Monday, January 28, 2008

Selamat Pengantin Baru Ayah Ngah!

Hari minggu yang lalu adik lelaki ku angah; telah selamat menikahi gadis yang menjadi pojaan hatinya. Sewaktu Angah melafazkan akad nikah, tak sedar air mata ku meluncur laju. Sudah bergelar suami rupanya adik ku itu. Sebagai kak Long, aku sentiasa merasakan adik2 ku kecil2 lagi! Selamat Penganti baru Angah..Semoga mahligai yang dibina dibajai dgn kasih sayang dan cinta ...semoga kekal hingga ke akhir nyawa. Waktu tengah melayan bluess..aku pandang kak yang dan kawannya baizura yang menggelakkan aku. Cengengkah aku?
Majlis Resepsinya insyaallah akan diadakan pada penghujung bulan Mac nanti. Usahlah ditanya mengapa jaraknya terlalu jauh..kerana aku pun tak tahu! Apa yang penting, yang wajib sudah dilaksanakan. Yang haram dah pun menjadi halal.
Dari bertunang, sehinggalah ke majlis akad nikah..walah penatnya bukan kepalang. Sengal2 dibadan pun masih terasa, rumah yang bersepah pun belum habis dikemas. Sebagai kakak, aku sedaya upaya ingin menjalankan tanggungjawab ku. Terima kasih pada suami yang sentiasa memahami. Kasihan si jantung hati yang terbiar tatkala mamanya sibuk ke sana dan ke mari...

Saat berdebar sewaktu melangkah ke tempat pernikahan

My sista' in law

selamat sudah....




pssttt...ayah ngah, hadif pun nak enterprame jugak!!!!


soksek: Teringat pesan tok kadi...lebih dari sepuluh kali dia pesan dan dia gunakan perkataan sabar...sabar...sabar... dalam perkahwinan, small matter can create a big problem, ye dak?

No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!