Thursday, November 13, 2008

Apabila berjauahan

Baca blog kak anie tentang abangnya yang nak balik ... emmm teringatla pulak my abang pulak baru je pergi keje semalam. 3 minggu cuti, 3 minggu bersama buat mcm2 aktiviti, terasa macam kosong je hidup. (oh..jiwangnya aku...)

Aku ni, kalau hubby tak de, kena berdikari buat semua perkara. Dan yang peliknya, kalau apa2 hal nak berlaku contohnya mcm paip air bocor la, bateri kereta kong ke,anak demam ke.. ..semuanya berlaku time hubby kat offshore. Mula2 dulu, rasa stress jugak la, rasa cam penat semacam. Tapi sekarang tak lagi. Hubby selalu pesan, aku kena sesuaikan diri menjadi isteri orang offshore. Alhamdulillah, setelah 5 tahun, aku rasa semakin kuat dan tabah.

Hubby seorang yg separa romantik. Nak kata romantik sangat, tak jugak. Nak kata tak romantik, ada masa romantik jugak. hihihi. Seingat aku, baru sekali hubby hantar bunga ke opis sepanjang perkahwinan kami. Itu pun diawal perkahwinan...aku merajuk. Semakin bertambah usia perkahwinan, semakin kurang pulak sikap nak merajuk2 ni. Paling tak, kalau terasa hati, aku diam. Bila dah cool, cakap la kembali. Antara kami, memang ada sesuatu yang membezakan. Aku, kalau marah, suka diam. Tak suka pun aku diam. Tapi hubby terbalik pulak. Kengkadang tu bila dia bising; aku diam, dia lagi lah bising. hihihi. Nak buat mcm mana, kan.

Kalau hubby ada dirumah, dia rajin sungguh mengodek dan mengemas. Takat basuh baju tu, ditanggung bereslah. Dan, sejak pindah umah ni, hubby memang aku tengok semakin rajin. Basuh pinggan, tanam pokok... :P Harap2 kerajinan hubby ni berpanjangan ler...

Semalam, sebelum balik, macam2 dia pesan. Buat itu, buat ini. Dan hari ni, habis je exam, aku amik hadif kat umah mak dan terus balik umah. Terus mengemas umah, dan buat apa yang hubby pesan semalam. Bila tinggal berdua je dgn hadif, mula la aku susah hati. Risau je memanjang. Tapi apa yg aku boleh buat. Bak kata hubby...tawakkal sahaja pada Allah.

Apa pun, bila berjauhan, terasa eratnya perhubungan. Walaupun usia perkahwinan kami masuk angka 5, tapi bila bercakap telefon, paling koman 40 minit kami bersembang.(thank you to HAPPY) ada sahaja perkara nak dibincangkan. Dan, aku selalunya berkongsi cerita dgn hubby.

emmm...cepatlah 2 minggu berlalu. Bila hubby ada, terasa selamat. Tak perlu bimbang dan risau bila tido malam. Bila hubby ada, bila dia bising2kan aku, aku rasa rimas, tapi..serius..bila dia dah balik keje..rasa sunyi je..rindu nak dengar suara hubby bisingkan aku..bisingkan hadif... p/s: bisingla lagi yang...rindu...

Inilah idea yang aku dapat bila baca blog kak anie..

7 comments:

aNIe said...

Salam Intan...

Hehehe...tulah penangan rindu kan..bila cika abg jauh...rindu membuak2...macam akak ni dah biasa ditinggal2kan...tapi bila dia mula bekerja jauh di Jeddah...akak terpaksa berdikari...kene pandai2 sendiri...kini alhamdulillah..segalanya rasanya dah okay...cuma kadang2 bila cik abang takde...kita rasa terbeban dengan tanggungjawab yang tergalas di bahu kita seorang diri...kan?

Intanaziela said...

kak anie: betul la tu akak..tapi bak kata orang..ala bisa..tegal biasa...advantage bagi kita kerana perasaan rindu itu sentiasa menebal kan..hihihi

sya said...

Alamak kak sya yg baca jadi sedih..

PuteriSatu said...

bila berjauhan baru terasa kan...

Intanaziela said...

kak sya: jangan la sedih kak..tapi itulah hakikatnya kami yang idup ada timetable nih..hehehehe tapi insyaallah ok.. kak sya lagi cekal..betul tak?

puteri satu: ye kak..dah jauh tu mula la rasa rindu..d

farah amoi said...

sama ler kita
time hubby ada...asyik nak bersiku jer..
kalau dia g krusus...mule ler...pagi kena call....petang kena call...nak tido kena call
ngalah org bercinta

memang ler masa memula kawin...gaduh skit..jd besar
skang ni
gaduh ke...ape ke...buat de jer...
ye x ye...tinggal se umah jugak kan
so, xde mende yg nak d besar kan
nanti anak-anak tgk plak kan
so, baik tenangkan diri...

x sapai sejam...mula ler mai sembang cam biase plak ( selalu nye kita org pompuan yg rajuk lama ) hehehhee...

tp intan,
time hubby xde lelama ni ler...time utk kita berdikari kan...time ni ler kita leh ukur sdiri tahap kita utk urus sendiri rumahtangga

farah amoi said...

farah jugak ade ler terdetik nak kumpul menatang nih semua

tp since anak-anak ku suka capai and jatuh kan....and pecahkan
so, hobi itu d berhentikan sehingga waktu yg sesuwai kelak

masa g makan angin lama dulu
ade le buat...bukan magnet fridge
tp yg leh lekatkan kat dinding tu
dia print out gambar kita atas sekeping mozek besar gitu....
yg tu pon dok tersadai dlm almari je

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!