Cerita: Abang Hadif lost. OMG hahaha cerita selanjutnya nanti mama cerita.
Update:
Semalam lepas ke Mid valley hubby tanya saya nak ke jalan-jalan ke Empire Subang. Berjalan, siapa tak suka kan..hahahaha. Singgah beli baju anak-anak di Poney. Lepas tu Kauthar melepas la pulak hahahah. Hubby nak turun ke parking lot sebab dypers anak-anak tak bawa. Tinggal dalam kereta. Saya bawa anak-anak ke Baby changing room. Sampai situ Hadif nak ke tandas, memandangkan tandas bersebelahan sahaja dengan changging room tu, saya benarkan dia pergi dan pesan suruh jumpa saya kat changging room balik. Sementara tu saya salinkan baju Raisa.
Puas saya tunggu tapi Hadif tak muncul. Hati dah mula tak sedap. Saya bawa adik-adiknya keluar sampai depan tandas. Tak kan saya nak masuk tandas lelaki. Mujur ada sepasang suami isteri berbangsa cina. Si suami masuk dan cari Hadif di dalam. Bila dia keluar, dia gelengkan kepala dan kata Abang Hadif tak ada di dalam tandas! Masa tu saya rasa saya dah mati. Air mata tak usah cakap la meleleh-leleh sambil panggil nama Abang Hadif. Saya lari ke security guard buat aduan. Sambil tangan tu dial hubby yang masih di parking lot. Hubby kata dia tak tunggu lif dah, naik atas pakai tangga je. Tak lama lepas tu Security Guard bagitahu diorang dah jumpa Hadif di information counter. Allah Allah.. abang Hadif, nak marah pun memang tak guna perkara dah berlaku.
Bila tanya kenapa dia tak masuk baby changing room tu, dia kata dia terlupa ingatan. hahahaha. Dia bagitau lepas keluar dari toilet dia terus ke kedai yang kami beli baju, kakak kat kedai tu tanya no. telefon mama, so abang bagi la, lepas tu kakak tu bawa ke kaunter informasi. Adoilah anak ku.
Bagai nak terputus nyawa masa Hadif hilang sekejap. Lepas dah jumpa pun menggeletar badan saya tak hilang lagi. Syukur Alhamdulillah kerana ujian Allah itu cuma 10 minit sahaja. Tak sanggup lagi saya nak lalui pengalaman sebegini.
No comments:
Post a Comment