Semasa perjalanan ke pejabat minggu lepas saya dengar hot.fm. Topik paginya adalah lagu yang tak boleh anda dengar. hahahha. Tapi akan di mainkan oleh FBI dan Fara Fauzana. Pelbagai cerita saya dengar. Sungguhlah buat saya tergelak sampai ke ofis. Seronok dapat dengar lagu lama-lama. Lagu-lagu zaman muda-muda dolu. Hiks
Masa zaman remaja saya, masa banyak dihabiskan di Asrama Asmara. Macam-macam lagu boleh tahu setiap hujung minggu kami akan ada gotong royong. Masa tu radio boleh pasang kuat-kuat. Macam berlawan antaran ASPURA dan ASPURI. Masa tu banyak lagu rentaknya mendayu-dayu. Saya ni memang buta lagu. Rancangan tv lagi la tak ada yang minat. Terbawa-bawa sampai ke tua rupanya tak minat nak tengok tv tu. hahahaa.
Dalam banyak-banyak lagu, saya suka sangat lagu kumpulan UKAYS. Bukan satu lagu, bukan dua tapi boleh dikatakan semua. Hahaaha.
Teringat saya yang Arwah Opah saya pun suka sangat lagu Ukays yang tajuknya "sebak" dengan "di sana menanti di sini menunggu" hahaha Kelas opah kan. Siap Abah belikan kaset masa tu, maklumlah masa tu opah saya dah tak boleh berjalan, duduk aje di atas katil. Sebak pula hati saya bila teringatkan Arwah Opah. Arwah Opah meninggal semasa saya di tingkatan 5. Masa tu bulan puasa dan saya sedang menduduki peperiksaan gerak gempur kertas sains. Saya tidur lewat sebab buat ulangkaji. Rasanya baru sangat saya naik atas katil tiba-tiba warden aspuri Cikgu Nora kejutkan saya bagitahu nenek meninggal dunia. Terbayang wajah ceria opah masa saya balik bercuti 3 minggu sebelum itu. Saya kucup pipi opah masa saya nak balik, saya bagitahu yang saya tak balik menyambut puasa sebab sehari sebelum tu ada sukan di sekolah. Insyaallah saya akan balik berbuka puasa dengan keluarga dua minggu kemudiannya. Teringa-inga opah jawab "entah-entah masa intan balik tu opah dah tak ada" Saya kucup, saya peluk opah dan jawab dengan gelak-gelak "eiii mana boleh tak ada..kan dah janji opah nak tengok intan bersanding nanti" tanpa saya tahu bahawa itulah kali terakhir saya bertemu opah dengan jasadnya masih bernyawa, dengan wajahnya yang tersenyum gembira. Arwah opah saya seorang wanita yang kuat semangat dalam hidupnya. Berapa kali jatuh motor ketika hayatnya, betapa susah kehidupannya semasa membesarkan abah saya 11 orang adik beradik. Seorang wanita yang baik hati maka tak hairanlah kalau sebut aje OPAH, satu kampung kenal siapa OPAH. Dari golongan dewasa sampai ke kanak-kanak sukakan opah. Arggh..bergenang air mata saya menulis blog ini.
Apabila sampai di rumah, saya terus ke rumah Opah. Arwah Atuk pegang tangan saya, bukakan penutup kain yang menutupi wajah opah. "macam senyum aje kan intan muka opah" Atuk cakap. Atuk usap-usap muka opah. Atuk tak berenggang dari sisi jenazah opah. Saya capai surah yassin, saya baca. Selesai baca yassin saya tengok atuk kesat air mata. Betapa indahnya cinta atuk dan opah, yang memisahkan mereka adalah kematian. Semoga suami saya mampu menyintai saya seperti atuk sayangkan opah. Semoga yang memisahkan kami hanyalah ajal kami. Amin. Masih lagi berkisarkan pemergian opah saya. Syukur Alhamdulillah saya dapat memandikan jenazah opah. Dapat memangkunya. Satu pengalaman unik dan tak tahu saya nak gambarkan macam mana. Itulah kematian yang pertama dalam keluarga kami.
Saya pulang ke asrama menduduki peperiksaan kertas sains saya dengan hati yang kosong. Sampai cikgu Nora pujuk supaya saya kuat dan bersabar. Saya rapat dengan arwah Opah. Mungkin sebab dari kecil kami tinggal berdekatan. Selalunya saya akan ke rumah opah apabila saya balik bercuti dari asrama. Gurauan opah nak buat pelamin dari hujung sampai ke pangkal rumah kalau saya bersanding mengusik hati saya. Opah tak pernah kedekut dengan cucu. Suka belikan kami gula-gula. Bukan dengan cucu sendiri sahaja opah pemurah, dengan anak-anak jiran pun opah pemurah. Semoga arwah opah saya ditempatkan dikalangan orang yang diterima Allah, diampunkan dosa-dosanya. Al-Fatihah untuk Allahyarham Aminah Binti Tamin.
Mulanya nak menulis tentang lagu yang tak boleh saya dengar, tapi akhirnya tertulis cerita lagu yang arwah opah saya suka dengar. Agggh.. Rindunya..
p/s: saya tak ada gambar softcopy dengan arwah opah. nanti nak cari gambar yang hardcopy di rumah Abah. Opah saya cantik, macam Rosnani Jamil..tapi cucu dia tak mewarisi kecantikan opah pun hikhikhik

4 comments:
cucu opahpun apa kurangnya cantik jugak... hehe
Al-fatihah untuk opah k.intan
nani: hikhikhik cantik ke? ok sebab pujian tu nanti akak belanja RVC okeh hahahhaha
:( tapi memang rindu ke arwah opah akak tu dik...sobss..
opah intan orang perak ker...sbb hnya perak yg pnggil opah..
alfatihah utk opah..
kak zue: ye kak zue, opah intan orang perak. Intan ni mak abah orang perak kak zue...tu sebab mak intan pun anak2 panggil opah hiks
Post a Comment