Selalunya aku akan cuba sedaya upaya utk tidak memikirkan perkara yang boleh menyakitkan hati aku. Paling tidak, aku dengar, pas tu lupakan. Malas nak rosakkan minda dgn cerita2 yg menyakitkan perasaan sendiri. Aku paling pantang kalau orang dok sibuk bergosip hal orang lain. Dan lagi la aku pantang kalau orang yang suka mengambil tahu hal atau urusan aku. Sebab aku tak suka amik pot hal orang lain, "mind your own business".
Kat opis ni, aku memang low profile. Kalau dari segi dressing, memang la out. hehehe. Kalau gi keje tu, biasanya aku banyak lagi pakai baju kurung dari blouse, skrit mahupun seluar panjang. Tudung pun selalunya tak de lilit2nya..jatuh je ke bawah, pas tu pin. Make-up? jangan harap la. Pakai bedak tu mujur. Lipstik? heheheh tak de maknenya..paling tidak aku pakai lip-gloss.
Penampilan aku ikut suka aku la kan? janji aku berpakaian sopan, tak selekeh, dan tak melampau2. Kalau pakai make-up tebal berinci2 pun, bukan boleh cantikkan muka yang dah sedia tak cantik. (fuh,laser giler. tak kira, hari ni hari lepas geram.)
Oleh kerana sikap aku yang sebegitu, akan ada lah dua tiga orang mahluk kat opis ni yang suka benar memandang rendah kat aku. Kalau aku pakai handbag berjenama skit (bukannya LV pun, memadai guess, bonia...) diorang dah jeling2 dan perli2. Agaknya aku tak boleh kot pakai barang2 yang ada jenama, pada firasat diorang aku ni tak mampu agaknya.
Baru2 ni, ada yang sungguh tak puas hati bila tengok umah aku. (bukan aku nak tunjuk pun, dia yang memandai nak tengok2...) Agaknya level macam aku ni hanya sesuai duduk kat umah low-cost je kot? siap cakap belakang lagi pasal sinki kaca kat umah aku. Salah ke aku letak sinki kaca? orang lain pun letak jugak, tapi dek dia tau aku letak, dia punya ngumpat...tak henggat. Adalah hamba Allah yang datang sampaikan kat aku (yang dia pun satu, suka sangat sampai menyampai!)
Aku suarakan rasa rasa hairan aku kat kak shilla. Kenapa aku yang diorang dengki. Aku ni, datang keje, doklah kat workstation aku ni. Paling tidak gi pantry buat air, pas tu gi ladies, gi solat pas tu gi cafe. Pas tu balik. Nama aku nak dok menyembang2 kat workstation orang lain,..kirim salam ler banyak2. Paling tidak aku menyembang pun dgn kak shilla dan kawan2 department aku. Tapi tak bermakna aku tak bercampur dgn orang, cumanya aku tak suka menebeng kat tempat orang, bergossip. Kak Shilla kata, sebab aku ni jenis tak campur orang la, sebab aku tak pakai aksessori2 blink2 ler orang dengki. Tengok2 aku ni lebih dari diorang. eh lebih apanya, takat ada umah sendiri (itupun hubby yang beli!) pakai kete sendiri (itupun hubby yang bayar!) bukannya kete mewah pun. Agaknya kalau aku pakai BMW la..maulah terjojol bijik mata diorang tu. Aku ni jenih tak suka citer2. Time beli umah dulu pun, kawan2 kat department ni tak tahu. Yang tau cuma kak shilla je. Tau2 umah dah siap, sibuk2 nk reno dan nak pindah.
Ada satu ketika tu, time tu KESAS highway tiap2 hari jem, so hubby kuar la motor sebijik, senang nak hantar aku ke opis. Itu pun jadi sindiran, konon cam aku ni nak jimat minyak ler, cam tak mampulah nak naik kete. Pada hal, motor hubby tu kuar dua minggu sebelum minyak naik. Pas tu masalah jem tak selesai bila kesas dah buka 4 lorong, hubby suh aku bawak kete sendiri balik. Time tu tak de pulak diorang cakap apa2. Kalau cakap, mau aku cakap aku dah kaya balik..hihihi
Dan, ada satu hari tu, aku order tupperware kat seorang hamba allah tu. Dan kebetulan hari yang dia bawak barang tu, aku tak de cash in hand. Aku minta la no. acc maybank2u dia, dia boleh sound aku gini "ko ni beli umah besar, tak kan cash dalam poket RM50 tak de!" hangin betul aku. Apa kena mengena beli umah dgn duit RM50 dalam wallet kan. Kebetulan hari tu dalam wallet aku tinggai 10 hengget, ingat balik nanti la nak cucuk duit kat ATM. Sekarang kan ke senang, kalau beli barang kat Tesco pun hulur je kat ATM. Memang aku malas simpan cash banyak2. Kalau beli apa2 pun, bayar online jek, maybank2u. Geram punya pasal, esok paginya aku bayar kat dia RM30.00 , and keep the change. 4 hengget tu baki. Terus dia minta maaf kat aku. Dia ingat aku sengkek sangat kot???
Sebenarnya, perangai2 manusia spesis yang pelik ni tak ramai. Tapi yang sikit tu la yang menyakitkan hati. Ada yang jenihnya, apa yang orang ada, dia nak ada jugak. Biar papa asal bergaya kata orang. Tengok orang pakai baju cap G, dia pun nak jugak. Tengok anak orang ni pakai botol cak X dia nak jugak. Aku selalu ingatkan diri sendiri, kena ukur baju dibadan sendiri. Dan sentiasa ingat pesan hubby, kecikkan perbelanjaan. Bukannya habis bulan habis gaji. Kena ada simpanan. Berbelanja mengikut kemampuan. Lucky me, hubby memang jenih tak suka berhutang. Ingat lagi, baru2 kawin dulu, nak mengadakan semua benda bukannya senang, sebab dia tak suka berhutang. Bulan pertama beli peti ais, bulan kedua beli TV. Pas tu baru la beli dining set, sofa...tapi syarat yang dia letak, tak mau berhutang. Alhamdulillah, kami hidup juga serupa orang lain, cumanya tak la bermewah2. Dan aku pun jenih yang tak suka beli barang, pas tu bayar tiap2 bulan. Contohnya kalau kat opis ni, ada si polan yang jual kain baju.. suh amik bayar bulan2. Sohihlah aku tak beli. Kalau ada duit lebih, aku beli cash. Tak suka la terbeban nak kena bayar macam2 bila dapat gaji. Tapi dek sebab aku tak membeli, dah dikata aku ni kedekut pulak. Habis, cam no?
Sebagai kakak yang sulung, aku selalu pesan kat adik2 aku, jangan asyik nak bertukar2 baju, jangan asyik nak berganti kasut. Tengok duit dalam poket tu, kalau lagi dua tiga hari nak gaji poket dah kering, tak guna jugak. Jangan lupa tanggungjawab pada kedua orang tua. Jangan lupa bayar zakat pendapatan. Barulah hidup tu berkat.
Dari nak meluahkan perasaan, dah terberi ceramah pulak...hiks..sori ye...
soksek: Air yang tenang, don't sangka no buaya nooo... aku yang diam, jangan sangka tak reti marah..kekekekek