Lima tahun yang lalu, kat Selangor Medical Centre, Shah Alam, dalam labour room, waktu itu mama sedang bertarung nyawa melahirkan Hadif. Sakit masa menerankan Hadif? oh..yang itu mama dah tak ingat. Tak sempat rasa kesakitan atau pun dek selalu sangat sakit, mama time tu dah tak rasa sakit nak melahirkan walaupun bukaan serviks time tu dah 7 ke 8cm. Time tu mama ingat lagi, babah hadif tu siap tanya, kenapa mama tak berpeluh2 macam orang nak melahirkan anak seperti yang dia lihat di tv. Dan bila dah fully open, mama dah mula cakap gini "sakit...sakit..." babah pulak time tu berlari panggil nurse kat luar. Time nak meneran tu, masyaallah punyalah mama tak reti nak teran, sampai mama cakap kat Dr. Siti Esah Bahari tu "doktor, operate aje la..tak larat nak teran". Aci gitu? orang tak mo operate, mama lak mintak dibelah perut. hiks. Tapi time tu doktor kata tak payah operate, kepala baby dah nampak, lantas doktor panggil babah tengok. Apalah agaknya reaksi babah tu yek? Babah hadif ni sebenarnya seorang yang mabuk darah. Tak boleh tengok darah banyak2, boleh pitam dia kata.
Setelah puas teran meneran...tiba2 je hadif keluar melihat dunia. Tak de sekerat2, seketui terus dia keluar. Nasib baik doktor sempat sambut. Mama dok dengar doktor kata gini "ooops.. patutlah susah nak keluar, baby tu keluar pandang atas". Dan, pada detik 4.54pm, lahirlah cahayamata mama dan babah. Time tu hadif bukak sebelah je mata. Mak oi..besar sungguh matanya. Confirm la anak mama, takde bertukar2nya walaupun masa tu mama tengok kulitnya cam golap yo..
Masa nurse bagi hadif kat babah, untuk diazankan, mama tengok babah hadif menangis tau. Babah hadif siap cakap dgn mama, tak yah la beranak lagi. hihihi. Insaf ye babah tengok proses kelahiran hadif. Gitulah prosesnya. Mama pun tak tau sampailah mama lahirkan hadif. Anugerah yang tak ternilai buat mama, dan babah. Betul tak babah?Lepas dah siap azankan hadif tu, nurse bawa hadif ke SCN. Doktor nak check. Mama pulak transfer masuk bilik No. 245. Tapikan Hadif, Doktor bagitau hadif masa tu ada masalah pernafasan. Doktor kena hantar hadif ke ICU. time tu mama dgn babah memang blur. Rasa macam tak percaya hadif ada problem, sebab masa kat dalam labour room tu nampak hadif ok aje. Ramai gak keluarga dan teman2 mama dan babah datang melawat. tapi diorang tak dapat tengok hadif ler. Diorang tengok mama hadif jek. Bila malam, semua orang dah balik, tinggal mama dgn babah je, kami berdua nangis. Kesian tengok hadif yang terpaksa diberi seductive. Kena tidokan. Dan paling mama susah hati time tu, doktor Zul kata tak tau bila hadif akan sihat dan boleh balik.
Hadif, masa kat NICU tu kan, hadif tak boleh pakai baju. Kesian mama tengok, pakai drypers je. So masa Hari Raya Aidil Adha, mama merayu pada doktor, mintak pakaikan baju kat Hadif. Doktor tu kesian tengok mama, dia pun kasi lah mama pakaikan baju. Gambar kat atas tu, yang hadif pakai baju tu, staff nurse Sulia yang pakaikan. Dia pun dah jaga hadif lama kat kat NICU, sampai bahasakan diri dia mak cu kat hadif. Betapa baik2nya budi Nurse2 kat NICU tu, nak. Sampai ke hari ni, masih ada yang akan telefon tanya khabar hadif. Hadif kan antara yang lama dok kat ICU tu. Nanti bila hadif dah besar, hadif hantar kad ucap terima kasih tau. Masa hadif kecik, mama dgn babah dah buat on behalf hadif.
