Tuesday, March 31, 2009

Damai Laut - Taiping - Shah Alam

Lepas beli sedikit buah tangan utk family dan kawan ketat, kami meneruskan perjalanan ke Taiping. Tak pernah aku ke Taiping walaupun 3 tahun aku di Manjung dan kawan2 baik aku dulu ada yang berasal dari Taiping. huhuhu. 3 jam baru sampai Taiping. Heran jugak kenapalah kete banyak sangat, rupanya ada penamaan calon utk pilihanraya bukit gantang. Patutlah perang poster di merata2 tempat. Meriah sungguh. Penuh la Taiping jadiknya. Bimbang je kalau Hotel Seri Malaysia tu fully book since hubby tak confirm booking pun. Nasib la bilik ada.

Plannya nak bawak Hadif tengok Safari Night, tapi dah namanya Taiping, kawasan tadahan hujan paling banyak sepanjang tahun, kan...nasib kami sebab petang tu hujan lebat bawa sampai ke malam, so we change our plan. Malam tu sekadar makan steamboat dan rehat2, lagipun perut aku masih tak sihat. Masih keluar masuk toilet sampai nak makan pun takut.

So, keesokkan harinya baru keluar jalan2 kat Taman Tasik Taiping yang membuatkan aku jatuh cinta dgn lanskapnya. Pokok2 besar yang dah ada dari zaman orang putih memang buat aku jatuh cinta. Rasanya orang bercinta memang suka la tempat cam gitu. Lepas bergambar bagai, kami terus ke Zoo Taiping.


Seronak betul berjalan dalam Zoo Taiping. Jangan tak tau, sampai dua kali kami naik train tu. Bak kata hubby, mak bapak yang terlebih excited. hihihi. Tapi memang seronok. Hadif pun enjoy sangat.




gambar mama dah babah hadif yang amik, boleh harap dah, tapi pakai camera phone ler, gambar dia tu pulak dia tengah tunjuk bibir dia dah tukar kaler sebab makan ice-cream. Macam2 budak ni tau..

Habis menjelajah Zoo Taiping yang best itu, kami meneruskan perjalanan menjejaki gerai mee udang di Tanjung Sepetang. Kami lunch dgn mee udang. Besar2 udang dia pasal kami mintak mee udang special gitu. Habis la lepas tu gatai hidung.. lepas makan kami bergerak balik ke Shah Alam. Hubby buat lawak konon nak terus ke Penang. Memang la dah tak jauh perjalanannya, tapi aku yang kena bekerja keesokkan hari ni rasanya tak larat nak layan mood cuti2 malaysia hubby tu... takut aku dah lupa apa yang patut aku buat kat ofis dek lama benar cuti. hihihi. Perjalanan yang lancar, kami cuma singgah minum kat R&R Tapah. Selamat Sampai Berjaya Park dalam pukul 6.30 petang. Alhamdulillah, percutian kami sekeluarga berjalan lancar. Semoga lepas ni Allah murahkan rezeki kami, dapat bercuti lagi tak kisah ke mana pun destinasi, asalkan bersama sekeluarga. Amin. :P

Shah Alam - Damai Laut

Patutnya nak update blog live dari destinasi, tapinya kesihatan dan mood tak selari. Actually before vacation lagi dah kena "cerry berry". Entah kenapa, teruk betul kali ni. Makan je akan membuatkan aku berkejar ke toilet. Letih.

Percutian keluarga kecil kami ni tak la dirancang2 sangat. Kira last minute plan. Hubby kata kalau rancang2 tak jadi pulak, maklumlah, jadual masing2 sangatlah padat. So hubby book Damai Laut Swiss Garden Apartment. Alhamdulillah, selesa utk kami tiga beranak. Hadif macam biasa, tak lekang dengan PS2 dia ler. Yang paling menggembirakan hati aku, Hadif dah berani mandi dalam pool. Dah tak takut okeh. Kagum sekali. Siap tak payah la nak tunggu2 dia..tapi aku mana leh lepas pandang anak ku itu. Namanya anak sorang je. Agaknya sebab dia belajar swimming kat sekolah kot, tu yang menjadikan confident level dia sangat tinggi. Hiks.

Mula2 sampai di Manjung rasa macam sayu je hati ni. Mana taknya, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat aku merantau, belajar, mengenali rakan2 yang baik2 ..ada juga yang jahat2 hihihihi. Sempatlah kami ke pasaraya billion, (hubby gelakkan aku..jahat tau yang!) pas tu pi Lumut, makan nasi beriyani ayam madu yang maveles. Percaya tak, hari pertama tu pi makan, hari kedua pun pi makan lagi. Lepas ni tak tau bila pulak nak pi terjah kedai mamak tu. Che Effa UK, aku dah pi dah makan..hang bila lagi?

