Monday, December 3, 2012

Si Manis 18 hawww

Kemas-kemas organizer yang lama-lama terjumpa sekeping gambar semasa saya di UiTM Arau, Perlis. Gambar tu rasanya masa aktiviti memanjat gunung. Hahahah macam tak percaya dulu memanjat gunung kalau tengok saiz badan sekarang harap maklumlah. Masa ni umur saya 18 tahun. Tengah muda belia. Masa ni tengah ramai peminat kah kah kah. Sekurang-kurangnya esok bila Raisa tanya, boleh juga mama buat modal bercerita dan boleh juga nasihatkan Raisa supaya berhati-hati menempuh zaman remaja. Saya dah biasa merantau. Masa bersekolah dan tinggal di asrama di Negeri Sembilan memang ramai mak angkat yang saya kumpul. 

Tahun pertama dilanda masalah komunikasi kerana saya tak pandai bertutur dalam dialek negeri sembilan. Jenuh macam itik dan ayam. Alhamdulillah sebab bahasa negeri sembilan tak la susah mana, saya cepat belajar. Sampai balik Shah Alam mak marah sebab cakap pun dah ikut loghat negeri sembilan. Apo kono eh jang kakakakkaka. Pengalaman masa kita membesar ini penting sebenarnya. Ianya akan mencorakkan siapa diri kita apabila dewasa. Pembesaran dan kehidupan dalam suasana yang sihat sebenarnya akan membuatkan kita lebih berkeyakinan. Saya pernah merasa bagaimana rasanya menjadi seorang pelajar baru yang masa itu ramai yang mahu berkenalan. Masa itu saya memang jenis yang keras hati sebab nawaitu saya ke sekolah sebab saya nak capai cita-cita saya. Nak buktikan pada mak abah saya yang saya boleh berjaya. Jadinya saya tak layan orang. Saya tolak dengan baik niat orang yang nak jadikan saya makwe (eeii. goli den) Saya cakap yang saya lebih senang berkawan. Ada satu insiden dimana pelajar Aspura bergaduh berebutkan saya. Saksinya masih ada, agaknya kalau cakap dengan Shidi mesti mamat tu gelak terbahak-bahak sebab dialah posmen yang menyampaikan segala pesanan penaja. Siapa yang tak ada kenangan masa remajakan. Walaupun tak banyak mana tetapi semua tu akan jadi kenangan. Kenangan yang akan mematangkan fikiran apabila kita meningkat dewasa. 

Saya masih ingat semasa di zaman saya ada peminat-peminat, mak saya selalu pesan. Jangan mainkan perasaan orang. Jangan layan semua orang. Buat pilihan kalau nak berkawan. Jangan tamak. Nak tahu kenapa mak saya pesan begitu? sebab dia pun pernah remaja. Pernah juga ramai peminat dan akhirnya Abah juga yang jadi pilihan dan pojaan hati mak. kah kah kah. Masa di UiTM Arau persekitaran kampus memang memberi kejutan. Alhamdulillah, saya tidak dilanda kejutan budaya. Mungkin sebab saya bersahabat dengan Arwah Ayu. Kemana sahaja kami berdua dan Ayu sahsiahnya baik. Seronok masa ni sebab persekitaran kampus membuatkan kita akan rasa diri kita dewasa walhal masa tu umur baru 18 tahun. Cumanya kalau tak pandai bawa diri akan jumpa dan berkawan dengan orang yang boleh bawa kita ke jalan kesesatan. Kenangan zaman remaja memang manis, tetapi bukanlah membolehkan kita dibuai perasaan dan mengenangkan apa yang tak patut dikenang. Semua itu merupakan penghubung pada hidup dan penghidupan kita yang sekarang. Yang lebih realistik dan lebih positif. Kenangan dikejar peminat fanatik amik ko gila kentang punya ayat, dapat bunga dan coklat, dapat surat didepan pintu bilik dan pengalaman makan minum free di gerai akan sentiasa saya kenang. Maknanya saya perempuan yang normal sebab dapat melalui semua itu. dan pengalaman itu bukanlah untuk dibangga tetapi menjadikan saya lebih matang saya kira. 

Saya dahulu tak pernah ada yang steady, selalunya bila di approach, saya akan cakap "kita kawan dulu ye" dan satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan saya tidak berkata begitu adalah hubby.  Sebab awal-awal lagi dia dah warning yang dia berkawan bukan untuk suka-suka.  Agaknya sebab itulah saya jatuh cinta dengan dia.  Benarlah kata orang, Cinta itu apa bila kita bertemu, dan membuat pilihan yang tepat.  Saya telah pun membuat pilihan yang tepat.  Diantara mereka yang pernah hadir dalam hidup saya, Hubby merupakan lelaki yang paling tepat untuk saya.  Yang telah Allah tetapkan jodoh saya walaupun perkenalan kami sangat singkat.  tapi saya sangat yakin dengan pilihan hati saya.  Paling penting restu dari kedua orang tua. Apabila saya perkenalkan hubby, mak saya terus berkenan dengan bakal menantunya yang pandai beli jiwa bakal mak mertua bawa jambu air madu. chewah. hahahaha.





3 comments:

PM said...

waaa... ayoh bawak jambu air batu je masa masa jumpa bakal mak mertua? hebak aaa ayoh!!!

Intanaziela said...

Nani: wakakakakka... kelas kan..kelas gitu..jambu tu famous tau kat karak...mak akak pulak suka jambu tu..pandai ambil hati orang tua hehehehe

AtieYusof said...

hehe.. teringat zaman muda2 kan.. dulu2 indah nya zaman study..
salam kenal..singgah follow sini #57.. :)..
TQ..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!