Sunday, December 9, 2012

Hujung minggu tanpa babah

Sebagai memenuhi hajat abang hadif yang nak ke i-city mama bawa jugakah walaupun Babah tak ada. Kami pergi bawa atuk dan opah sekali. Jakun kejap. Cantik dan best rupanya. Kenapalah tempat yang dekat tu kami x pernah sampai. Orang dari jauh pun dah sampai I-City hahaha. Komen abang Hadif "best ma..tak payah naik kapal terbang" hahaha.

Sampai di I-City hujan turun punyalah lebat. Hampir satu jam kami tak boleh bergerak. Kauthar dan Raisa dah resah dan abang Hadif dah tak sabar nak masuk snow world. Selepas hujan reduh kami pusing I-city sampai sakit kaki.

Lepas hantar atuk dan opah balik kami terus balik rumah. Pukul 12 juga sampai di rumah. Anak-anak semua dah pengsan kecuali Raisa yang pakai tenaga solar agaknya.

Hari minggu bangun pagi mcm biasa hantar abang hadif tuisyen. Sementara kauthar tidur sempat vacum dan mop rumah. Raisa layan rancangan Gogo dia.

Masak puree kauthar. Buat puree lobak merah campur kurma. Sambil tu buat nasi air kakak dan adik. Bubuh puree lobak merah, ikan tenggiri dan brokoli. Raisa dgn kauthar ni senang, makan tak memilih. Jangan abang hadif, tekak memang bukan citarasa melayu . Petang ni siap minta mama gorengkan makaroni letak cheese banyak-banyak tapi tak mahu sayur. Layankan aje anak bujang tu sebab memang bersungguh dia makan. 3 kali bertambah. Raisa dan kauthar pun tumpang semangkuk. Hiks.

Ni semua dah tidur. Masa untuk mama kemaskan baju nak bawa ke rumah opah esok sambil layan harimau Malaya beraksi.

Abang yang happy sangat dapat sampa I-City..Babah cakap yang dekat belakang kampung mama je.  Memang pun, dari tempat mama dibesarkan cuma 5 minit dah sampai I-City.  hahahha.


Pose untuk Babah


Raisa nampak je kuda pusing ni terus cakap "nak naik!"



Adik masa ni dah masyam...dah mengantuk, time tidur dah sampai...

Pose biar papa asal bergaya dari Kauthar hahahha



Ceria di dalam gundah makcik kecik sorang ni, hahahha

Mama with the kids

Lepas hujan, adik Kauthar dah mengantuk

Baru jemput abang balik dari tuisyen, Raisa buat muka ketat hahahah

Puree lobak campur kurma untuk Kauthar, Nasi air untuk Raisa dan Kauthar

Makaroni Cheese untuk abang Hadif.  Tinggal sikit je lepas 3 kali tambah.  Abang...Abang..selera tak macam mak bapak dia langsung..hahhaha

2 comments:

zulaikha megat said...

anak anak kak zue pun teringin nk p sana..bila? tatau lagi...

Intanaziela said...

kak zue: kalau pergi I-City jgn lupa singgah rumah anak mak siti ni tau..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!