Semua orang pernah melalui jatuh bangunnya dalam kehidupan. Zaman remaja merupakan zaman yang paling indah dengan pelbagai ragam dan kenangan yang pernah kita tempuhi. Ada satu cerita masa usia saya dalam belasan tahun. Masa tu heboh pasal disko lah, kelab la dan saya ni tak pernah jejak kaki ke tempat-tempat macam tu. Alhamdulillah.
Suatu hari tu berbual dengan seorang rakan
Saya: eh, apa ek nama disko yang diorang selalu cerita tu
kawan: err rasanya mosh..mossh.. eh entah aku pun tak tahu, bukan aku pernah pergi.
Saya: Eh, koman-koman kita kenalah tau, kalau tak malu la kita mosh.. ooo moshino kot wei.. ha, ok kalau orang tanya kita cakap kita pernah pergi moshino.
kawan: ooo nama disko tu moshino ye...
Lepas tu sembang-sembang dengan kawan-kawan yang lain.
Si A: kitorang malam ni nak pergi lepak kat kl...best tau
Saya: ooo ko nak pergi moshino yek?
Si A: apa ke hal nak pergi moshino, orang nak pergi modestos la..moshino tu minyak wangi la dol!
hahahah, Padan muka, dah tak tau tu tak tau la, tak payah nak poyo tunjuk tahu. kakakaka. Seumur hidup tak pernah saya jejak tempat-tempat tu dan insyaallah tak mahu jejak. Kononnya tak tunjuk diri tu pun berdiri sama tinggi dengan orang, tapi lepas tu malu sendiri. Sebenarnya tak perlu malu pun sebab jakun tak pernah masuk tempat-tempat macam tu. Bukannya tempat yang baik pun. Tapi itulah pengalaman zaman remaja, saya berkawan dengan semua orang, semua golongan. Dari budak yang nerd, sampai budak nakal dan samseng bagai. Pernah jadi ketua pengawas, tapi boleh berkawan baik dengan kepala samseng. Namanya Prabakaran. Siap ajar saya nyanyi lagu tamil lagi. hihihi.
Saya ambil keputusan yang tepat tinggalkan Shah Alam, bertukar duduk asrama di Negeri Sembilan. Suasana kampung sebenarnya lagi sesuai untuk jiwa saya dari duduk bandar walaupun saya asalnya orang bandar chewah. Agaknya kalau saya tak tukar sekolah, saya pun turut terikut-ikut budaya kurang sihat rakan-rakan di bandar pada masa itu. Syukur Alhamdulillah Allah sayangkan saya.
Kawan sebenarnya mencorakkan keperibadiaan kita. Salah pilih kawan, salah juga la haluan hidup kita. Walaupun kita tak berkawan dengan mereka yang rendah sahsiah atau ada masalah moral, tetapi jangan lah kita pandang hina mereka. Berbaik sangka dan berbuat baik. Insyaallah orang akan suka. Sebab itulah dalam Facebook friendlist saya ada 800++ semua lapisan kawan ada hahahaha. Saya memang tak reti nak berburuk sangka pada orang sampai hubby bising. Jadinya sampai sekarang tak buat lagi pembersihan dalam friendlist saya. Tak larat dik non... hahahaha.
2 comments:
Kadang2 susah nak menilai org kan??huhu.. bila kita terlalu percay, tiba2 kita teraniaya punya lah stress kan... erm..apa pun sabar je lah..hehe:)
atie: ye atie, susah nak menilai orang, sebaiknya cuba bersangka baik sahaja...
Post a Comment