Tuesday, January 22, 2008

Entry Pre-Anniversary

Only a few days lagi our 5th Anniversary. Pejam, celik. Pejam, celik. LIMA tahun bukan la panjang mana jangkamasanya, kejap aje. Dari cinta E-PJJ, sampailah ke alam pertunangan, seterusnya ke alam perkahwinan, kami pasangan yang sering berjauhan. Kalau orang lain dapat jumpa suami setahun 365 hari, aku pulak jumpa hubby separuh dari itu. Kalau sebulan, cuma 14 hari dapat jumpa suami. Kalau suami amik cuti, ha..barulah lebih dari 14 hari. Mungkin pada orang yang hari2 jumpa suami, bila berjauhan rasa serba tak kena. Aku? biasa2 aja. Dah biasa sangat kena tinggal. Even kalau time off pun hubby kena pi kerteh jugak..attend kursus la.. meetingla..itu la..ini la.. Dan, kalau ada pun perkara atau benda yang nak jadi, selalunya jadi time hubby kat offshore. Bateri kete konglah, paip air tertaggal la, anak demamlah, itulah, inilah.. pendekkan citer, kesabaran ku selalu diuji while hubby is away.

inilah tempat hubby mencari rejeki..

Bila dah selalu kena tinggal ni, perasaan rindu pun membuak2 (aiiyooo...!) Bercakap telefon macam orang baru bercinta. Perkataan I Love U memang tak pernah tinggal...(time baik la..time hangin; sendirik mau ingat la..kekekek) Agaknya, sebab itulah Allah pertemukan aku dgn suami. Satu kombinasi yang stabil aku kira. Bila dia marah, aku suka diam. Bila aku diam, dia marah..heheheh Paling penting, suami ku seorang yang penyayang, sentiasa melebihkan keluarga lebih dari dirinya...(yang, puji ni ....kekekek) Sentiasa berusaha menggembirakan hati aku. Itulah suami ku.

Dalam apa jua pun keadaan, aku bersyukur kerana bersuamikan suami ku ini. Biarlah ada masanya angin barat daya..timur laut melanda, tapi bagiku, itu semua normal..kerana kita insan biasa.. kepada suami ku; yang, terima kasih kerana menerima saya seadanya; menyayangi dan mengasihi saya melalui kecacatan diri saya, semoga rumahtangga kita akan terus bahagia sehingga ke akhir hayat. You jump, I jump! ngehngehngeh..


"kau doktor hati ku"

Ni gambar yang jelas sikit... comeykan suami saya? ahakss..
Pendek kata, sepanjang perkongsian idup ini, banyak yang kami kongsi bersama. Hubby ni seorang yang memahami. Kalau aku citer kat dia yang aku marah pada seseorang, Dia akan marah orang tu 10 kali lebih dari aku. Dialah pengkritik No. 1, dialah penasihat,..dialah cikgu..dialah doktor.


soksek: Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari kemudian Allah datangkan pula guruh & kilat. Puas kita menangis mencari matahari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah







No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!