Rupanya sudah sepuluh tahun saya mencari rezeki di Gas Malaysia. Rasa macam baru sahaja. Sebenarnya ada kenangan unik di awal kerjaya saya di Gas Malaysia. Saya rasa saya sahaja yang mengalami pengalaman ini. Mana tidaknya, saya pernah 2 kali datang interview dan saya dapat kedua-dua jawatan itu. Kisahnya semasa saya bekerja di pejabat peguam, saya hantar permohonan kerja terus ke HR Department Gas Malaysia ini. Saya dapat alamat dari buku GRADUAN. Masa tu baru grad UiTM, jadi semua tempat saya mohon kerja.
Dapat call dari HR suruh datang interview. Punyalah berdebar. Tapi masa tu saya slim lagi kah kah kah. Apa kena mengena slim dalam ini cerita ye dak. Saya ingat lagi, masa masuk sahaja ke dalam kawasan Gas Malaysia dah rasa debar dada, nampak besar dan gah pejabatnya. Maklumlah sebelum ini saya cuma kerja di pejabat peguam yang pekerjanya cuma 5 orang sahaja. hahahha. Saya merupakan calon yang pertama. Masa tu yang interview saya En. Ikhwan Nasir, Manager Operations & Maintenance Department dengan Staff HR, Yvone. Ish punya la nebes. Tapi alhamdulillah interview lancar aje. Masa interview tu saya calon pertama. Masa tu dah ada 2 orang lagi calon dok tunggu di lobby. Saya je yang pakai baju kurung.
Lepas interview tu saya tak de la follow up bagai. Kebetulan lepas tu saya bertunang dan handphone saya dicuri di hari pertunangan saya. Rupa-rupanya saya dapat interview itu bila saya jumpa telegram yang diletakkan di peti surat. Tapi dah terlambat sebab jawatan itu telah pun diberi pada orang lain. Masa saya call Yvone, dia bising cakap "hey, u tahu tak, Encik Ikhwan nak u juga, dah puas kami cuba cari u, telefon tak dapat, hantar telegram tak reply. Memanglah bukan rezeki saya masa tu kan. Nak nangis pun ada masa call tunang kat pelantar bagitahu. Tak apalah bukan rezeki saya. Masa kerja di pejabat peguam tu memang hidup saya huru hara, balik kerja sampai malam hari, bawa balik kerja sampai di rumah.
Dek kerana tak tahan saya daftar dengan agensi pekerjaan. Dapat call dari agensi pekerjaan, kata ada satu company yang establish tengah cari calon nak isi kekosongan jawatan. Tapi agensi itu rahsiakan compay apa. Cuma diorang kata, saya calon yang terakhir, dah 5 orang calon diorang hantar seorang pun tak menepati piawaian yang company tu nak. Hish lagi la nebes akak. hahahhaha. Bila tiba harinya saya disuruh datang ke Gas Malaysia, tapi untuk position temporary staff. Seronoknya saya, dengan selamba bagitahu receptionist yang saya dah pernah isi borang, tak payah isi borang lagi. Eii suka-suka aje kan..hahahah. Kali ini dengan Encik Pozi pula. Pun Boss di Operations & Maintenance. Cumanya kali kedua ni saya selamba aje bagitahu tentang peristiwa saya yang dah pernah datang interview dan dapat tapi telefon hilang. Di akhir interview En. Pozi siap pesan "kali ni jangan sampai telefon hilang, dan kalau boleh telefon aje tanya kita dapat atau tidak ye" kah kah kah. Dua hari lepas interview, saya dapat call dari Che Din bagitahu yang sebelah kaki saya dah ada dalam Gas Malaysia, hahahah. Tunggu offer letter je nak ditanda tangan oleh CEO. Lepas tu saya officially staff Gas Malaysia. Kesian Agensi Pekerjaan tu, walaupun saya datang untuk jawatan temporary staff, tapi En. Pozi nak saya terus jadi permanent staff. Alhamdulillah, rezeki masa nak kawin tu. HIks.
Jodoh saya dengan Operations & Maintenance Department cuba takat 2 tahun sahaja sebab saya ditukar ke HR. Dan, Alhamdulillah masih di HR sampai dah masuk tahun kesepuluh. Saya sangat-sangat gembira berada di HR department ini :)
Insyaallah tahun depan di information meeting saya akan naik ke pentas ambil hadiah dan sijil. Dilema juga nak memilih sama ada Gold pendent atau jam tangan longines. Dua-dua menarik. Tapi dulu masa kami achieve target 1 billion kami dah dapat jam tag heuer sorang satu, jadi saya rasa saya pilih emas walaupun saya bukanlah peminat barang kemas. Bila saya cakap kat huby "eeii kalau emas sesak-sesak boleh gadai tau" ahhaha dia jawab "sesak lah sangat! mata ke atas tangan di bahu!" hahahahha.
nak yang ini kah?
atau yang ini kah?
Saya pilih rantai emas. Boleh kasi Raisa melaram lagi. Mak incik tu sangat suka bergaya..cer tengok gambar dia ni..
hahaahah. Pantang bila bersiap cakap "nak etappp (nak make up)" kalau tengok blusher tu bila kita tanya kakak ni nak letak kat mana? jawab dia "pipi aaaahh" hahahaha. Adoi anak dara ku yang seorang ini, kuat betul melaram. Pewaris handbag mama kata babah dia. hahahha. Tang handbag tu betul, tapi tag barang kemas memang tak menurun perangai mama dia..hahahhaa. Ni mesti pengaruh opah dan nenek!