Sekarang ni macam malas nak menulis. Malas sesadooonya. hahahah. Sebenarnya dah tune mood jadi mode: cuti . Itu yang jadi lemau je. Dok kat opis, tapi hati tak de kat opis. Cepat la hari ini berlalu..dan esok. Tak sebar nak tunggu Friday. Mood saje dah bertukar, tapi pack barang tak buat lagi pun.
Semalam sakit perut. Memulas2. Hubby pun sama. Dok recall apa yang aku makan ek? petang semalam makan roti canai sekeping kat mama kandar's restaurant. Tak kan la cepat sangat tindak balasnya... so malam tadi, awal lagi dah naik atas katil. Oh ya, Mr. Hubby balik awal yek, awal 4 hari. Saje je dia nak buat suprise kat saya dan hadif. Paginya dia call saya dari offshore, petang saya dapat sms "nak gulai ikan patin tak?" gelak besar la saya jadiknya. Selalu hubby memang akan tanya, sebab saya sangatlah suka makan gulai tempoyak ikan patin yang dijual di R&R Temerloh. Maveles u all.. :P
Nak pi mana kami anak beranak ni yea? hahahha Actually tak de la pi mana pun, dekat2 saje..insyaallah saya akan mula bercuti dari Jumaat 10/7/2009 sampai 14/7/2009. Destinasinya KUL-Jakarta-Bandung-KUL. Thank you to hubby sebab merialisasikan hasrat wife dia yang nak pi Indonesia. Alhamdulillah.. Insyaallah saya akan up date blog kalau modem digi saya nih boleh berkhidmat yek.
Rancangan kami nak mengembara, melihat tempat orang. Hari pertama di Jakarta nak diisi dengan melawat tempat-tempat menarik. Saya dan hubby bukan jenis orang yang bershopping bagai kalau pergi bercuti. Kalau nak shopping, kami memang rancang percutian utk bershopping saje. Percutian ini bukan percutian membeli belah. Saya dah bagitahu hubby, mintak dia short listedkan FO yang akan kami pergi. Tak larat la pulak bila dengar berpuluh2 FO kat sana tu, saya rasa 5 pun dah banyak. Niat dihati tu adalah nak beli serba sedikit utk kami dan keluarga, tapi tak de la pulak nak spend melampau2...errr..tapi semalam hubby dah tukar duit (suami ku sekarang bergelar jutawan okeh, jutawan juta-juta rupiah gitu.. hahahhaha) dan dia dah bgtau duit yang ditukar mesti dihabiskan, dan offer utk isteri dia ni shopping...hihihi dan, saya dalam mode: malu tapi mahu...hahahahah.
Langkat pertama, kami anak beranak sudah pun mengambil vaksin influenza di klinik. Doktor pun pesan suruh pakai mask dalam kapal terbang nanti. Hish, nak ke Hadif pakai mask yek? hahahah. Harap2 kami terpelihara dari penyakit berjangkit itu. Selebihnya, tawakkal sahaja kepada Allah. Semoga Allah memudahkan percutian kami. Dari bulan 5 hari tu dok rancang. Lepas je hubby bawak kami pi buat pasport, dia terus beli tiket. Terus book hotel. Dah bayar siap pun..Tak lama lepas tu muncul pulak cerita "selsema bab*". Semoga kami terpelihara dari anasir selsema itu...
Oklah, nak menyiapkan kerja apa2 yang patut. Sampai jumpa lagi... doakan percutian kami ini berjalan dgn lancar. See u when I see u.. :P
9 comments:
syoknya...harap2 thn dpn km plak leh p indonesia...hihihi insya-Allah semuanya selamat.. hadif goodboy mesti dia faham klu mama dia suh pakai mask...
ala alang2 p jln tu beli la sket2...buat bj raya ke.. tgk ramai p sana beli telekung + kain pasang... agak2 klu x tatau beli apa beli je utk km ni ha..hahaha gurau je tau.. moga intan + family selamat pergi + kembali
sue: insyaallah tahun depan sue and family pulak..eh, tak yah tunggu tahun depan la..tahun ni pun boleh..
hajat tu nak gak cari baju raya utk hadif pasal intan tak beli apa pun lagi utk dia for hari raya nih..tapi nak shopping banyak2 tu tak de la kot..hahahah :P
thanks sue for doa... amin..amin..
intan...
semoga selamat pergi dan kembali..
banyakkan minum air yea...
semoga bergumbira...
waaa..nak ikut..he..he..
baru weeknd lepas dok ckp ngan bob nak pi bandung, passport saya dah konk, so nak tunggu kilang hantar mana2, boleh free renew..he..he..
dgr kat TV ari tuh,vaksin tuh for HxNx, H1N1 tak de lagih..betul ke?
apa2 pun..selamat melancong + melencung..nanti jgn lupa snap gambau byk2,,
nini: terima kasih atas tip..insyaallah nanti nak kena minum air banyak2... :P
mc ta: moh la kita pi...vaksin tu memang utk influenza doc kata..tapi penawar for H1N1 memang belum ada mc ta...kat klinik pun sama kami pi tu, dah tinggal satu dua je doktor kata..habis daaa...stok datang balik bulan october nanti...
nanti kami upload gambar nooo :P
wahhh bestnyaa intan nk jalan-jalan jauh tue..cuti betul2 yekk..rehatkan diri tenangkan minda..
hehehe..x sabo nk bercuti jugak nie..tapi tunggu hjg tahun daa..
Ana: tq ana... :)
huhuuuu..kami ke sana dedulu...ber-4...
darwisY di luar, daNi di dalam my tummy...jimat kan...?
so, dikira, dani penah la kan ke sana..
hehhehe
plan nak ke sana jugak
tp kes B4B1 ni agak mrisau kan
and..lagi lambat pegi
lagi susut duwit ku
sudahnye..langsung x p
huhuuuu..kami ke sana dedulu...ber-4...
darwisY di luar, daNi di dalam my tummy...jimat kan...?
so, dikira, dani penah la kan ke sana..
hehhehe
plan nak ke sana jugak
tp kes B4B1 ni agak mrisau kan
and..lagi lambat pegi
lagi susut duwit ku
sudahnye..langsung x p
Post a Comment