Thursday, December 13, 2012

Syurga di hati Mama

Pagi-pagi dah kalut dengan anak-anak.  Biasanya saya akan bangun mandi solat lepas tu baru uruskan anak-anak.  Pagi ni Kauthar dan Raisa meragam nak berpeluk. Kakak kuat merengek.  Adik pula dah semakin banyak akalnya.  Abang Hadif muncung aje mama kejut bangun. Bila la abang nak tidur bilik sendiri ni bang...huhuhu.

Tengah sidai baju Raisa menjerit-jerit suruh garu kaki dia gatal.  Yang Abang Hadif sibuk susukan Kauthar.  Haish..riuh rendah rumah saya pagi-pagi. Siap sidai kain saya senduk bubur dalam bekas, nak bawa pergi rumah opah..  Sambil tu salin drypers anak-anak.  Ada masa saya mandikan diorang siap-siap, tapi pagi ni kakak mengamuk tak mahu mandi.  Abang pun malas nak mandi pagi.  Macam-macam hahahha.

Berpeluh-peluh masukkan barang-barang dalam kereta.  Masukkan Kauthar dalam car seat, Raisa saya tengok kelek botol susu dia dan abang.  Sejuk hati saya.  Boleh diharap kakak seorang ni walaupun umur baru 2 tahun.  Mulut petah bercakap tapi yang tak tahannya angin kus kus selalu ada sama.  hahahhaha.

Siap alarm rumah, suruh anak-anak baca doa naik kenderaan.  Abang memang la hafal.  Yang tak tahan Raisa tu, siap letak biskut kat mulut tu kat atas riba, nak baca doa siap tadah tangan.  hahahhaha.  Dalam perjalanan kakak suruh mama nyanyi lagu cinta dia.  Maaflah kak, mama mu ini mana ada bakat menyanyi. Sumbang. Sedar diri okeh.Dah la mengamuk lagi kakak Raisa ni...adoi.

Sampai rumah opah, turunkan anak-anak, peluk cium terus pergi kerja.  Tengok kat cermin muka sendiri..hahaha adoilah berminyak macam orang baru lepas jogging.  Abang Hadif dah merungut, cuti ni tak ke mana-mana, asyik-asyik rumah opah.  Kesian abang.  Nantilah kita jalan-jalan ye sayang.  Anak-anak dah mula rindukan babah.  Biasalah, dah masuk minggu kedua, Raisa dah mula sibuk tanya "shappeee? babah?" bila telefon mama berbunyi.  Abang Hadif dah tanya lagi berapa hari babah nak balik.  Kauthar? hahahah Kauthar pun rindu babah sebab babah rajin dukung dia, mama banyak kerja nak buat.  Mama? hahahah mama biarlah rahsia.

 Si unyai.  Unyai sangat kalau bangun tidur, nak sikatkan rambut pun marah..hahahha

 Ni kena kejut bangun buat muka sedih hahahhaa

 yang sorang ni memang kuat gelak 

 happy la konon walhal dah puas mengamuk 

 mama yang kusut masai sebelum sampai opis dikerjakan dek Raisa hahahha

 Babah yang minggu depan baru balik dengan rokok besi. Abang Hadif cakap APTB la babah ni hisap rokok. 

Tadi masa dengar hot.fm, abang hadif cakap "APTB la ma" mama dia blur.  "Apa bang?" "APTB tu apa pun tak boleh la mama..hahahah" hahahaha macam-macam orang sekarang.  Suka sangat guna perkataan singkatan.  Saya memang tak suka.  Sebab itu apabila menaip sms kepada hubby saya taip penuh, panjang berjela mesej saya.  hahahah.  Lantak la, janji saya suka. hahahahha.

2 comments:

zulaikha megat said...

kak zu pun blur..APTB tu apa intan??

kadang kadang kak zu merindui saat saat kelam kabut dengan anak2 waktu diorang kecik2 dulu...masa tu rasa sangat stress,tapi skrg bila diorang dah besar terasa manis nya waktu itu..

Intanaziela said...

Kak zu: APTB tu kononnya singkstan bg Apa Pun Tak Boleh hihihihi. Ye la. Kak Zu, bergelut dgn anak2 dengan mcm-mcm kerenah memamg menuntuk kesabaran, tapi Intan cakap dalam hati Insyaallah bila anak2 dah besar intan pasti rindukan momen indah waktu mereka kecil kan kak...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!