Thursday, September 17, 2009

Suami ku si mamat gajet



Dah lama request kat hubby suh amik gambar semua koleksi lens kamera kesayangan kami tu. Tujuannya? nak bercerita tentang hobi yang kami sama-sama minat. Kamera DSLR memang dah lama jadi idaman saya, sebab rasa rasa (rasalah...hahahah) melalui picu pemetik kamera buat saya jadi tenang. Terasa diri sendiri kreatif walaupun sebenarnya "jauh" hahahhaha. Thanks to hubby sebab merialisasikan impian saya. Hubby beli DSLR itu untuk kegunaan saya sewaktu saya mengambil subjek photo communications dua semester yang lepas, dan alhamdulillah, saya dapat A untuk subjek itu. Kembang kuncup jugaklah bila pensyarah memuji hasil kerja yang saya hantar. Alhamdulillah.

Sebenarnya kamera yang dibeli datang dgn lens basic, masa mula-mula tu sangatlah teruja. Tetapi selepas beberapa bulan, hubby dah rasa tak puas. Dan, bermula episod hobi yang mahal bila hubby mula membeli lens...hahahah. Saya tumpang seronok sebab kalau nak tunggu saya beli..aduh..kecut perut you all....hiks. Bak kata orang, menumpang tuah...

Saya selalu usik hubby. Dia seorang mamat gajet. Dari koleksi handphone yang mengikuti perkembangan semasa, zaman beli kamera kodak siap dgn printer, lepas tu dengan video camera Sony yang digunakan utk editing (pssst: lama dah tak buat video editing). Ada masa tu saya naik hairan, macam manalah hubby tahan duduk depan pc, buat editing sampai lupa makan..dan sekarang dengan kameranya. Dan, tidak dinafikan, hubby saya memang kreatif. Saya banyak belajar dari dia, kerana dia sangat rajin membaca tentang sesuatu yang dia minati, dan saya menyerap ilmu darinya...jimat masa tak payah membaca..kakakakak. Tapi selalu kena marah dengan hubby pasal saya ni tak pandai2...hahahahha. :)

Hubby pernah cakap "idea dan gandingan" kami memang serasi. Dia menzahirkan dari lens kamera dan saya tukang tulisnya. hihihi. Cumanya kadang2 dia merungut sebab kamera kami tu terbiar sepi dek kerana saya malas nak mengusungnya dek kerana sizenya yang "bulky" tu..time2 begini terasa juga alangkah bestnya ada compact camera yang senang diletak dalam handbag...hahahha kerana compact kamera yang lama itu sudah pun difaraidkan kepad si hadif. hahahhaha. Untuk berkarya kamera dslr memang berguna, tetapi kalau untuk memblog, aduh..tak larat saya saya nak mengusungnya bagi tujuan memblog, itu yang senang picit aje kamera telefon..hahahha.

Insyaallah selepas aidilfitri nanti, saya ada satu projek dgn kawan adik. Tentang fotografi. Sesiapa yang minat nak join, nanti saya bagitau. Nak memperkembangkan skill, kebetulan kawan adik saya tu seorang jurugambar.

Untuk Asmara di Jepun: boleh tak agaknya kalau nak kirim beli lens dan aksesori kamera kat As? kat sini ribu riban la As....dengarnya kalau beli di Jepun murah sedikit harganya....ada beberapa barang lagi yang menjadi idaman kalbu...ish..betul la kata hubby, hobi ni memang berhantu...semakin lama..semakin mencari kepuasan yang tersembunyi...hahahahha.

2 comments:

Asmara said...

Intan! hihi.. baru le nak email, nanti intan email listkan model cameranya dan lense apa yg nak tau! senang nak mengooglenyer. Selamat berpronographie ye!

Selamat Hari Raya buat Intan sekaluarga, Mohon maaf zahir batin dari kami sekeluarga di Jepun.

Ana said...

hehehe..raya nie make sure ammik gambo cun cun yek..ana nie tgn keras..amik gambo slalu x kena..ada jek slacknyaa..tensi tau..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!