After maghrib tadi gi Plaza Alam Sentral, nak cari track bottom dan tshirt hadif for his camp-out this coming Saturday. Aku bawak mak, abah and of course ler hadif bersama. Tengok2 susu Enfakid rega dia murah 2 hengget dari kedai yang biasa aku beli. Amik la dalam 8 kotak yang selalunya cost me around RM300 tapi hari ni tak sampai pun. Tu untuk stock 2 minggu je ye kawan-kawan. Nak beli lebih, mak bising, ..tak de tempat nak simpan. hahahaha
Tengah nak amik susu tu, ada sorang mak budak pun sama2 dok borong susu. Dia kata dia ada 3 orang anak. semua minum susu brand tu, dari enfalac, enfagrow, pas tu enfakid. Dia kata biar beli diapers murah. Beli susu mahal tak pe, anak pandai. Iye ke korang? Aku pulak, ikut tekak hadif ler, dia suka minum yang mana, dan paling penting, dia tak de alahan apa2 dgn susu tu. Ikut kemampuan masing2 la kan. Anak kita, tanggungjawab kita. Pada aku, biar aku tak beli apa yang aku suka, asal hadif dapat apa yang dia suka. wah..emo disitu..
Lepas beli tu, lalu la kat depan Customer Service Counter. Budak tu kata leh tukar kupon cabutan bertuah kalau beli lebih dari 40 hengget. Aku boleh dapat 6 kupon untuk cabutan bertuah tu sebab aku campur sekali dgn resit beli track bottom dan white shirt hadif tadi. Tak sangka pulak hari ni aku bertuah..dapat beg besar lagi tu. Aku pun terlopong bila budak2 kat kaunter tu jerit "eh..dia dapat beg lah..." muahahahahah besar giler beg tu. Boleh isi Hadif dalamnya. wakakakakka. pas tu aku kasi la mak, abah, hadif try luck diorang pulak. Tapi hari ni ternyata ahkakkk lah yang bertuah...so lepas tu budak tu ajak ler bergambar, nak letak kat board yang diorang sedia kan.. ya ampun, tak rela akak tau. Lepas amik beg tu, aku buh susu2 hadif yang berkotak2 tu didalam, pas tu aku pun tarik la beg tu. "sorang lagi peserta akademi fantasia yang bakal meninggalkan akademi" mak gelak tak henggat okeh.
tu la mesin yang digunakan utk cabut no. bertuah, ala2 roda impian pulak..biasa orang sebut wang besar..wang besar..akak sebut beg besar..beg besar....heehehheMacam tau2 je kami ni nak pi jalan2 next week. Amacam babah, cukup ke nak isi kain baju kita tiga beranak nih? :) Senang kita nak pi Mekah yang..Okeh apa, beli barang harga dekat RM300, dapat free gift rega RM199. Okeh la tuh.. bertuah jugak. Hari tu, masa pi seminar kat Hotel Maya, KL aku pun dapat lucky draw jugak. Barangan Bodyshop. Rega pun lebih kurang rega beg ni jugaklah. tu pun dah buat aku happy. Mana taknya, selalu, kalau pi dinner ke, family day ke, ..tak pernahnya bertuah. Asyik2 bawak balik door gift jek. So, psst..cukup puas hati, lebih dari itu (ayat cam dalam iklan tu...)
lepas ni tunggu cabutan besarnya pulak, agak2 korang, aku dapat tak kete proton saga tu? hahahahahah kalau nak tau, tunggu la selepas bulan september. Tunggu tau.
6 comments:
wow..dpt beg 2 long..bley pakai wat pindah umah nanti..ngeh3..agak2hadif cm notty2,masuk je die dlm 2..hehe..mmuah2 untok hadif..hehe..:p
memang dasat kawan aku ni, beli susu pun siap mengintefrem ni...tahniah la ye dpt beg besor senang nak jln2...kalau dpt keta proton saga ko sedekah jer kat aku, boleh aku guna balik raya, tak de lah bwk keta aku yg nak semput tu...aci gitu?hehee
byezuera: betul jugak tu bye..nanti along fikirkan
mama apih: aku tak sangka pulak dapat beg semalam..hehehe kalau aku dapat keta tu 3, aku kasi ko satu, kalau satu jek..kita kongsi kereta ler...macam dulu2..heheheh
putrajaya kt area mane ek?
wetland...wetland..
hahhahaah...beg besar...beg besar
oleh sbb itu...
sapa kata shopping itu satu pbaziran...
ada imbuhan lagi tu....
Post a Comment