Thursday, January 3, 2008

Bulan penuh celebration

Januari yang penuh celebration. 10 Januari birthday hadif..pemuda kesayangan mama dan babah, 14 Januari pulak birthday mama...yang ke 18, aci gitu? kekekekek dan 25 Januari nanti Anniversary kami yang ke 5. Ke 5? baru angka lima ye dak? masih banyak lagi yang perlu dan bakal kami harungi. Doakan Hadif membesar jadi anak yang cerdik, pandai, soleh tapi jangan doakan mama membesar pulak yek..cukup2 la besar yang gini ...kekekekke doakan mama panjang umur, murah rezeki dan hidup bahagia disamping babah dan hadif yang paling mama cintai dalam hidup mama ini (episod jiwang karat eh?)


Ni nak citer dalam satu entry untuk cerita seminggu. Sebabnya mama busy sikit menjelang awal tahun ni..banyak menda nak kena buat, jadi mama satu kan aje la citer dalam satu entry.


Cuti New Year hari tu kami anak beranak bersantai kat umah je. Lovelynya dok umah, tengahari pi McD, balik tu babah ajak gi IKEA, carik lampu untuk rumah baru, tapi mama rasa kalau pi IKEA jauh sungguh perjalanannya, suggest kat babah gi JUSCO Bukit Tinggi. Cuma 15 minit dari rumah kami. itu tak lalu tol tu, kalau lalu tol, maybe 10 minit. Best giler. I like.... hehehehe. We having dinner at one of ayammas punya restaurant, eii tak best la..babah ngomel, best lagi chicken rice shop, tapi dek kerana dah order dan bayar, so layannnzzz. Lepas tu kami sambung jalan2 kat next floor. Jumpa la Big Apple punya kedai, tengok orang beratur panjang..tapi mama tetap nak beli walaupun perut dah kenyang. Mama belilah 6 ketui pas tu bawak balik umah. Sampai umah, naik bilik kononnya nak tido lah, sambil layan spa-Q online, dapat sms berbunyi begini "mmg maveles ma donut ni. Yg amat sedap" heheh ropa2nya babah dah makan 3 ketui donut tu..

Inilah dua orang heroes dalam hidup mama


subuh2 2hb dapat call dari adik mama, bagitau ayah auntie nida hadif yang meninggal. Mama jadi terkedu. Tak dapat mama bayangkan kalau mama berada ditempat auntie nida tu. Apa pun, semoga auntie nida sabar, tabah dan redha dengan pemergian ayah tersayang. So mama amik time off pagi tu pi visit, kami pi 2 kete, cuaca punyalah panas, mama terus kena sakit kepala. Lepas makan tengahari babah hantar mama pi opis balik. Petang tu, dekat2 kol 5.30 mama dapat call "ma, donut semalam tu sedap la..saya tinggaikan awak setengah " "tak pe la..abiskan aje la, mama dah makan, nanti kita pi beli lagi la" pas tu jawapannya berbunyi begini "memang, hari ni jugak nak pergi" Jadiknya, lepas amik mama, teruslah kami anak beranak ke Jusco bukit tinggi itu, haaa amik..dua hari berturut2. sampai je terus tuju Big Apple..

Terus order 6 ketui, order air dia kasi free lagi dua ketui

Bayangkanlah..dari 8 ketui tu, seketui je yang hadif makan, yang lain sumer babah dgn mama yang belasah..

Lepas layan donut2 kat big apple tu kami pun memulakan theraphy session kami, jalan2... tengok2...pas tu babah suh mama pilih hadiah birthday. Memang selalunya mama dapat hadiah birthday sebelum tarikh birthday. Boleh dikatakan hadiah tahun baru...syiiokkk giler. Thanks yang, thanks for everything. Speechless.






inilah pemberian dari hubby tersayang...suka sangat! hubby aku memang suka buat kejutan. hari ni kejutannya, dari nak makan donut terus dapat birthday present. best okeh. sangat2. Nak tengok muka orang yang sangat gembira malam tu? ha, tengok bawak nih...


abaikanlah muka kepenatan aku ini..sakit kepala yang teramat2nya. tapi dek sukanya dapat handbag baru, rasa cam tak sakit kepala je, balik umah, telan panadol, tido.

Jadik, sekian aje la yang nak dimerapukan..

soksek: Hidup ini satu persinggahan.



No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!