Friday, November 21, 2008

My Lovely boy...

Semalam sakit2 badan. Satu badan. Rasa cam menyucuk2 seluruh badan. Sampai aku mengeluh kesah tahan sakit. Tak pernah sakit sebegitu teruk. Biasalah, mak kan superwoman. Kalau sakit, mesti terus tegolek jek. hehehehe.

Lepas fetch Hadif kat umah opah dia, aku stright ke klinik family. Bila doktor check, tengok panas sampai 38.3. Demam rupanya. Tekak pun merah sangat. Siap bagi MC, tapi rasanya tetap pergi keje kot. Sampai umah, mandi, solat, pas tu makan ubat. Ingatnya nak tido terus. Tapi Hadif la, dia godeknya tv sampai tak kuar gambar. Nasib baik lepas godek2 balik, boleh kuar gambar balik. Lepas tu aku naik bilik, terus tido. Mujurlah ada hadif, time tu dgn baik hatinya dia cakap gini "mama sakit ye, biar hadif picitkan" aduh..syahdu sungguh. Syukur Allah beri aku anak, walaupun seorang, tapi dialah peneman dikala hubby kat offshore. Cam mana lah kalau aku ni sorang2..

ni la budak yang jadi sukarelawan memicit mama dia..

Bangun pagi ni rasa macam dah ok sikit. Alhamdulillah, boleh la pergi kerja pagi ni. Tak sedap nak MC pasal bulan ni dah banyak cuti utk exam.

Malam ni Hadif ada Majlis Ihtifal kat SUK. Dia kata dia berlakon jadi burung, bila suh buat action siap ada bunyi akk..akk..akk..burung gagak agaknya. hehehhee. All the best la to Hadif. Jangan dia buat perangai tak mau berlakon pasal mama dia ni ada sudahlah.

Oklah, selamat berhujung minggu. Kami tengah tunggu babah balik utk xtvt hujung minggu. xtvt JJCM dan mengasah bakat menembak..till the fingers meet the keyboard again..daaaa

3 comments:

Sue@MamaMaryam said...

al-hamdulillah terharukan klu anak boleh faham sakit/penat kite..

Intanaziela said...

sue@mamamaryam: betul sue..rasa bersyukur sangat..harap sampai dia besarlah dia jadi anak yang memahami

farah amoi said...

dia ler racun...dia ler penawar

anak kita...walau senakal mana pon..
kita tetap x rasa terbeban kan..?

kekdg org selalu tanya farah
anak ko ni nakal nye..kak rumah ko x rimas ke..?
ntah ler..x penah plak terasa menbebankan
menghiburkan lagi ada...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!