi yang hand carry...hihihihi. Saya sempat mengusik hubby " see, kan dah kata, kita punya beg je yang sikit, orang lain lagi la banyak shopping" nak tau kenapa saya cakap gitu? sebab dia dok bising kata saya banyak shopping...hahahahah.


Alhamdulillah, flight balik tak delay. Masa nak tinggalkan Bandung tu, dah mark dalam hati...mesti nak kena datang lagi..hahahah. Bukan sebab shopping tau, sebab suka melihat tempat orang...banyak lagi tempat yang kami tak pergi...lepas ni nak plan pi berdua dgn hubby. Senang sikit.

Kami selamat sampai di Kuala Lumpur pukul 3.30 petang. Rasa tak selamat je nak berlama-lamaan kat airport. Takut...maklumlah musim H1N1...dapat je bagasi terus amik teksi. Tapi, ada satu yang tak best tentang teksi ni, pemandu India yang bawa kami tu sangatlah sombong. Cakap pun antara nak dgn tak nak. Bila hubby suh dia keluar ikut tol Jalan Kebun, dia buat muka sambil tunjuk tiket yang tulis kota kemuning. Memang la Berjaya park tu dekat kota kemuning, tapi masa tu dah pukul 5.30 petang..time orang balik kerja, alamatlah sesak nak masuk junction ke Berjaya Park tu...padan muka dia degil, hadap la jem masa dia balik hantar kami tu. Ikutkan hati, nak aje telefon komplen pasal dia, tapi tak pe la, kami maafkan aje atas servis yang tak best tu. Janji hati happy baru balik bercuti.


Thanks to my dear hubby kerana menaja percutian ini. Semoga murah rezeki dan dapat bawak mama sekali lagi ke Bandung ye pak? hahahhahah.


Last but not least, segala coretan mengenai perjalanan ke Indonesia ini bukanlah dipublish untuk mencari publisiti atau nak berlagak2, kerana with Air Asia; Everybody can fly meh..saya tulis sedikit cerita agar jika ada yang hendak ke sana, dapat sedikit gambaran bagaimana suasananya tempat yang bakal dituju. Bak kata pepatah "jauh berjalan, luas pengalaman". Melihat tempat orang sebenarnya memotivasikan diri saya, melihat kecekalan dan kegigihan masyarakat di Bandung, membuatkan saya tersedar, betapa rapuhnya sikap diri sendiri yang kadang kala terlalu mudah menyerah kalah.. :P dan, membuatkan kita belajar menghargai, dan bersyukur dgn apa yang kita ada, jika kita merasa diri kita susah, renung dan lihat balik, ternyata ada lagi yang lebih susah dari kita. Hubby kata, dia nak bawak saya mengembara ke kawasan2 pendalaman yang membolehkan kita melihat kehidupan orang lain, yang berbeza dgn tempat kita, mungkin Surabaya? Padang barangkali? ataupun melihat keindahan ciptaan Allah di Mount Bromo? Insyaallah, semoga Allah murahkan rezeki kami. :P

see u when I see u... daaaa

5 comments:

Ana said...

xpe intan..xde sapa nk kata menunjuk laa..kalau nk kata pun biarkan jek orang macam tue..hehehe..
best apa intan letak cita macam nie..at least ana yg x dapat pegi nie pun dapat sekali merasa suasana kt sana n tahu tempat2 nk shopping kalau ada rezeki ke sana..betul x?? hehehehe..

Intanaziela said...

Ana: bukan apa, niat kita lain, pahaman orang lain, tapinya niat intan memang nak kasi gambaran...dan supaya org yang baca ada keinginan utk ke sana.. hihihi :P

mc ta said...

nak pegi..nak pegi..
pisang molen tuh..apa kebenda nya..sama spesies ngan cheese cake ke? hehehe

Intanaziela said...

mc ta: boleh la ajak ur hubby pi...senang tau pasal u ada bibik..leh take care of kids bila nak shopping..hahahha

re: pisang molen tu, dalam dia ada pisang, pas tu ada cheese...sedap

Effyliani's Life said...

kak intan, walau pun den xdpt merasa brownies tu ... dpt tengok picture pun jadi lah ... apa pun thoughts that count ... kak intan ingat juga kt su-e. xoxo

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!