Thursday, January 10, 2008

Happy Birthday My Darling Hadif...

Masih terbayang lagi, pada 10 Januari 2004, dalam labour room kat Selangor Medical Centre, pada pukul 4:54 ptg, sejurus selepas azan asar, aku selamat melahirkan seorang baby boy. Matanya yang besar dan bulat mengesahkan yang itu memang anak aku. Tak de tertukar2nye..confirm. Tapi selepas beberapa jam, doc. bagitau yang anak aku tu ada masalah pernafasan. Paru2 tak matang, lahir tak cukup bulan memang itulah selalunya risiko yang harus dilalui. Tambahan Hadif lahir premature border line. Lirih betul hati time tu, maklumlah anak sulung. Air mata jadi teman yang setia. Jiwa sensitif giler. Mujurlah si suami sentiasa berada di sisi.
" Yang, ingat tak lagi waktu kita sama2 berulang dari shah alam ke HKL? tiap2 hari. without fail. semata2 nak jenguk permata hati kita yang bertarung nyawa di NICU tu? " Masih ingat tak lagi masa Hari Raya Aidil Adha tahun itu, kita pagi2 lagi dah berada di wad, nak beraya bersama anak..waktu tu..kita je parents yang ada kat situ. Tanpa semangat yang kuat, rasanya tak terhadap dugaan yang menimpa. Saya masih ingat waktu awak menenangkan jiwa di tepi padang bola berhadapan dgn wad anak. Saya perhatikan awak dari tingkat NICU3. Waktu itu, saya berdoa...semoga Allah makbulkan doa dan harapan awak dan juga saya, untuk bawa pulang anak kita ke rumah.
Masih segar dalam kotak ingatan ini, bagaiman rasanya tidak tidur semalaman menjaga hadif di wad selepas ditukarkan dari NICU. Time tu hubby dah balik offshore setelah hampir sebulan dia tak kerja. Time tu aku memang tak tentu arah. Tambahan bila hadif kena jangkitan silang. Bayangkan waktu mak dan kak yang bawak aku pi makan kat food courd dekat dengan stadium tu, aku bantai tido. Selamba badak betul. Bukannya kejap..dekat dua jam. Tapi itulah pengalaman yang aku pernah tempuhi dalam menanti buah cinta, yang dinanti pulang ke rumah.
Syukur alhamdulillah, akhirnya penantian yang begitu menyeksanya jiwa raga selama lebih 48 hari berakhir...Hadif pulang ke rumah dan aku dan hubby dapat membesarkan buah hati kami dgn penuh kasih sayang...
Dan, Hari ini, Muhammad Hadif Khawarizmi 4th years birthday. Membesarkan hadif merupakan anugerah yang paling berharga...dan insyaallah, Hadif akan terus menjadi buah hati mama yang sangat2 disayangi.
Dear Hadif,
Happy Birthday. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga Hadif lulus untuk drypers free. Semoga Hadif membesar jadi anak yang soleh, cerdik dan bertanggungjawab macam babah. Mama doakan Hadif selamat di dunia dan di akhirat. Mama harap hadif dapat membuatkan mama kurang menjadi tarzan bila time menyiapkan hadif ke Genius Auland, okeh? Apa pun, Hadiflah buah hati, pengarang jantung mama...emmmuah.



kek yang hadif sendiri pilih


Gaya birthday boy yang mengantuk menyambut hari jadi...



Soksek: Dapat sms dari hubby berbunyi begini "thanks 4 the gr8 gift u give to me 4 years ago. It's sweet to become a babah to hadif kimi asul amai all the years. Want some more? huhuhu. - itu semua antara ayat2 yang hadif selalu guna...babah dah windu kat hadif la tu yek? maklumlah, 3 minggu mengulit anak.





No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!