Wednesday, December 5, 2012

Kadang Kala..Kenangan hadir tanpa dipaksa

Hari ni dapat masej dari Kak Nik Fauziah bertanyakan gambar Ayu.  Kak Nik rindukan Ayu.  Saya mengenali kak Nik dari cerita arwah Ayu lagi dan akhirnya dapat mengenali Kak Nik setelah Ayu meninggalkan kami.  Perancangan Allah, sebaik-baik perancangan.  Kak Nik Editor majalah Muslimah.  Itulah yang Ayu beritahu saya.

Kak Nik, 
Intan seka air mata laju-laju petang ni.  Malu Boss dok pandang.  hahahah.  Tapi buat pengetahuan kak Nik, intan pun teramat merindui sahabat Intan itu.  Sahabat terbaik yang intan pernah ada kak.  Seorang sahabat yang sentiasa ada apabila diperlukan.  Seorang sahabat yang sentiasa menitipkan pesanan supaya intan terus sabar menghadapi kehidupan.  Dialah contoh wanita tabah yang intan pernah temui.  Kesulitan hidupnya ketika sakit buat intan sentiasa muhasabah diri.  Selalu intan marahkan diri intan kerana kadang kala mudah mengeluh jika ditimpa kesusahan, walhal sahabat baik intan nun di utara itu lagi hebat diduga Allah.

Sebenarnya, dua tiga hari ini ingatan terhadap arwah Ayu sangat kuat.  Sangat-sangat.  Sampai terbawa dalam mimpi.  31 Disember ini genap setahun Ayu pergi.  Kenapa hati ini selalu lupa yang Ayu telah pun pergi meninggalkan saya.  Ada masa saya cakap telefon, dial nombor handphone ayu.  Lepas itu saya menangis sendirian.  Allah..Allah..sesungguhnya mati itu pasti.  Saya rasa malu dengan ahli keluarga Ayu yang nampaknya boleh menerima pemergian Ayu, saya pujuk hati saya.  Inilah yang Ayu mahukan.  Mahu menemui penciptanya dengan tenang.  Bak kata adik Ima, masih terbayang manisnya wajah Ayu semasa dikapankan.  Ya Allah, alangkan indahnya jika saya dapat berada di situ ketika itu. 

Ayu,
Tidak pernah sedikit pun ingatan aku terhadap kau berkurangan.  Insyaallah, aku tak akan lupa hadiahkan doa untuk kau di sana.. Kenangan persahabatan kita akan kekal dalam memori.  Insyaallah.

Tahun 1997 - UiTM Perlis

Sewaktu keluarga menghantar saya ke Asrama Mayang, wajah saya berubah kelat kerana diberi dorm dan harus duduk ramai-ramai.  Sangkaan saya apabila masuk ke IPT tempat kediamannya samalah seperti universiti yang lain, tetapi rupanya tidak.  Puas mak memujuk kerana saya nak balik semula ke Shah Alam.  Tiba-tiba masuk seorang gadis yang manis dan murah dengan senyuman, berair muka gembira, memilih katil di sebelah saya.  "Ayu, mai dekat-dekat sini jaa" "Intan, dari Shah Alam" Lepas tu teruslah kami bersembang dan berkenalan.  Mak tinggalkan saya dengan hati yang senang sebab mak tengok saya dah mula tersenyum dan ada kawan.  

Malam pertama kami sebagai pelajar UiTM, saya dan ayu bersembang panjang.  Tiba-tiba ayu bercerita tentang keluarganya dan dia menangis di bahu saya.  Saya yang mendengar turut menangis dan kami tidur sebantal malam tu dengan menangis.  Itulah titik mula saya dan ayu mula bersahabat.  

Saya ingat lagi, selepas minggu suai kenal, kami dibenarkan keluar ke bandar.  Saya yang sebatang kara di Perlis memang tak mahu ke mana-mana tetapi dipujuk ayu untuk ikut serta.  "jom la Intan, kang pak Din mai amik kita"  Saya ingatkan Pak din tu pakcik ayu, jadi saya setuju.  Apabila keluar dari pintu pagar, saya tengok ada sebiji kereta mercedes menjalar menanti.  Saya pusing belakang dan lari masuk bilik.  hahahah.  Sungguh saya terkejut.  Ayu sangat merendah diri.  Sedikit pun tidak malu bersahabatkan saya, anak orang biasa-biasa. Saya diperkenalkan kepada keluarganya yang sangat sederhana.  Adik-adik Ayu pun dah macam adik-adik saya, maklumlah, jauh dari keluarga, mereka lah tempat saya melepaskan kerinduan pada adik-adik.  

Panjang lagi cerita persahabatan saya dan Ayu.  Insyaallah sedikit demi sediki akan saya coretkan di blog ini buat kenangan diri saya. 

Al-Fatihah Buat Saudari ku Nurahayu Iswati Ishak.


Life is full of lots of up and downs,
But the distance feels further,
When it's headed for the ground,
And there's nothing more painful,
Than to let your feeling take,
You down.

It's so hard to know,
The way you feel inside,
When there's many thoughts,
And feeling that you hide,
But you might feel better,
If you let me walk with you,
By your side,

And when you need,
A shoulder to cry on,
When you need,
A friend to rely on,
And when the whole world is gone,
You won't be alone,
Cause i'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be yur friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone cause i'll be there,

All of the times,
When everything is wrong,
And you're feeling like,
There's no use going on,
You can't give it up,
I'll help you work it out,
And carry on,

Side by side,
With you till the end,
I'll always be the one to firmly hold your hand,
No matter what there said or done,
Our love will always continue on,

Everyone needs a shoulder to cry on,
Everyone needs a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone,
Cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be your friend to rely on,
When the whole world is gone
You won't be alone,
Cause i'll be there,
You have my shoulder to cry on,
I'll be there
I'll be the one to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone,
Cause i'll be there,

And when the whole world is gone,
You always have my shoulder to cry on.

2 comments:

zulaikha megat said...

al fatihah untuk ayu..

PM said...

Al-Fatihah buat sahabat k.intan....

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!