Saya buat juga lah pancake yang dia minta, tapi mula-mula pancake saya jadi herot petot. hahahah. marah lagi, tu kan tak berapa jadi. Tapi lepas hati dah sejuk, alhamdulillah cantik aje jadinya pancake untuk Hadif. hahahah. Buat banyak, yang lebihnya buat Dorayaki ala-ala Jusco Bukit Tinggi kah keh keh. Hadif bawa bekal ke KAFA keesokkan harinya.
"kenapa pancake yang ni buruk dan yang itu cantik ma?"
"Sebab yang buruk tu mama masak sambil bebelkan abang, yang cantik tu mama dah tak marah, masak dengan kasih sayang Abang!"
"Ni dorayaki mama beli kat Jusco ke?" Aik macam perli aje anak saya ni..hahahah
yang ni saya tak buat, Mak Lang Hadif belikan di Serai, Empire. Oklah, tapi bukan pilihan saya sebab terlalu manis! potong kaki okeh.
ini resepi Pancake Sonang Baitu saya.
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 1 biji telur
- 1 cawan susu segar
- 3 sb gula
- 1 sb minyak
Cara-cara
- Satukan tepung gandum dan baking powder
- Asingkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur sehingga kembang dan putih. Dalam bekas lain, campur kuning telur,gula dan susu. Kacau sebati
- Masukkan minyak dan susu td dalam no1. Kacau hingga sebati. Kemudian masunkkan putih telur dan kacau secara kaup balik.
Selamat Mencuba!
2 comments:
Sangat giler manis kan! Daripada sedap terus jadi tak sedap for me laa...sbb manis nya melampau2
Nily: yes...sependapat mak mertua dgn menantu kah kah kah. akak tak sejiwa la dengan pavlova Serai ni... tak boleh habis makan walaupun berhari2 hahahah
Post a Comment