Jumaat petang Nenek Hadif dan Mak Besar sekeluarga datang jalan-jalan ke Shah Alam. Nak tengok Abang Ariff yang belajar di UiTM Shah Alam, sambil tu nak bawa Ayie dan Kak Ngah Nurul jalan-jalan. Sebelum result PMR keluar kak ngah tak mau jalan-jalan. Debar katanya. Alhamdulillah, Kak Ngah Nurul dapat 9A dalam PMR baru-baru ini. Semoga jadi ikutan untuk adik-adik yang lain nanti.
Balik kerja Jumaat tu saya masak ringkas-ringkas aje. Masak asam pedas ikan selar, goreng ayam, goreng sayur kobis, buat sambal tempoyak makan dengan kacang botol dan goreng tempe. Alhamdulillah, habis seperiuk nasi makan ramai-ramai.
Malam tu buat siap-siap sambal ikan bilis nak dikawinkan dengan nasi lemak buat sarapan. Lepas sarapan terus keluar melawat rumah bujang abang Ariff. Mak Besar nak buat sport check. kakakkka. Bersih aje rumah orang bujang. Kalau rumah budak2 student yang pernah sewa rumah kami dulu eeii.. menangis saya membasuh bilik airnya bila diorang keluar.
sambal ikan bilis #cookingwithlove#
kononnya Abang Ariff nak datang sarapan kat rumah, tunggu dia punya On
The Way sampai sudah tak sampai jadi saya pack kan dan bawa pergi rumah
dia.
sempat godek-godek kat dapur tu bakar kek coklat buat kudap-kudap tetamu yang datang.
Kek yang telah di topingkan...ana funya biras kata sedap macam yang beli punya keh keh keh.. saya budak baru belajar gitu..
Resepi
Kek Coklat
½ Cawan serbuk koko
½ cawan air mendidih
125g butter
1 cawan gula halus (kurangkan kalau tak suka manis)
2 biji telur
1 sudu kecil asen vanilla
1 ½ cawan tepung kek
1 sudu kecil soda bikarbonat
½ cawan fresh yogurt asli
Bancuh serbuk koko bersama air panas, ketepikan.
Pukul butter dgn gula sampai ringan
Masukkan telur satu persatu, esen vanilla, yogurt dan tepung yang sudah
diayak tadi
Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk koko tadi.
Bakar dalam suhu 140-150c dalam 40 minit/sehingga masak.
Lepas tengok Abang Ariff kami terus ke Sri Kembangan, pergi Big Bad Wolf Book Sale. Memang mabuk tengok buku. Rasa macam nak beli semua bawa balik tapi tak larang nak usung. Abang Hadif pun apa lagi, sempat la pau babah beli buku yang dia minat. Layankan aje asalkan dia minat nak membaca kan.
Abang Hadif kalau jumpa buku yang dia suka...
yang ini mama dengan babah punya...
Lepas tu kami pergi makan tengahari di The Mines. Balik terus singgah rumah opah kasi nenek jumpa besan. Mak hidangkan mee goreng untuk minum petang. Hajat dihati nak bawa mereka ke I-City malam tu, tapi sampai aje kat rumah semua dah kepenatan dan tidur awal. Dengan saya sendiri pengsan. Pergi beli buku aje pun tapi penatnya mengalahkan round satu Hong Kong. hahahah.
No comments:
Post a Comment