Saturday, January 10, 2009

Selamat Hari Lahir, anak ku sayang...


This entry is dedicated to my lovely son; Muhammad Hadif Khawarizmi B. Shamsul Kamal.

Lima tahun yang lalu, kat Selangor Medical Centre, Shah Alam, dalam labour room, waktu itu mama sedang bertarung nyawa melahirkan Hadif. Sakit masa menerankan Hadif? oh..yang itu mama dah tak ingat. Tak sempat rasa kesakitan atau pun dek selalu sangat sakit, mama time tu dah tak rasa sakit nak melahirkan walaupun bukaan serviks time tu dah 7 ke 8cm. Time tu mama ingat lagi, babah hadif tu siap tanya, kenapa mama tak berpeluh2 macam orang nak melahirkan anak seperti yang dia lihat di tv. Dan bila dah fully open, mama dah mula cakap gini "sakit...sakit..." babah pulak time tu berlari panggil nurse kat luar. Time nak meneran tu, masyaallah punyalah mama tak reti nak teran, sampai mama cakap kat Dr. Siti Esah Bahari tu "doktor, operate aje la..tak larat nak teran". Aci gitu? orang tak mo operate, mama lak mintak dibelah perut. hiks. Tapi time tu doktor kata tak payah operate, kepala baby dah nampak, lantas doktor panggil babah tengok. Apalah agaknya reaksi babah tu yek? Babah hadif ni sebenarnya seorang yang mabuk darah. Tak boleh tengok darah banyak2, boleh pitam dia kata.

Setelah puas teran meneran...tiba2 je hadif keluar melihat dunia. Tak de sekerat2, seketui terus dia keluar. Nasib baik doktor sempat sambut. Mama dok dengar doktor kata gini "ooops.. patutlah susah nak keluar, baby tu keluar pandang atas". Dan, pada detik 4.54pm, lahirlah cahayamata mama dan babah. Time tu hadif bukak sebelah je mata. Mak oi..besar sungguh matanya. Confirm la anak mama, takde bertukar2nya walaupun masa tu mama tengok kulitnya cam golap yo..

Masa nurse bagi hadif kat babah, untuk diazankan, mama tengok babah hadif menangis tau. Babah hadif siap cakap dgn mama, tak yah la beranak lagi. hihihi. Insaf ye babah tengok proses kelahiran hadif. Gitulah prosesnya. Mama pun tak tau sampailah mama lahirkan hadif. Anugerah yang tak ternilai buat mama, dan babah. Betul tak babah?Lepas dah siap azankan hadif tu, nurse bawa hadif ke SCN. Doktor nak check. Mama pulak transfer masuk bilik No. 245. Tapikan Hadif, Doktor bagitau hadif masa tu ada masalah pernafasan. Doktor kena hantar hadif ke ICU. time tu mama dgn babah memang blur. Rasa macam tak percaya hadif ada problem, sebab masa kat dalam labour room tu nampak hadif ok aje. Ramai gak keluarga dan teman2 mama dan babah datang melawat. tapi diorang tak dapat tengok hadif ler. Diorang tengok mama hadif jek. Bila malam, semua orang dah balik, tinggal mama dgn babah je, kami berdua nangis. Kesian tengok hadif yang terpaksa diberi seductive. Kena tidokan. Dan paling mama susah hati time tu, doktor Zul kata tak tau bila hadif akan sihat dan boleh balik.

Keesokkan hari, doktor bagitau mama dah boleh balik. Masa tu, punyalah mama sedih nak tinggalkan hadif kat hospital. Puas babah, opah dan yang lain2 pujuk. sepanjang perjalanan balik umah mama menangis.



ini la gaya hadif masa kat SMC. Sedih je mama tengok. Mama usap2 hadif, mama cakap dgn hadif, "cepat sembuh ye nak.. boleh balik rumah..." masa tu, mama tengok misi kat situ pun nangis. Masa babah pi hantar susu yang mama pam, mama siap suruh babah lap kan napkin kat hadif..mama nak cium bau hadif..bau wangi baby...

Diringkaskan cerita, sampai hari keenam di ICU hadif masih belum menunjukkan perubahan yang positif. Masa tu, bil perubatan Hadif dah mencecah 18 ribu tau. Mama time tu blur la kejap. Ye la, bil tu kena bayar sendirik. Jadi mama dgn babah decide nak transfer hadif ke HKL. Time hadif kat NICU, HKL, setiap hari mama keluar rumah pukul 10 pagi, dan balik semula ke rumah pukul 10 mlm. Mama pi lawat hadiflah. Pagi waktu mama sampai, drip utk amik darah kat tangan kanan, lepas tengahari dah tukar ke kaki kiri. Kesian sungguh mama tengok hadif. Tapi masa tu, mama dah tak nangis lagi. eh tipu lah kalau mama tak nangis, tapi tak la seteruk 2 minggu pertama kelahiran hadif. Sampai babah pun tegur, "Eh,mama dah semakin tabahlah sekarang". Dah tentulah mama tak nangis, sebab air mata tu dah tak ada. hihihi. Tak la, sebenarnya mama cakap dgn diri mama sendiri, mama kena kuat, kena positif dan kena yakin yang hadif akan sembuh. Biarpun masa kat ICU tu, ada seorang doktor tu cakap dekat mama dan babah "keadaan baby u sangat teruk. dia sangat tenat. " time tu mama rasa cam gelap je dunia mama. Masa tu, mama berdoa pada Allah, jika nak beri mama jaga hadif, sembuhkanlah hadif. Jika tidak, mama rela hadif pergi. Dan, hadif, jangan ingat mama ni senang je nak doa biar Allah amik hadif tau. Masa tu, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang mama rasa. Tak sanggup mama tengok keadaan Hadif masa tu. Mendengar bunyi mesin2 kat ICU tu sahaja dah buat mama fobia. Tambahan bila melihat ada baby yang meninggal kat situ, dan ada baby yang dah dipindahkan ke wad biasa. Mama rasa tak sanggup dah tengok hadif derita.




