Wednesday, January 16, 2008

Hangin Satu Badan

Hangat hati betul la dgn hamba allah yang sorang ni. Hari tu beriya sangat nak kabinet untuk simpan file dia..kata kesian kat dia lah...itulah..bila bagi dah tak nak pulak. Bila suh clearkan file2 dia buat muka. Ape dia ingat dia tu besar sangat ke. Mencik tau. Kemain pandai kata orang...kerja biar ikhlas...habis dia tu? setakat melangkah setapak dua dari tempat duduk dia pun dia dah kata jauh. Soheh la dia masih dok takuk tu walaupun dah berbelas tahun kerja kat company ni. Ha amik ko. Memang aku hangin. Kenapalah aku berdepan dgn manusia2 yang sentiasa pentingkan diri sendiri. Nak ikut kepala hangin diorang je. Mentang2 la aku ni jenis gelak je..senyum je..cuba kalau aku ni jenis moody? mau terbalik department aku kerjakan. Tak pe, orang cam gitu memang jenih tak leh gi jauh.. (cam la aku ni leh gi jauh ek? tak pe, akan aku pergi jauh dari department nih..wakakakak)

Ahggg... malas nak kenang muka manusia tu. Mencik..mencik..mencik.. Terus call mak, tanya perihal anak bujang yang baru balik dari Genius Aulad. Ha, kan betul, bila dgr cerita anak bujang tu, aku boleh gelak balik. Hari ni opah dia citer, teacher dia salah pakaikan kasut bila nak balik. Apa lagi..mengamuk la hadif, siap membebel2 kalah mak nenek. (confuse aku..ikut sape la dia ni kuat membebel...heheheh). Opah dia pun naik la balik ke Genius Aulad, cari balik kasut hadif tu. Mujurlah jumpa. bila dah jumpa opah dia kata dia masih lagi membebel sambil turun tangga; sampat teacher kat situ kata "amboi..bisingnya..kalah mak nenek.." heeheh itulah hadif, dia memang tak kan nak benda yang bukan milik dia. Pas tu opah bgtau hadif dah pandai gi toilet kalau nak 'melepaskan hajat'... oh hadif..mama so proud with you. Saje la tanya dia..hadif nak apa as hadiah..dia jawap "gula-gula la" aku pun cakap la "mana ada gigi nak makan gula-gula" pas tu dia bagi sebijik kat aku "isap je la...tak payah gigit!" aiyoo hai la anak omak! hahahah padan muka mama dia nih.

soksek: Ada pelbagai jenis orang yang deal dgn marah ni. Ada yang lekas marah, tapi lambat ilang. Ada yang susah marah, lekas nak ilang marah. Ada jugak yang susah marah, lambat surut marahnya... dan ada yang cepat marah, cepat hilang. Kita ni jenis yang mana yek?





No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!