Banyak betul perubahan yang dah berlaku. Kira transfomasi sungguh la Manjung dan Lumut nih. Tempat aku makan laksa ramai2 dgn housmate K10 pun dah tak de. Taman Esplanade pun dah lain. Pasar Malam Manjung lagi la aku tak jumpa. Dah ada Mc Donald pun. Dulu, kalau nak makan Mc Donald kena pi Ipoh. Takat KFC dgn Marry Brown ada la kat Sitiawan tu. Hihihih.

Actually tak la menjejak kasih sangat sebab tak terpergi semua tempat dalam masa yang suntuk. Kami check in kat Damai Laut, pas tu rehat2 kejap dah layan Hadif ke pool. Sampai lewat petang. Malam keluar makan kat Lumut dan masa tu aku memang tengah tak sedap perut. Seksa sungguh rasanya. Balik ke hotel terus makan ubat dan layan cerekarama. Layanzzz.



malu la nak letak gambar ni, tapi letak je la for the seek of bukti walaupun percintaan dah masuk 9 tahun, tapi cinta masih hangat membara..fuyo...gila kentang!


Pagi2 Ahad kami breakfast di hotel dan terus bawak Hadif ke Pantai. Tapi tak lama sebab hubby tak minat tengok air laut yang keruh itu, terus bawak Hadif berkubang kat pool. Sementara anak bz main air, mak bapaknya sibuk dgn fotografi, hihihii. Lepas tu balik bilik, siap2 utk check out.

Percutian kali ni aman damai je rasanya sebab tak de rushing2 nak bershoping bagai. Rileks je. Beli sedikit buah tangan buat keluarga. Sempat cari fridge magnet dan poskad utk koleksi peribadi. Hubby kata "rasa happy dan best je bercuti cam gini...santai..." Aku pun setuju. Lepas ni nak gi mana pulak yang? I follow...

p/s: Manjung dan Lumut aku tinggalkan dengan perasaan bercampur baur. Rasa sayu dan sedih bila menjejak tempat2 yang meninggalkan kenangan, dan rasa gembira dan bahagia sebab aku datang kembali bersama hubby dan Hadif.

Friday, March 27, 2009

Cuti menjejak rindu..

Damai Laut..tunggu...

Tuan punya blog cuti-cuti Malaysia. Selasa baru masuk balik. Kalau Mr. Broadband ada coverage, bolehlah update live dari Damai Laut. Tak sabar rasanya nak menjejak rindu. Rindu pada segala2nya yang ada di sana. Kami akan terus ke Taiping pula selepas itu, nak bawa hadif ke Night Safari kalau sempat. Dan, nak jugak try mee udang yang melimpah ruah itu.. yummy. Jom? cuti-cuti Malaysia, semuanya ada di sini!

Thursday, March 26, 2009

Cinta Luar Biasa

Ini sebenarnya topik basi. Tapi di ofis aku masih menjadi topik hangat okeh. Cerita cinta luar biasa. Tak kiralah, nak cinta tahap dewa ka, apa ka, tapi please laaa..tak payah make it obviously kat ofis sebab ramai tak tak leh terima kelakuan jelik itu. Aku katakan ia jelik apabila dgn selambanya berkelakuan seperti sepasang kekasih di hadapan orang lain. Dan, bertambah menjelikkan kerana orang itu adalah suami orang dan isteri orang!

Aku bukanlah typical yang baik saaangat. Tak juga typical yang over okeh. Yang sedang2 sahaja. Kalau di ofis, memang aku pilih kawan. Hanya berkawan dgn yang aku rasa boleh go on. Tak penting, bukan yang jenis menjaga tepi kain orang. Biasanya perbulan lebih berkisar pada perihal anak2, dan keluarga. Bukan bekisar pada kisah rumahtangga orang lain, jenama2 mahal pakaian (oh please, aku memang tak boleh belah kalau citer pasal topik ini...) ke mana destinasi percutian dan banyaaakkk lagi. Selalunya, orang yang suka tinggi diri ini, cakapnya saje yang berdentang dentung, tapi realitinya, nak pergi bercuti dgn keluarga pun tidak. kira cakap tak serupa bikin gitu.

