ddd
Subuh lagi hubby dah call, kes dia terlupa yang kami di Selangor cuti sempena hari jadi Sultan Selangor. Sebab cuti maka mama biar aje anak2 santai-santai tengok tv.
Abang hadif awal-awal dah request roti telur untuk breakfast, Raisa dan kauthar macam biasa layan bubur nasi la. Lepas anak-anak siap mandi terasa macam nak bakar kek coklat memandangkan bahan-bahan buat kek ada lagi jadi ingat nak perabis apa yang ada. Hubby cakap harus saiz pinggang dia bertukar ke 38 kalau saya selalu baking gini hihihihi.
Lepas siap bakar kek coklat sidai kain pulak. Saya cakap pada hubby yang duduk rumah lagi penat dari bekerja di pejabat. Ada aje benda nak dibuat. Dari celik mata sampai la malam nanti.
Petang-petang sikit mungkin nak keluar cari baju sekolah abang hadif, ikutkan hubby suruh tunggu dia je tp saya pulak bimbang kalau lewat-lewat nanti tak ada saiz pula. Biasanya saya akan sediakan 5 pasang terus baju sekolah kebangsaan dan 5 pasang baju sekolah KAFA. Senang bagi saya ibu yang bekerja ini. Hujung minggu bersilat membasuh dan menggosok uniform sekolah. Memang ada cadangan yg menyuruh saya hantar dobi je heheheh tapi basuh sendiri pun berat badan tak turun2, takut bila hantar dobi nanti badan makin montel. Hiks.
No comments:
Post a Comment