Monday, August 24, 2009

Semoga segera sembuh sahabat ku...

Sudah 3 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Syukur Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan meraikan ketibaan Ramadhan. Hati saya sentiasa dipagut rasa sedih. Sentiasa berdoa semoga seorang sahabat yang saya sayangi segera sihat dari penyakitnya. Kalau ada yang membaca blog saya, tentu ingat tentang sahabat saya Ayu, saya pernah menulis cerita tentang Ayu suatu ketika dulu.


Semalam saya terima sms dari adik ayu
"Kak ayu masuk wad kangar.mungkin lepas ni transfer penang. kaki n tangan xleh gerak,cakap pun x larat. Ada infection kat lung. Tolong doa moga sembuh" -Ifa

Sekali lagi saya menangis. Saya nak sangat bercakap dgn Ayu,tetapi saya bimbang saya akan menangis kesedihan. Saya tak mahu ayu tahu saya sedih. Saya mahu Ayu kuat semangat, sentiasa positif untuk sihat. Jika saya menangis, pastilah Ayu akan turut menangis.

Sewaktu saya melawat Ayu di hospital Kangar, saya tak menitiskan air mata pun depan Ayu walaupun didalam hati saya, hanya Allah sahaja yang tahu. Banyangkanlah, saya berkawan dgn ayu dari usia kami 18 tahun. Kami berkongsi suka dan duka. Bila ayu balik ke rumah mertuanya di Shah Alam, kami akan berjumpa, berkongsi cerita...gelak ketawa. Paling tidak bawak anak-anak keluar. Oh..saya rindukan saat2 itu. Ayu seorang yang sangat mengambil berat perihal sahabatnya. Walaupun saya di Shah Alam dan dia di Perlis, tetapi hubungan kami sangat rapat. Kalau tidak saya yang akan telefon bertanya khabar, pasti Ayu akan menghubungi saya. Paling tidak..smsnya sentiasa ada. Oh Ayu...semoga Allah perkenankan doa kita semua untuk melihat Ayu sembuh dan sihat seperti dulu.

Ayu merupakan pesakit MULTIPLE SCLEROSIS atau kalau dalam bahasa pasarnya penyakit yang berkisar kepada penyakit saraf. Pengidap penyakit ini biasanya akan hilang upaya untuk bergerak, berkurangan atau hilang deria rasa, terjejasnya penglihatan dan sistem perkumuhannya juga akan turut terganggu.

Sebelum ini, Ayu pernah mengandung, dan dia diserang MS, kandungannya terpaksa digugurkan atas alasan ubat yang diberikan boleh menyebabkan kecacatan pada janin apabila dilahirkan. Saya tahu, waktu itu merupakan saat yang paling sukar dan menyedihkan, tambahan pula Ayu memang benar-benar mengharapkan bayi itu!

Ada suatu ketika, Ayu hilang fungsi untuk menelan. Hendak makan atau minum terpaksa menggunakan tiub yang dimasukkan melalui hidung. Ya Allah...beratnya dugaan dan ujian yang harus Ayu lalui....semoga Ayu terus tabah. Beruntung Ayu kerana mempunyai seorang suami yang sangat mengasihi dan menyayanginya. Sepanjang Ayu terlantar sakit, suaminya lah yang menukarkan lampin pakai buang, menyuap makanan ke mulut Ayu... semoga suami Ayu terus sabar menerima dugaan Allah.

Kawan-kawan...doakan sahabat saya segera sembuh ye...

10 comments:

Su Hana said...

:( x tahu nak cakap apa.. insya-Allah sy akan sentiasa doakan yg tbaik buat ayu...

Ana said...

moga doa kami semua makbul untuk ayu..
harap suami ayu tabah menghadapi dugaan ini..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan..
akak ada seorang kawan mengalami penyakit yang sama,doc pernah cakap dgn dia..dia tidak ada harapan utk hidup..tapi kita berusah dan berdoa, dia tidak pernah putus harapan ketika akak ke mekah akak berdoa utk dia, tapi akak hanya mampu berdoa..ALLAH lebih sayangkan dia...
cuma ketika dia sakit, suami dia meninggalkan dia....

Intanaziela said...

sue: intan ni lagi la tak terkata..dok baca komen2 ni pun air mata dah berlinang..

Ana: terima kasih ana...harap2nya suami ayu akan terus bersabar dgn dugaan yang diterima...

kak yatie: Hanya Allah yang maha mengerti dan mengetahui di atas segala pemberian dan dugaan kak...intan tak pernah berhenti berdoa semoga ayu (mama apih) kembali sihat seperti dahulu...tabik spring pada suaminya kak yatie...sayang penyayang..sentiasa berlembut bila melayan kerenah orang sakit... harap2 sampai bila2 la kesabarannya itu...

Unknown said...

Intan... pray the very best for your fren from all of us whom read this blog... InsyaAllah...

Effyliani's Life said...

semoga kak ayu sembuh ya kak. kita sama2 doakan dia ya.

@hasney^-^ said...

sedih dan pilu bila membaca coretan ini ni. InsyaAllah sama2lah kita berdoa semoga Ayu cepat sembuh. Sedihkan..namun dia masih beruntung bila suami masih di sii..namun nasib kita belum tentu lagi...berapa ramai lelaki kat dunia ni, kalau isteri sakit dia boleh berada disisi kita.....rasanya boleh bilang dengan jari jerk...Namun moga Ayu dan keluarga tabah menghadapi semua dugaan Yang Esa ini.

Intanaziela said...

Hasney: betul la tu..nasib kita belum tahu lagi..tapi harap2nya biarlah kasih tu indah sampai ke hujung nyawa...

Emily Ignatius Looi said...

setiap kejadian ada hikmat disebaliknya. kita berusaha tetapi Tuhan yg menentukan. Semoga Ayu tabah menghadapi dugaan & cabaran.

Ya sy doakan kebahagian & kesejateraan Ayu selalu..

Ibu Double Q said...

semoga kak ayu cepat sembuh...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!