Hari ni baru rasa ada mood nak update blog. Penat menjadikan idea saya beku. Actually sampai umah awal, by pukul 5.00 petang dah ada di rumah. Sempat masukkan kain dalam mesin dan mula menyusun pokok-pokok bunga yang di bawa turun dari Cameron Highland. hihihi gigih berdua suami isteri..kehkehkeh...Perjalanan ke Penang bermula dengan debaran sebab Hadif baru je kebah dari demam. Cuak juga, tetapi memandangkan hubby dah booking rumah peranginan kakitangan Petronas, dan nak bawak opah dan atuk Hadif, kami tawakkal aje lah. Alhamdulillah, sihat walafiat Hadif disepanjang percutian. Pelik juga dari mana dia dapat tenaga..orang lain dah penat, dia boleh bersilat lagi!
Hadif yang memanjakan diri sendiri..kehkehkeh
Sampai aje di Penang kami terus ke Bukit Bendera. Mak oii...ramainya manusia. Ini mujur bukan cuti sekolah. Pelancong-pelancong dari Arab dan India penuh berebut train. Kami pun termasuk dalam kategori itu jugaklah. Pening-pening lalat dok bau bermacam2 jenis bau..bau minyak wangi (tak wangi tapi busuk!) dan bau badan. huhuhu. Musim sekarang ni musim pelancong arab datang bercuti, maklumlah negara diorang tengah panas.Dua jam kat atas tu, sempatlah Hadif jatuh terjelepuk. Luka sikit di lutut. Agaknya dah penat, nak kutip sampah terus tersungkur. Kesian anak Mama. Tapi lepas tu dah boleh berlari balik. Penat berjalan, kami ikut style pelancong Arab, naik buggy. Sewanya RM30 utk 2 kilometer bersiar-siar di sekitar bukit bendera. Hubby bajet cam pelancong Arab. hahahhaha.
Turun dari Bukit Bendera kami ke Padang Kota Lama, pekena Pasembur yang orang dok cakap2 tuh. Huhuhu amik serba sedikit plus seekor sotong kena RM18. hahahahha. Lepas makan2 kami terus ke Batu Feringgi, hubby booking Rumah Peranginan Kakitangan Petronas. Nice place. Apartment 2 bilik. Coverage broadband tak kira digi mahupun celcom adalah sangat "hampeh". Sebab itu tak boleh up date blog dari Penang. Grrrr...hahahaha.
Wajah ceria orang dah baik demam
Malam tu nak tidur pun tak lena pasal deruan ombak kuat sangat. Dari tempat penginapan ke pantai sangatlah dekat. Time tu dok terbayang tsunami. Dekat pukul 3 pagi jugaklah baru dapat melelapkan mata. Pagi tu kami breakfast kat bilik saje. Lepas siap berkemas terus check out. Hubby bawak pusing dari Teluk Bahang...sempat berhenti di perkampungan Nelayan...pas tu diorang sempat pekena durian. Saya dan Hadif duduk jauh-jauh hihihi. Kami tak makan durian. Saya makan manggis 1kg hadap sorang2. hahahahha. Memanglah cantik buah manggis tu. Putih melepak isinya. Kami terus ke Bandar Geoge Town. Nak cari Nasi kandar Line Clear. Nasib "si jijah" ada. Terus tuju destinasi walaupun banyak kali pusing2 sebab keenggannan hubby percaya pada "si jijah". Ye lah, segala lorong2 kecil dia bawak masuk. hahahahaha.
Perkampungan Nelayan, Teluk Bahang
Lepas makan nasi kandar kami jalan kami saje ke jalan Chawrasta. Beli buah jeruk dan buah pala. Sempat beli sedikit ole-ole utk keluarga dan kawan2. Lepas tu ingatnya nak ke Fort Cornwallis tapi hari hujan la pulak. Lalu saje la di depannya. Time balik ni kami plan nak naik feri. Punyalah beratur panjang...sabar aje la. Ada yang tak sabar tu dok potong turn. Finally kami dapat jugak naik feri. Syok...angin sepoi2 bahasa gitu...kehkehkeh.
Sampai je kat jambatan terus menghala ke Taiping. Kononnya nak makan kat Doli. Sampai je depan kedai tengok kedai tutup. Rasa nak pengsan. hahhahaha. Terus ubah haluan ke kedai Nur Zetty...makan mee udang. Memang sedap. Thank to Yanti sebab kasi info pasal kedai kuehtiaw Doli tu yek. Nanti kalau ada kesempatan akan ku pujuk hubby terjah ke TTDI.
