Hubby dah balik offshore. Tinggal la kami berempat beranak macam biasa. Nasib masih cuti sekolah jadinya lega la bab menggosok baju dan basuh baju sekolah. Tapi tetap sibuk dan riuh rendah. Selalu hubby akan call atau video call sebelum keluar rumah atau semasa balik ke rumah. Riuh rendah. Kejap yang Abang Hadif nak bercakap. Kejap Si Raisa menjerit-jerit. Nasiblah Adik Kauthar cool aje. Saya cakap dengan hubby "kantuk" hubby cakap bukan kantuk dah, riukkk hahahaha. hentamlah. Bertahun kawin dengan orang pahang, yang pandainya sedikit aje bahasa pahang. Jadilah dari tak ada. kakakakak.
Abang Hadif dah bising, cuti ni tak ke mana pun. Plan asal nak ke legoland terpaksa dilupakan sebab babah demam. Bising dia. Semalam tanya mama bila mama nak pakai all the winter props yang dibeli hahahahah. Ye la, masa shopping di Daiso, dia yang lebihnya membeli belah (boleh la babah dan mama pinjam nanti). Jadinya saya janji dengan dia nak ke I-City weekend ni. Jadilah menghilangkan kebosanan dari terperuk di rumah. lagi pun weekend ni Abang Hadif dah mula kelas tuisyen balik setelah cuti sebulan.
Aktiviti mama? hahaha, mama tengah kemaruk nak membaking dan yang seangkatan dengannya. Ingat kalau sempat nak buat Strawberry crepe. Sebab saya tak makan durian. hahahha. Kalau jadi boleh la tepek kat blog. Kalau tak diam-diam sudah hahahah. Cik Hajah Nani dan Cik Bunga Nily, kalau jadi akak call mai datang makan yek..kalau tak de call tu maknanya tak jadi la hahahha
Saya masuk email yahoo saya yang dah berzaman saya tak jenguk. Ingatnya nak cari gambar lama-lama hubby kot ada. Tengok email kat situ buat saya tersenyum. Beratus-ratus email yang menghubungkan saya dan hubby. Ye la, dulu di offshore hubby hanya ada turn 5 minit untuk buat panggilan ke darat. Ada masa tak dapat turn. Jadi komunikasi banyak menggunakan email. Nak manja pun dalam email, nak gaduh pun dalam email, nak merajuk pun dalam email. Salah satu email tu buat saya tersengih sendiri.
Tapi itu dulu. Diawal perkenalan. Apabila kita menerima seseorang dalam hidup kita, kita kena menerima keseluruhan aturan hidupnya. Mungkin dah terbiasa hidup berjauah, seorang di Perak (sayalah tu tengah berjuang menghabiskan study) yang seorang di Pahang, tapi kerjanya 2 minggu di laut China Selatan, jadi lepas berkawan tu rasanya jarang sungguh kami bergaduh. Betul lah kata hubby, sikap tolenrasi itu penting
Sekarang, teknologi semakin canggih, boleh berhubung terus dengan hubby tak kira bila masa. Kalau tak call guna I-talk, hubby call guna Tanggo la, viber la, masej di whatsApp lah..hahaha. Sampaikan hubby tanya dah makan, saya jawab dengan hantar gambar makanan yang saya sedang makan. Senang sangatkan? tapi sebenarnya saya rindu juga nak dapat email dari hubby. Email yang akan buat saya tersenyum sepanjang hari. Babah, kenapa malas dah menulis email? nanti hilang skill ayat power tu kakakakka. Hubby saya kata dulu dia memang jiwang karat abis la aku kena dengan dia hahahah, pandai berkata puitis tapi habis hilang skillnya bila kenal saya. Ayat poyo la tu.
Eii..awatlah merapu jiwang petang-petang ni, baru 3 hari hubby naik offshore. Lagi 11 hari nak tunggu balik. Bak kata mak saya...bila jauh tu bukan main bersayang-sayang, berindu-rindu...bila dekat tu nak berlaga angin aje hahahahah. Adatlah kan. hahahaha. Nama pun suami isteri.
APABILA DUA HIDUP DAH SEBATI , TAK SEMUDAH ITU UNTUK DILERAIKAN - Istanbul Aku datang... I like :)
3 comments:
hehehe....betul la kak yg..dok jauh rindu sakan..dok dekat ada je yg nk dirajukkan....
suka jgk istanbul aku dtg......cute je lisa....
hehehe....betul la kak yg..dok jauh rindu sakan..dok dekat ada je yg nk dirajukkan....
suka jgk istanbul aku dtg......cute je lisa....
Ida: gitu lah kita ye dik...tak pe satu kelebihan sebab rindu buat kita makin erat cewah...
Post a Comment