Pernah tak anda rasa hak anda diganggu? Saya pernah! Lately ni, shout box saya dicerobohi oleh seorang yang menggunakan nama "guest". Memang dia tetamu yang tak diundang. Kata2 yang dia guna itu membuatkan saya tidak gembira. Saya sempat mengadu pada hubby. Hubby kata jangan layan orang yang sakit. Yang tidak boleh melihat orang lain lebih, atau pun orang yang ada agendanya yang tersendiri. Kenapa mesti menyakitkan hati orang? Mungkin "guest" ini merasa tidak puas hati atas apa yang dihajatinya tidak diperoleh dari saya? mungkin.
Seboleh2nya saya tidak mahu mengambil serius perkara2 seperti ini. Tetapi dalam pada tidak, saya tidak dapat menerima juga jika privacy saya dicabuli. Blog saya, hak saya. Saya boleh menulis apa sahaja yang saya suka, asalkan saya tidak memalukan sesiapa pun secara terbuka. Apa yang saya tulis, adalah kehidupan peribadi saya, apa yang saya lalui dan apa yang saya rasa. Jika tidak puas hati dengan saya, sila berhubung terus dengan saya, jangan segan2..jangan silu2.. tak perlu nak "provoke" saya, atau cuba mengata2 saya.
Tapi apa, saya dalam proses mengesan IP "guest" ini melalui beberapa sumber. Dan jika saya dapat keputusannya, saya akan dedahkan dan siap letak gambar lagi orang yang berhati busuk itu. Mahu? sila la "provoke" saya lagi. Adalah tindakan si pengecut apabila menulis atau memberi komen tetapi tidak meletakkan nama. Ibarat "baling batu, sembunyi tangan". Hello, sekarang ni banyak dah teknologi canggih yang membolehkan IP anda di kesan. Hubby pun bagitau, senang aje nak tau..boleh cari orang2 yang busuk hati ini, tapinya hubby kata jangan layan. Pada saya, memanglah apa yang dia tulis tu tak menjejaskan hidup saya pun, saya masih lagi menjalani hidup saya dengan gembira dan bahagia, tapinya saya mahu orang sebegini mendapat pengajaran. Jangan Jadi Pengecut. Itu sahaja.
Apa sebenarnya yang orang2 seperti "guest" ini cari dalam hidup ye? Kalau setakat dengki mendengki, iri hati dengan kehidupan orang lain, boleh ke hidupnya akan jadi seperti hidup orang lain? Kalau tak usaha, tak merubah nasib, manakan mampu merubah nasib diri sendiri. Berbaloi kah kalau dengki dengan saya, tapi tak mampu hidup seperti saya? Tak mampu yang saya maksudkan bukan dari segi material, tetapi dari segi spiritual. Tapikan..saya rasa, saya boleh agak siapa "guest" ini. Cumanya, saya nak beri dia peluang, sama ada utk minta maaf, atau hentikan sikap busuk hati dia. Dan, jangan terkejut kalau saya paparkan wajah dan namanya di blog saya nanti.. hehehe.
Wah..pagi-pagi lagi sudah emo penulisan ku..hihihi.
6 comments:
sabar intan.. tpkan..sesekali kena ajar gak org mcm tu.. tepek je pic dia.. mcm2 org ada kt dunia ni..
saya sgt SETUJU pic si polan dipaparkan.. biar sume org tau.apalagi kak?? bertindaklah segera!!
mrs. Hasanif: tu la..sabar pun sabar jugak, tapi kalau kejenya nak menyakitkan hati orang je...ha..nanti la..intan tepek gambar dia..hahahaha
Ros: biar dia bawak diri ke planet marikh? kuikuikui
cam tu lah dalam dunia cyber ni.. kenapa ada manusia yang dengki mendengki... akak pernah juga dihina dan dicerca di kolum chat kat blog akak sendiri... mungkin miss understanding kot.. tapi tergamaknye manusia mencerca seseorangkan.. klu akak...akak tak tergamak... tapi dari situ kita tahu dan dapat nilaikan sejauh mana tahap pekertinya.. so tak de kawan cam manusia jenis tu pun tak mengapa... janji kita bahagia... kan...
p/s ~ umah akak tunggu kunci....
yup, babah hadif is rite. Bukan susah pun nak cari sape si guest tuh. We have our very own tracker for our blog..tracing the "uninvited guest" is nothing lah. Tak sabau nak tahu sapa si pemegang phd tuh :-)
yup, babah hadif is rite. Bukan susah pun nak cari sape si guest tuh. We have our very own tracker for our blog..tracing the "uninvited guest" is nothing lah. Tak sabau nak tahu sapa si pemegang phd tuh :-)
Post a Comment