Hubby decided nak terus ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. Aduh, kecut perut melalui jalan yang bersimpang siur itu. Mata pun tak boleh nak pejam dok risau. Nasiblah hubby saya ada darah Micheal Schmaucher kehkehkeh. Sempat singgah di pasar malam Brinchang utk lepaskan keinginan saya nak makan strawberi bersalut coklat. Saya makan banyak sekali okeh, sampai termuntah bila sampai di bilik hotel. Padan muka...hihihi konon berangan ala2 Siti Nurhaliza la nih...
Bangun pagi, kami breakfast kat Food Court aje. Makan nasi lemak, minum air panas. Fuh, baru rasa bertenaga nak melawat kawasan. Lepas je minum kami pi Arked Peladang. Kat sini memanglah seronok sebab dapat tengok macam2 jenis bunga. Saya yang bukan penggemar pokok bunga pun boleh cair hati dok beli pokok2 bunga nak bawak balik. Lama jugak kat sini, sampai hubby remind banyak lagi tempat yang nak dilawati. hihiihi. Destinasi seterusnya adalah Kea Farm. Kat sinilah tempat segala bagai sayuran dijual. Turut dijual buah-buahan terutamanya strawberi dan pelbagai jenis bunga segar. Saya beli bunga2 yang tahan lama je. Bunga ros langsung tak beli..hihihi. Tambahan pula saya penggemar orkid, bukan bukan bunga ros.
Pokok2 dari CH....
Selepas ke Kia Farm kami bertolak pulang. Sempat singgah di Ladang Teh Cameron Bharat, minum teh, makan skon...syiok...hadif pulak makan strawberi cheese cake. Dia sorang je kenduri kan kek tu....hihi . Dah puas minum teh dan berehat2 baru singgah ke kedai teh, beli teh untuk di bawa pulang.
13 comments:
uih.. byk nyer destinasi yg di singgah.. penang best tang food dia..d ah lama x ke bukit bendera... huhuhu... taiping lak tempat lahir ku.. hahaha... cameron pergi pun masa adriana umur 8 bln.. bila la nak berjln lagi nih?
As: sekali harung..hihihihi. So far, Cameron Highland still the best place and I love most...hiihi
mmg jalan sggh ni.. alalalo manjanya hadif... makin ensem plak rasanya.. hiks...
Wah! sekali harung jalan2 ni. hehe.. alang2 dah lalu ye intan. Penah gak duk apartment petronas tu masa ngan kakak la, betul2 depan pantai kan. best naik jetski gak masa tu. hehe..
Mrs. Hasanif: Su...jalan2 cari makan sungguh hihihi hadif memang suka memanjakan diri dia skrg ni...hahahah
Asmara: oh As dah sampai dulu yek..hihihi dekat dgn lautkan..intan takut..hihihi
alamak..ternampak scone dengan butter n strawberry jem laa..teringat masa honeymoon kt cameron dolu-dolu..huhuhu..
Ana: sedappppppp maveles..hiks
uish... akk yg g jjcm kite pulak yg berpeluh tgk.. sini sana sini sana.. berdesup peginyer...
p/s : mane jeruk?
intan handsomenya hadif..he.he..lama sungguh tak ke penang..rasanya da 7 tahun
Kak Yatie: kak..leh jadi calon menantu tak? suka nak berbesan dgn kak yatie ni..hihihi
Penang cam tu la akak..cam singapore pun ada intan tengok...banyak umah tinggi2 jek..
Rosmona: bila nak mai amik jeruk..ada sebungkus tu...cepat, sebelum terlambat..hihihi
p/s: berdesuppp bunyinya...hahahhaha
samalah kita..CH is the best..
tiba2 rasa nak pi..tapi baru pi bulan 2..tunggu tahun depan laks..
kalau tahun depan pi..masuk 9 kali lah pi CH..melampau lak rasnya..e..he..
hmm...what a sweet moment..hu..hu...but Bukit Bendera is the best place i've never been there since 22 years ago..teringin nak naik lagi bukit bendera tu..hu.hu..even dok kedah pun jrg sampai ke Penang...org KL pulak lajuu jerk sampai erk..he..he...
Waaa..Cameron Highland also the best place.....has pun sempat gakslaaa..pergi lagi bulan 2 hari tu...ikut simpang pulai gaks laaa..mmg seram gak..ms tu..tanah runtuh sana sini.....but on d way back...hujan renyai jerk sepanjang jalan...seram gaks..takut landslide..hu..hu..tp itulah..hmm mcm tak moo balik jerk..hubby lg best..dia kata..kiter cr keje kt sini jerklaaa..umah tk payah pasang aircond..he.he..
Post a Comment