Tuesday, September 22, 2009

Riang Ria Hari Raya

Salam Aidil Fitri. Sunyi je blog masing2, maklumlah masih bercuti. Saya dan keluarga dah ada di Berjaya Park. Saya beraya di rumah mertua, hari raya kedua balik ke kampung halaman emak saya di Bagan Datoh, Perak. Sempat beraya di rumah adik2 emak saya dan beberapa rumah saudara mara yang lain. Itu pun main pilih2 sahaja, kalau nak singgah semua, alamatlah kami tidur dalam kereta jawabnya... Sebelum balik Shah Alam sempat singgah di rumah adik abah di Palm Grove, Klang. Fuh, berayaaaaa sangat...

Pagi raya di Lanchang sangat la meriah. Mana taknya, atuk dan nenek hadif ni ramai anak2 buath. Lepas je sesi bergambar, ramai dah orang yang datang. Kami memang tak sempat nak beraya ke mana2 pun. Tetamu silih berganti. Saya dan biras-biras dah macam pekerja kat restoran..hahahah. Laris betul jualan...tapi best. Terasa kemeriahan hari raya bila tradisi kunjung mengunjung masih lagi jadi amalan. Ada tak ada, sempat lah saya beraya ke rumah kawan sama course kat Uitm dulu, shiela. Malam pulak, masing2 dah keletihan. Saya pun landing awal... :)
Hari ni, kebetulan kawan maklang hadif datang dari Johor (kawan la sangat...pakwe dia sebenarnya) Saya prepare menu simple yang amat, meehon tom yam yang pedas dan sempat buat serunding daging. Esok, insyaallah kalau rajin nak prepare nasi impit..jemput datang rumah pada sesiapa yang dah ada di Shah Alam...Hari Khamis saya sudah kerja...huhuhu.
Ini ada sedikit gambar hari raya...

Gambar di pagi raya..

ber photo shoot kat laman rumah nenek...tengoklah hadif tu, di tangan memang tak lekang dengan toy dia...hahaha

Tahun ni meriah sikit pasal semuanya balik, cuma masa bergambar ni, family De tak ada, diorang pi sembahyang raya di Kajang...

Kulihat Hijau.....hahahahha

Tangkap Hadif utk bergambar dgn mama

Sempat sekali snap je, dia pun lari lah..hahahah.


Dan...ada gambar mak dan abah saya...tahun ni turn intan beraya di Lanchang..tahun depan panjang umur kita amik gambar kat depan pintu ni sama2 ye mak...errr lariks...haahahha

Tak lupa adik-adik saya, tak ada dalam gambar adalah keluarga Ayah Ngah Hadif, pun turn beraya di rumah mertua...

Angah dan keluarga...geram betul saya tengok si Jimmy ni..rasa cam nak gigit2...hahaha

5 comments:

Ana said...

syok kann raya kt kpg..x menang tgn kita..keje dok basuh cawan jek kt dapur..tp org kpg nenek ana dah moden skrg..hulur air botol gas jek..xde nk bancuh2 air dahh..hehehe..
ana dah keje ari nie..bosan giler..malasnya nk keje bila dah cuti lama kann..

Intanaziela said...

ana: dah keje? ala kesian..intan pun mula keje esok..huhuhu. kat umah mertua..air masih dibancuh..tak guna air gas...tu yang tak menang tangan..tapi meriah kan..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha.ha.ha..kelakar sungguh bila tengok hadif cabut lari lepas ambil gambar, budak2 memang tak suka ambil gambar. Macam si teta puaslah pujuk dia..senget benget gambar jadinya..

aNIe said...

SELAMAT HARI RAYA aidil fitri buat Intan aziela...maaf zahir batin ye...

Ibu Double Q said...

raya..raya..raya... selamat ari raya..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!