Dengan izin Allah, Alhamdulillah, lepas tarikh 9.2.2004 (date yang sepatutnya mama bersalinkan hadif), Doktor kata Hadif dah ada banyak peningkatan, dan dah boleh dipindahkan ke wad. Masa tu, tak tau lah nak cakap macam mana nak luah rasa bersyukur.
first time bergambar dgn hadif, time tu mata pun tak mo bukak
time ni lah baru dapat nak belek2 anak...
time ni baru je transfer dari NICU ke wad KK8
bergambar dgn hadiah2
time ni umur nak masuk 3 bulan..golapkan? hihihi
first time bergambar di studio..
time ni dah bertukar kaler kulit..hihihi
time ni tengah ligat yang amat
Hadif, mungkin hadif tak pandai lagi baca blog mama pd ulangtahun kelahiran yang ke 5 ini, tapi mama harap, bila hadif dah boleh membaca dan memahaminya, Mama mahu hadif tahu, betapa banyaknya dugaan utk mama dan babah harus harungi utk membesarkan hadif. Betapa kuatnya hadif waktu ini bertarung nyawa utk terus hidup. Jadi, hargailah hidup mu nak, jangan dipersiakan. Proses mula kehidupan hadif sangat istimewa. Dengan kelahiran hadif, mama dan babah menjadi semakin kuat semangat utk hidup. Segalanya utk mu, anak ku sayang.
-coretan Dari seorang Mama-
10 comments:
hapy birthday hadiF !!
intan....masa farah baca kisah ni
airmata ku...terkeluar jugak
adoii...hadiF...sian nye auntie tgk...tang wayar berselirat tu...
x sanggup le
mm...lepas ni x mau tanya dah..nape x mau kasi hadif adik...
selamat hari ulang tahun...hadif..
semoga menjadi seorang anak yang soleh...harapan mama dan babah hadif...
intan..bergenang gak lah airmata nn time baca n3 nih..apapapun....semoga intan sekeluarga akan sentiasa dilimpahi rahmatNYA
Happy Birthday to my dearest H.A.D.I.F !!!! 1st time tgk gambar hadif masa google GA punya web, then I came across her mom's fp and that boy now turn 5!
SELAMAT HARI LAHIR buar Hadif...semoga hadif akan menjadi anak yang soleh dan beriman...Kalau Hadif dah besar nanti jgn sesekali lupa bagaimana kasih sayang mama & babah dan pengorbanan mereka...
Sedih akak baca entry ni...tapi alhamdulillah Hadif dah membesar sihat walafiat...
sob..sob..huhuhu..tak boleh tahan..nk nangis gak..
anyway, happy birthday hadif..
Hi Intan,
Hmm sekali lagi airmata ini terlalu murah dan berjujuran. Has juga ada mengikuti perkembangan masa Hadif melaui Ijan.
Anyway Hadif, Selamat UlangTahun. Semoga menjadi anak yang soleh dan mendengar setiap cakap mama. Menjadi seorang anak yang berjaya dihati ibu dan Babah....Sesungguhnya pengorbanan mereka tiada tandingannya...
untuk semua yang meninggalkan komen...
terima kasih atas ucapan dan doa buat hadif.
sedeh !
:(
btw, hepi bday hadif !!
:)
ya allah..sedih sangat baca n tengok gambo2 nie..x sangka macam tue dugaan hadif bertarung nyawa utk terus hidup kann..tapi hadif kuat semangat..aunty bangga ngan hadif..
hepi bday..semoga hadif sihat slalu n jangan abaikan mama n babah tauu..ingat camne mana babah jaga hadif smpai skrg..
tgh google dr siti, tiba2 sampai sini, salam perkenalan
sedihnya baca kisah u, anyway happy belated birthday hadif, be a good boy
Post a Comment