Aku jadi hangin ni sebab si Polan (perempuan) dengan bangganya bercerita tentang buah hatinya Si Polan (lelaki) pada aku. Dan menyedihkan kerana isteri lelaki itu sedang mengandungkan anak yang ke-3. Senangkan jadi orang lelaki, rasa nak jatuh cinta sekali lagi, tak kisah. Rasa nak pasang satu lagi, tak kisah. Ikut hentam mat labu saje. Banyak kacak muka dia. Dah la tu, dengan bangganya show off kat orang lain. Aku doakan Allah beri petunjuk. Janganlah biar kami turut bersubahat dgn cerita cinta luar biasa ini. Ye la, tak kan nak jadi tukang sibuk pulak. Apa yang boleh kami buat, doa aje la biar yang benar akan keluar dari yang tidak benar. Belas sungguh bila mengenang isteri si lelaki itu yang sedang sarat mengandung itu terkapai2 sendiri mengurus keluarga pabila suami dah mabuk kepayang bercinta karat!

Dan ini bukanlah satu2nya cerita cinta luar biasa yang terjadi. Ada yang dah bercerai berai dgn isteri dek gilakan orang lain. Sanggup tinggal 3 orang anak mengejar cinta baru. Pada aku, cinta plastik. Hanya kerna jumpa yang lebih bergaya, lebih seksi, lebih muda, sanggup berpaling tadah. Tapi tak pe kan, dunia ni bulat, dan orang itu pun bukan selamanya muda. Sok dah tua sok, sapelah agaknya yang nak menjaga dia kan!

Itu nasib orang. Nasib aku belum tahu. Setakat ini, alhamdulillah. Tapi kita tak tau bila Allah nak menguji kita, mintak2nya aku tak lah melalui fasa menyakitkan itu. Amin.

Dear Hubby, please take note. I will always remember what u advise me. Do not give a start. And please do it so. Okeh. I love u, and will always do. Tak kira apa. Panas, hujan, kemarau akak tak kisah. Bak kata Aiman, Aiman tak kisah.

Wednesday, March 25, 2009

Shoulder to Cry On

'Shoulder to Cry On'

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,
And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.
All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll alway be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on
Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!
And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on....
-by Tommy Page-

Monday, March 23, 2009

Aku dah bosan

Huargh... feel very lazy. Monday mood kah? Actually letih semalam masih berbaki. Semalam bangun pukul 4.30 pagi, mengadap buku kejap, pas tu bersiap2 nak balik ke Shah Alam. Oh ya, saya dari Pahang yek. Sampai kat Kelas rasa mengantuk yang amat, tapi tahan jugak pasal ada test. Sangat mengujakan sebab nak kata baca buku sangat pun tidak, tapi masih berjaya utk dapat markah tertinggi dalam kelas (ayat bangga sebab aku tak betul2 tak baca buku..selak2 je sambil jeling AF malam tu...hihihi dan, student subject tu cuma ada 5 orang hahahahha) Dapat je result test aku sms hubby, sambil gelak2 dan berdoa agar kelas statistic aku dibatalkan. boleh? Tapi tak de maknanya batal..layan je la angka2 dan formula2 tu sampai aku rasa cam koma je. wakakakakak dan Doc. Ngu tu janji nak kasi aku A ...iyo la nih? tak pe, kita tungguuu... :P

Dan, aku memang amat letih. Pukul 6.30 petang baru habis kelas. Masa Dr. Samad dok bercerita pasal economic and issues tu, aku rasa cam nak letak kepala kat meja, pas tu tido. Nasib la aku tak sebegitu brutal utk buat cam gitu. So, pada pandangan mata kasarnya aku pay attention, tapi hakikatnya aku tido. hihihi.

Petang hubby dan hadif amik kat fakulti pas tu pegi makan Cheese nan kat Hakim. Maveles. Hadif makan mee goreng dgn sungguh bernafsu. Kagum aku budak tu makan banyak. Pas tu balik umah sebab dah nak maghrib. Sampai umah layan hadif buat homework. Jenuh suh tulis huruf shim dia dok tulis senget. Last sekali aku suh dia tulis huruf lain dulu. Senangkan aku punya solution? Dari dok marah2 dia, lebih baik biar dia buat yang mana dia boleh. Biar dia pelan2 kayuh. Nasib baik hadif dapat mama yang sporting tau tak... (jangan percaya, aku adalah sangat garang)

