Tuesday, August 25, 2009

Barakah Ramadhan

Tak de cerita menarik, tapinya dalam bulan puasa ni saya memasang niat untuk tidak berbelanja di Pasar Ramadhan. Mahu memasak sendiri. Biasanya buat kuih atau memasak dalam kuantiti yang sedikit, tidak mahu membazir. Mahu menyelami fadhilat berpuasa, dan mahu turut merasai bagaimana golongan yang tidak bernasib baik menjalani ibadah puasa. Sebentar lagi nak keluar ke rumah Amal Limpahan Kasih..rumah anak yatim. Insyaallah tempat saya bekerja ni setiap tahun mengundang anak-anak yatim ke majlis berbuka puasa, kira mahu melihat dan melawatlah ni. Saya akan up date lagi bila balik dari sana.

Sebelum tu, ni ada gambar masakan untuk berbuka puasa semalam. Saya masak sambal sotong, buat kuih buah melaka, mak saya buat kuih gulung. Sepanjang hubby di tempat kerja, saya berbuka di rumah mak. Semalam, adik dan adik ipar pun datang berbuka sama. Saya sempat la menegur adik saya yang dah jadi bapa orang tu...masih juga nak ke pasar ramadhan sedangkan makanan dah banyak! heheheh laser sungguh kak long dia ni kan. Tapi memang pun, kalau ikutkan nafsu nafsi..penuhlah nanti tangan tu dengan pelbagai jenis makanan yang dibeli di pasar ramadhan....bila dah berbuka, alamatnya makanan yang banyak tu jadi habuan "kak tong". Bukankah membazir namanya.


Sudah dua hari saya kalau berbuka tak lalu nak makan. Minum air lepas tu solat maghrib. Solat terawikh di surau taman bukit kemuning ni 8 rakaat dan tiga witir. Malam pertama saya ke surau bersama adik. Imam baca satu rakaat satu muka surat Al-Quran, bajet sebulan habis la khatam satu Al-Quran. Lenguh juga kaki, sambil tergelak2 saya bgtau kak yang, saya nak juga buat disepanjang bulan ramadhan ni...Moga2 Allah beri kesempatan utk saya rebut peluang melaksanakan solat tarawikh dan tadarus sampai habis..amin.

5 comments:

Ana said...

ana x dapat laa nk solat terawih kt surau mcm dulu2..yayang ticik tue nk letak mana pulak kann..
sedihhhh..

Unknown said...

Sempat terawikh malam pertama aje.. 2nd n 3rd nite umah penuh dengan adik beradik.. seronokkan Intan berbuka ngan family.. tapi tentu lagi meriah if ur hubby ada skali. Takpe.. bulan yang penuh dugaan kan..

Intanaziela said...

Ana: buat kat rumah pun boleh, intan kalau tak ke surau buat dirumah aje...

shafahanz-iman: intan pun ada yang buat kat umah jugak....berbuka ramai2 seronok..rasa meriah je...hubby kalau ada lagi la seronok...hahahah

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan...rasanya teramat2 jaranglah akak pergi pasar ramadhan, kecuali da tak sempat sangat2..makan nasi dengan sambal cukuplahkan.

Anonymous said...

missnya tarawih masa kat usa dulu.. imam baca 1 juz 1 malam.. mmg lama gile berdiri tapi lepas abis tu rasa puas hati sgt2...
ada sorg makcik arab ni.. dah tua dah maybe dlm 60+ tapi dia punya kuat berdiri.. awal2 lagi dah berdiri ikut imam... kitaorg yg muda2 ni pulak yg slow melow je bangun bila imam dah nak abis baca fatihah...makcik tu siap menangis bila imam baca ayat2 quran tu.. yer la kan dia paham bahasa arab...

how i wish dpt alami lagi experience camtu...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!