Saturday, August 2, 2008

Aiman tak kisah..

Hari ni Cina Kontraktor tu bising2 kata dia tak leh buat kerja dek sebab elektrik tak de. Masalah tu dah dua minggu. Dah masuk kali keempat aku buat report kat TNB. Hari ni aku dah ilang sabar. Pagi2 aku dah mengamuk kat talian 15454. Bila aku dan mengamuk berulah diorang terhegeh2 nak telefon balik la, nak gi tengok apa masalah la.. walhal kita dah report banyak kali. Kali ni aku tak de nak cakap lembut2 gitu. Terus tinggi je nada suara aku. Aku dah tak pedulik. Dan, dalam kol 3 ptg, pekerja TNB tu call aku, kata diorang dah buat temporary connection sementara nak tunggu hari Isnin. Boleh pun bertindak. Hairan sungguh aku, tak kan bila hari Sabtu dan Ahad, kalaupun opis tutup, tapi patutnya respons team mestilah bertugas. Aku pun kerja kat Utilities company jugak. Nasib la budak technician yang buat keje tu kena marah. I just don't care anymore. Nak cakap aku sombong ke, garang ke,..Aiman tak kisah!

Hadif pulak selsema dan batuk. Kesian tengok dia. Dah bawak gi klinik, dan dah pun makan ubat. Rindukan kembar siam dia yang dok kat laut tu kot? :) So, kesan makan ubat tu, meragam ajak aku naik tido awal. Layankan aje la, dah tu la bulan bintang aku. Sorang. Heheheh. Tadi dia buat aku naik darah. Mana taknya, tak penah2 buat perangai menconteng sana sini, dia conteng sofa. Hanginlah mama dia. Aku amik pen yang dia conteng sofa tu, aku conteng tangan dia sikit. "tak nak ma..tak nak.." Aku tak marah pun. Aku tanya dia "kenapa hadif conteng sofa tu? nak bg mama lekas dapat sofa baru ke? " (yelah, babah dia janji nak kasi lorenzo kat aku tahun 2010..kan babah kan? hiks) pas tu dia jawab gini " iyelah, hadif tak jumpa kertas...hadif tulis la kat situ" Sabar je la mulut dia sekarang. Kuss semangat. Macam diajar2.

Soba yo la den ni haa..

Lepas ni ingat nak buat revision sikit. Esok ada kelas. Kalau rajin ler. heheheh Esok sure badan aku rasa lunyai..mana taknya, kelas start kol 8:30 pagi and will end at 6:30 ptg. See you then..babai.

gambar ni tak de kena mengena dgn peristiwa di atas. Gambar ni gambar lama, time jemput atuk dgn nenek balik umarah dan gambar time gi makan kat Hakeem, seksyen 7. tempat fav. kami

and, last but not least..Happy Belated Birthday to Sue-E, May All your dream comes true, dipertemukan jodoh yang baik, Hidup bahagia...amin...amin...

2 comments:

aku said...

hhehheh..
kalu ikut kan...TNB memang ada team yg kena standby everytime
hehehe...saje la tu..
karenah birokrasi...

hadiF ada kembar siam..?
sama le anak kita
suka conteng sofa...siap cakap lagi
"mama...abang pandai tulis"

biar le buat x tau je le...untung² dpt sofa baru...

Intanaziela said...

farah: team standby diorang tu tido agaknya. psst: sorry ayat marah tu..heheheh

kembar siam hadif tu, babah dia ler. Kalau babah dia ada, melekat je dua beranak tu

sofa baru? huhuhu belum masuk dalam senarai belanjawan la farah... :)

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!