Dan, Hari ni..mood hari Isnin menghantui diri aku. Alangkah bestnya kalau tak payah kerja. Tak pun kerja yang perlu duduk2 saje. Otak aku penat. Letih tau. Bertambah letih bila aku teringat tentang sorang manusia yang idupnya asyik nak dengki dgn aku. Aku pakai kete itam dia nak keta itam. Wei, kete itam tu laki aku yang bayor..ko kena bayar kete ko sendiri kan? so jangan la nak menyusahkan idup. Apa yang aku ada, ko nak jugak. Naper ek? ko tak leh ke bina imej ko sendirik. Tak pun belajar utk bersyukur dgn apa yang ko ada. Apa? kamera DSLR cam aku pun ko nak sama gak? ha, beli la, jangan asyik nak cakap nak beli..nak beli..tapi tak beli...kalau beli tu, beli sekali lens yang canggih2 tau. Aku tak dengki. Kalau ko beli aku tumpang seronok, sebab akhirnya ko dapat gak beli benda yang ko asyik cakap ko nak beli tu. Aku tak jeles punya. Dah la tu, kitchen kabinet umah aku pun ko nak sama jugak. Tu dah buat aku rasa mual, rasa menyampah sebab, segala apa yang aku buat, aku buat ikut citarasa aku. Tak main tiru2 okeh. (tipulah tak tiru, tapi aku tiru buku okeh..tiru dalam majalah...hihihi ) Dah la, aku penat la tengok kelaku cam gitu. Tapi, kalau ko nak jugak ada apa yang aku ada, ikut ko lah. Nanti kalau ko nak tengok apa lagi benda yang aku ada, dan ko nak jugak sama, meh la datang umah aku, buat spot check. Okeh? puas ati. Kalau bakul sampah aku pun ko nak sama juga, dipersilakan. Beli sama kaler okeh. Kaler Itam!

soksek: Aje yang giler tulisan aku hari ni. hahahhaah. Dah tahap dugong aku boring dgn perangai mahluk tuhan yang sorang nih. Aku ni dari zaman sekolah lagi paling menyapah kalau orang suka meniru, pasal kita bersusah payah nak buat sesuatu, dia nak guna jalan pintas. Sampai la sekarang, aku tak boleh belah betul dgn perangai manusia gini. :) tapi, aku jenis tak reti nak bising2, tak reti nak perli2. Aku biar je. But, sometimes I just cannot go la dgn perangai manusia gini.

Wednesday, March 18, 2009

satu ringgit

Demam plus sakit kepala. Dah 2 hari. Adakah ini demam rindu? wakakkaka. Tak de maknanye yek. Akak dah biasa ditinggal2kan nih. Tapi tipulah kalau tak rindu. Boleh control. Boleh handle. Lagi pun esok balik dah yang dinanti. hihihi

Skul holiday ni hadif tinggal kat umah opah dia. Berdendang la dia menonton kartun. Nak pi toilet pun culas. Sabo aje lah. Petang tadi opah dia citer, Hadif nak ikut atok pi kedai.

Hadif: Opah, kasi lah hadif duit
Opah: Nah, (sambil unjuk duit RM1 sekeping)
Hadif: Eh, kasi lah satu lagi, tak cukup nih.
Opah: Cukup la tu, berlebih lagi tau
Hadif: Kalau mama ni, mama kasi dua tau tak!

isk Mama pulak yang terbabit sama. Duit syiling tak pandang tau. Mata ringgit malaysia sungguh.

Cuti ni nampaknya tak dapat pi mana2lah, ye la babah dia baru balik esok. Nak pi ujung minggu mama ada kelas. Tapi dah plan dgn hubby nak ke Damai Laut next week. Tu tempat babah dgn mama honeymoon dulu. alalallalala jiwang la pulak. Tapi serius lama sungguh tak ke sana. Rindu nak tengok tempat aku bershopping time kat UiTM dulu...mana lagi billion le..hihihi. Gila kentang rindu kat Manjung. Tapi UiTM lama mana ada lagi, dah pindah Seri Iskandar. Kedai mamak si kabi tu pun entah ada entah kan tidak. Mak cik bedah kuehtiaw pun entah kat mana la sekarang.

Nak goda babah hadif nak pi jalan ke taman esplanade. kakakakaka. Pas tu amik gambar kat situ. Banding kan dgn gambar zaman student aku. Pengsanlah aku gamaknya terkejut badak tak dapat terima kenyataan size badan dah 2 kali ganda dari dulu. hihihihi. Pas tu melawat kengkawan lama kat sg. dinding. Pas tu pi jalan teluk batik. waaah berangan sakan. Eleh, bukan kena bayar pun, kan? :P

Nanti insyaallah akan dikongsi cerita percutian mengimbau kenangan silam di blog ini yea. Yihaaa roh bercuti sudah mariiii...