Hadif, masa kat NICU tu kan, hadif tak boleh pakai baju. Kesian mama tengok, pakai drypers je. So masa Hari Raya Aidil Adha, mama merayu pada doktor, mintak pakaikan baju kat Hadif. Doktor tu kesian tengok mama, dia pun kasi lah mama pakaikan baju. Gambar kat atas tu, yang hadif pakai baju tu, staff nurse Sulia yang pakaikan. Dia pun dah jaga hadif lama kat kat NICU, sampai bahasakan diri dia mak cu kat hadif. Betapa baik2nya budi Nurse2 kat NICU tu, nak. Sampai ke hari ni, masih ada yang akan telefon tanya khabar hadif. Hadif kan antara yang lama dok kat ICU tu. Nanti bila hadif dah besar, hadif hantar kad ucap terima kasih tau. Masa hadif kecik, mama dgn babah dah buat on behalf hadif.

Keadaan hadif berlanjutan sampai la waktu babah dah kena keje. Ye la, kalau tak keje cam mana pulakkan, dah sebulan babah cuti; dan masa babah naik offshore tu, atuk dgn opah bawak mama pi visit hadif malam2 hari. Hari siang atuk keje. Masa tu kan hadif, mama tengok doktor kasi hadif hisap puting. cute aje muka hadif time tu.

Dengan izin Allah, Alhamdulillah, lepas tarikh 9.2.2004 (date yang sepatutnya mama bersalinkan hadif), Doktor kata Hadif dah ada banyak peningkatan, dan dah boleh dipindahkan ke wad. Masa tu, tak tau lah nak cakap macam mana nak luah rasa bersyukur.


first time bergambar dgn hadif, time tu mata pun tak mo bukak


time ni lah baru dapat nak belek2 anak...


time ni baru je transfer dari NICU ke wad KK8




bergambar dgn hadiah2


time ni umur nak masuk 3 bulan..golapkan? hihihi


first time bergambar di studio..

time ni dah bertukar kaler kulit..hihihi


time ni tengah ligat yang amat

Selamat Hari Lahir, Anak ku sayang. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh, cerdik dan pintar. Mama sayang hadif sangat2. Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik buah hati pengarang jantung mama ni okeh. Dengan pesanan tambahan: Jangan asyik nak tengok kartun jek..

Hadif, mungkin hadif tak pandai lagi baca blog mama pd ulangtahun kelahiran yang ke 5 ini, tapi mama harap, bila hadif dah boleh membaca dan memahaminya, Mama mahu hadif tahu, betapa banyaknya dugaan utk mama dan babah harus harungi utk membesarkan hadif. Betapa kuatnya hadif waktu ini bertarung nyawa utk terus hidup. Jadi, hargailah hidup mu nak, jangan dipersiakan. Proses mula kehidupan hadif sangat istimewa. Dengan kelahiran hadif, mama dan babah menjadi semakin kuat semangat utk hidup. Segalanya utk mu, anak ku sayang.

-coretan Dari seorang Mama-

10 comments:

farah amoi said...

hapy birthday hadiF !!

intan....masa farah baca kisah ni
airmata ku...terkeluar jugak

adoii...hadiF...sian nye auntie tgk...tang wayar berselirat tu...
x sanggup le

mm...lepas ni x mau tanya dah..nape x mau kasi hadif adik...

nn said...

selamat hari ulang tahun...hadif..
semoga menjadi seorang anak yang soleh...harapan mama dan babah hadif...

intan..bergenang gak lah airmata nn time baca n3 nih..apapapun....semoga intan sekeluarga akan sentiasa dilimpahi rahmatNYA

mc ta said...

Happy Birthday to my dearest H.A.D.I.F !!!! 1st time tgk gambar hadif masa google GA punya web, then I came across her mom's fp and that boy now turn 5!

aNIe said...

SELAMAT HARI LAHIR buar Hadif...semoga hadif akan menjadi anak yang soleh dan beriman...Kalau Hadif dah besar nanti jgn sesekali lupa bagaimana kasih sayang mama & babah dan pengorbanan mereka...

Sedih akak baca entry ni...tapi alhamdulillah Hadif dah membesar sihat walafiat...

rosmona said...

sob..sob..huhuhu..tak boleh tahan..nk nangis gak..

anyway, happy birthday hadif..

HasneY said...

Hi Intan,

Hmm sekali lagi airmata ini terlalu murah dan berjujuran. Has juga ada mengikuti perkembangan masa Hadif melaui Ijan.

Anyway Hadif, Selamat UlangTahun. Semoga menjadi anak yang soleh dan mendengar setiap cakap mama. Menjadi seorang anak yang berjaya dihati ibu dan Babah....Sesungguhnya pengorbanan mereka tiada tandingannya...

Intanaziela said...

untuk semua yang meninggalkan komen...

terima kasih atas ucapan dan doa buat hadif.

nanonano said...

sedeh !
:(


btw, hepi bday hadif !!
:)

Ana said...

ya allah..sedih sangat baca n tengok gambo2 nie..x sangka macam tue dugaan hadif bertarung nyawa utk terus hidup kann..tapi hadif kuat semangat..aunty bangga ngan hadif..
hepi bday..semoga hadif sihat slalu n jangan abaikan mama n babah tauu..ingat camne mana babah jaga hadif smpai skrg..

Zana said...

tgh google dr siti, tiba2 sampai sini, salam perkenalan

sedihnya baca kisah u, anyway happy belated birthday hadif, be a good boy

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!