Monday, November 24, 2008

Macam2 Hadif

Weekend aku kat umah aje. Petang mak, abah, cik shikin dan dilla datang minum petang. Potong kek Birthday utk mak dan abah. Hadif yang terlebih excited.

Cuti sekolah dah bermula bagi Hadif. Celik je mata, pegang remote TV, mengadap kartun. Senang betul jadi Hadif. hihihi. Semalam, maklang dia tanya dia:

Maklang: Hadif, cuti sekolah ni Hadif nak buat apa?

Hadif: Tido je la, nak buat apa lagi.

Maklang: Eh, boleh pulak tido je.

Hadif: Ye la, bukan mama marah pun.

Can u imagine, tu perkataan yang keluar dari mulut budak umo 4 tahun. Aku dulu 4 tahun cam gitu ke ek? hihihii

Ahad malam - Dok tengok tv je kat umah. Aku marathon CSI. Dan, Hadif sudah tentulah boring sebab tak dapat tengok channel kegemaran dia.

Hadif: Mama, dia buat apa tu? (merujuk pada koroner yang tengah proses mayat..dia belek2 jari mayat tu, buat mcm2 ujikaji...)

Mama: Dia tengah buat test kat kat mayat tu.

Pas tu aku landing baik punya kat sofa, dia pun mula la menghimpit aku, nak baring sebelah. Dah la 20kg, sakit badan2 aku dia henyak. Aku lari ke sofa satu lagi. Pas tu, dia amik toys dia, dia buat cam dalam citer CSI. Dia amik jari aku, konon amik sample la..saboooo aje maknya ni ha. Dia buat aku cam mayat dalam citer CSI. Bila aku marah dia sebab godek2 aku ni, dia pun capai botol susu dia. Tak lama lepas tu, dia terlena sendiri. Nanti aku upload gambar dia lena. Aksinya tak tahan. hihihi. Hari ni handphone tertinggal kat umah. :( cam ne la boleh lupa. huhuhu.

2 comments:

farah amoi said...

intan...
memang....bebudak skang...menjawap..
kekadang memang luar jangkaan kita!
kita dulu memang x mcm tu ler...

cam darwisY kalau kita buat lawak skit ker..ape ker
dia mesti kata..."mama ni...ishh..buat malu jer !"

hahh...! nak marah ker..nak tergelak..?

Sue@MamaMaryam said...

keh keh keh..tu maknanya hadif budak bijak + dah besar ...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!