Wednesday, July 22, 2009

Kawan oh Kawan

Pernah tak dengar "kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis payah nak jumpa"?. Sebenarnya bila sebut isu kawan ni, ada orang boleh menerima teguran kawan, ada orang berkawan dan menjadi kawan bila dan pada waktu dirinya memerlukan kawan. Ada kawan ikhlas terhadap kawan. Ada kawan yang mengambil kesempatan terhadap kawan. Agaknya, dimana nilai kita sebagai kawan ya?

Entry ini saya tulis bukan kerana ingin melepaskan geram atau memalukan mana2 kawan. Pada saya, kawan yang baik, adalah kawan yang menghormati kawannya. Menerima setiap kebaikan mahupun keburukan kawan. Bukan kawan yang di DEPAN melayan kita dengan baik, di BELAKANG mengata macam tak ingat dunia. Dari dulu, dari zaman persekolahan saya melatih diri utk ikhlas terhadap kawan. Bukan memuji diri, tetapi, memang hakikatnya. Bayangkan, kawan yang saya kenali sewaktu usia saya 16 tahun masih lagi berkongsi masalah dan kisah sedih hidupnya dengan saya, masih melepaskan tangis kesedihan walaupun jarak yang memisahkan kami adalah ribuan kilometer! Seorang di Timur dan seorang lagi di Selatan. Saya ikhlas mendengar, dan ikhlas menitipkan nasihat. Waima hubby pun tak pernah tahu masalah kawan itu. Saya diamanahkan utk menyimpan rahsia dan insyaallah rahsia itu masih kukuh dalam lipatan hati saya.

Sepanjang hidup saya, pelbagai jenis kawan sudah saya temui. Ada yang layak digelar kawan, ada yang hanya berkawan jika memerlukan. Saya pernah menasihati adik saya supaya jangan terlalu taksub dgn kawan, sentiasa melebihkan kawan, kerana suatu hari nanti dia pasti berhadapan dengan masalah yang pernah saya hadapi. Lebih tepat bila sudah berumahtangga. Memang tidak dinafikan, apabila sudah berkahwin, tanggungjawab menjadi berat, tetapi tidaklah pulak bermakna kita tidak memerlukan kawan. Tak kan mencari kawan apabila hanya diri dilanda masalah? dihimpit kesempitan. Walaupun hubby pernah nasihatkan saya supaya ignore saya manusia begitu, tetapi sebagai seorang manusia, saya tak mampu. Masih lagi mendoakan kesejahteraan kawan saya tu. Tak apa, suatu hari nanti dia pasti sedar.

Pernah tak berhadapan dgn kawan yang suka menjual barang atau seorang yang suka berbusiness? kadang kala saya pelik, manusia sebegini tidak paham kah erti kebebasan untuk memilih. Tentang hak. Tak kan setiap kali dia berjual saya kena beli. Setiap kali dia mempromosi, saya patut membeli. Walaupun dimulutnya berkata tidak memaksa, tetapi selepas saya menolak wajah dan tingkah laku terus berubah. Adilkah saya dilayan sebegitu? dia mempunyai hak utk menjual barangan yang ingin dia jual, tetapi saya tidak mempunyai hak untuk menyatakan yang saya tidak memerlukan barangan yang dijual. Pelik kan? mungkin dia tidak mengenali saya walaupun sudah 7 tahun saya kenal dia. Masakan dia tak tahu yang saya tidak suka berhutang. Walaupun nilai hutang itu cuma sepuluh ringgit. Dan saya tidak akan membeli barang yang saya rasa bukan keperluan....yang lebih perkisar pada keinginan. TIDAK dan full stop. Tak kisahlah kalau selepas itu dia tidak mahu berkawan dengan saya. Oh ya, yang peliknya, bila dia mempunyai masalah tahu pula mencari saya! Lupa pulak dia tentang kemarahan yang dia tunjukkan pada saya??? heh...saya tak betah lagi rasanya punya kawan seperti ini.

Eh, ada juga kawan (lebih menjurus kepada sahabat sebenarnya) yang sentiasa menjadi kawan. Bila terlintas atau teringat tentang dia, tak lama nanti ada lah sms darinya. tak pernah berkira pasal bill telefon ataupun bill sms. Dan, saya rasa, kamu tahu siapa kamu, kan kawan? :P Insyaallah, kamu akan sentiasa menjadi kawan saya ye!

Hari ini, saya benar2 belajar sesuatu. Belajar untuk tidak berbuat baik pada manusia yang tak ikhlas. Manusia yang luaran seorang yang lemah lembut, yang baik budi pekerti, yang pandai bercakap hukum hakam agama, tetapi rupanya hanya berlakon. Yang rupanya hatinya penuh dengan hasad dengki. Tak apa, suatu hari nanti, semoga kamu akan sedar akan apa yang kamu lakukan okeh. Jangan berlakon okeh. Lepas ni sila jangan cari saya kalau ada apa2 masalah. Ingat tu.

p/s: kak shilla, thanks for ur advise. Insyaallah akan ingat dan praktikkan. :P err...agaknya orang macam tu memang ada masalah kejiwaan kot? hahahaha

7 comments:

Ana said...

ana pu pernah terkena..berkawan baik 3tahun kt U..skali bila masing2 dah keje..dia agen insuran..cuba propose n paksa ana amik actually..bila ana ckp nk pk dulu..nk diskus ngan tunang (hubby laa tue) siap marah2 n akhirnya putus sahabat..nasib baik akhir2 nie kami ber'sms' balik n dah lupa cerita lama..
manusia manusia..

shilla72ibrahim said...

dun wori zila....teguhkan hati kuatkan semangat...zila kan seorang yang berjiwa kental....tapi hati halussss...:):):)

Intanaziela said...

ana: ana..gitu la duniakan...ni kes insurans jugak la nih... :)

kak shilla: thank you...thank you.. :P

mama apih said...

Laugh, and the world laughs with you...weep, and you weep alone...sapa la agaknya kengkawan tu ye?...hehe.Harap-harap 'kita' tak tergolong dalam kawan yang sedemikian.

mc ta said...

mmmm..kawan? kita tak de close frens kat lab tempat kita keja..kita ada 3-4 org close frens..sumer lelaki..sumer bukan melayu..kenapa? sumer pompuan melayu suka gossip + phd tahap gaban..he..he..
tapi kat luar tempat keja..masih ada yg betul2 boleh dipanggil "sahabat sejati"

Unknown said...

sometimes i'd rather to stand alone dr ada ramai kawan tp hampeh... sbenarnya kita memang perlukan kawan... tp the best is sahabat sejati...

Ibu Double Q said...

hampes punyer kawan...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!