Sunday, August 10, 2008

Penat..penat dan penat

Sabtu yang penat. Memang memenatkan. Hadif ada aktiviti GA dia kat Taman Rekreasi Air, Putrajaya. So lets pictures tell us the stories...



macam2 acara hadif kena buat, tapi aku tak tahan sungguh dgn acara yang dia kena jadi model, pas tu kawan2 dia pakaikan baju..seluar..stokin..topi..beg...tahun dulu, masa kat bukit cherakah, aktiviti dia kena masuk ialah cari kasut sendiri, pas tu pakai. Punya lah member mengamuk tak henggat pasal kena bukak kasut, pas tu pijak rumput. Dia cukup geli kena pijak tanah nih..menjerit2.. so tahun ni bila teacher dia suh dia dok depan, aku dah suspen. Takut dia buat hal lagi, puas la mama dia dok kat tepi tu pujuk2 dia..cuba tengok muka tensen dia..



Habis event tu kami pi Alamanda kejap. Jumpa Auntie Suei & Auntie Shima. Hadif cukup berkenan la dgn kedua2 auntie tu, sampai siap tanya auntie2 tu tak ikut balik kaaa... :)

Kat Alamanda mama sempat la belanja hadif 2 helai t-shirt dan puting Avent (mahai la..dah RM22.90 dua ketui..) kat Mothercare. Best la Alamanda sekarang, dah meriah. Tapi ada la hat yang tak bestnya jugak, tengok2 stroller combi yang kami penah beli kat hadif tu, dah jadi RM699 sekarang. Haruslah stroller lama tu kami balut dan simpat baik2...hahahaha

Babah pulak, dgn baik hatinya menawarkan hadif untuk pilih apa sahaja yang dia berkenan sempena tawaran pertengahan tahun. Aci ke gitu? babah tak offer mama pun??? dia pun apa lagi, pau babah dia robot kegemaran dia tu setelah berpening2an memilih. Dah banyak saangat dalam toy city tu, maunya dia tak pening. Sampai lenguh lutut ler babah dia menunggu anak dia memilih

Pas dah dapat habuan hadif, babah belanja makan aiskerim..anak dia dah pandai demand nak makan aiskrim BR.

tangan comey yg enteprame tu adalah tangan babah ye anak2...

Letih sungguh la aku semalam. sangat2. Dalam kete aku dgn hadif bantai tido sampai la ke Shah Alam. Pas tu diserang sakit kepala pulak. Lepas je maghrib aku tido tak hengat donia. Nasib baik lah hari ni walaupun penat still terasa tapi still boleh attend kelas pagi. Plan nak tengok wayang, tapi hadif tido lena..so tak jadi la nampak gayanya. Hadif excited sgt nak tengok Mummy III.

2 comments:

Su Hana said...

hehehe comel je hadif bila kena siap ngan kwn2.. wah beshnya mkn aiskrim. ..dah lama x mkn aiskrim sejak maryam kena pantang nih.. huhuhu dapnyer...

Sya said...

wah comel sungguh Hadif.. kak sya dah lama tak menjejak ke Alamanda tu walaupun hari2 lalu

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!