Tuesday, March 17, 2009

terkenang semasa dulu..

* Apa yang aku tulis ini hanya sedikit luahan hati, tidak bermaksud menyinggung atau berbentuk serangan peribadi. Kalau tak suka baca, sila jangan baca.

Some of my ofis mate dok citer2 pasal zaman sekolah. Tentang zaman banyak peminat, tentang zaman brutal2...zaman memasing kononnya macam bagus, zaman mengorat anak dara orang, zaman perasan cun, zaman jahiliyah (oh should we called it 'jahiliyah'?) Zaman belum matang kata orang.

Aku? biasa2 je. Jenih yang tak mencelih kata orang. Ye la, tak cantik, tak pandai. Aku merantau ke Negeri Sembilan. Ikut my best friend Atie (wei atie..serius kalau boleh undur aku tak mo pindah sekolah..hihihi ) kononnya nak lari dari gejala2 yang tak bagus di Bandar, pindah luar bandar. Aje yang giler. Apa yang aku dapat? banyak sangat. Macam2 Ada.

Satu, jumpa pelbagai jenis manusia. Ada yang baik, dan ada yang sebaliknya. Aku belajar erti hidup bila duduk berjauhan dengan keluarga. Aku belajar jadi kuat bila di hina. Aku belajar utk terus melawan, bukan melawan dengan kekuatan, tapi melawan dgn keazaman. Kelak, aku akan berkongsi cerita dgn anak2 (andai ada anak lain selain hadif), masa zaman sekolah dulu, mama pernah difitnah. Dikutuk apatah lagi. Tapi, melalui semua itu, aku cakap dgn diri sendiri. Aku mahu mereka2 yang mengutuk, menghina aku, perasaan yang tak baik itu sebenarnya lah yang membuat aku semakin tabah utk berjaya. Mungkin aku tidaklah berjaya menjadi jutawan. Ataupun cendikiawan. Tapi, laluan hidup aku dipermudahkan Allah. SPM aku berjaya mendahului mereka2 yang sentiasa merasakan diri mereka bagus. Alhamdulillah. Kemudian, berjaya menyambung pelajaran, walaupun bukanlah menjadi arkitek, akauntan..tapi aku berjaya menghabiskan pengajian. Kalau esok2 anak cucu tanya "wan mama masuk U tak? " aku de la aku malu. hahahhaha.

Kemudian aku memasuki alam pekerjaan. Alhamdulillah, rezeki aku, dapat bernaung di sebuah organisasi yang dikira bagus. Disaat ada rakan2 yang baru merangkak2 nak memulakan hidup, aku dah boleh settle down. Dah boleh membina keluarga. Apa lagi yang aku cari? tak de apa, melainkan bersyukur dgn kurniaan Allah. Dan aku berterima kasih kepada mereka2 yang pernah memandang rendah pada aku, yang pernah menghina, yang pernah mengutuk, kerana semua itulah aku menjadi seorang manusia yang kuat. Aku tak kaya, tapi sekurang2nya, kehidupan aku jauh berbeza dgn mereka2 yang pernah melukakan hati ini. Betullah kata orang, what u give, u get back. Dunia ini berputar. Tak pernah sekali pun aku mendoakan yang tidak baik, tapi memang hukum duniakan, kita tak selamanya di atas, yang dibawah pun tak selamanya di bawah.

Seorang teman (friend, u know who u are...) pernah menegur kenapa aku mesti berbuat baik pada orang yg pernah melukakan hati, yang pernah menghina, yang pernah memandang rendah. Kawan, jawapannya amat mudah; Aku tak mampu utk berdendam dan aku sudah lama memaafkan mereka2 yang pernah melukakan. Lagi pun, perasaan dendam itu satu penyakit. Umpama barah yang akan memakan diri. Jadi biarlah mereka2 itu dgn penghidupan mereka, dan aku dgn kehidupan aku. Mungkin juga masa itu kematangan mereka masih nipis. hohoho. Aku tak mau tenggelam dalam emosi.

Tak semua perkara negatif. Masih ada yang baik2. Che Tom, ko ingat lagi tak zaman ko hantar notes kat aku, kata budak aspura kim salam. wakakakak. zaman kegemilangan akak tu dik non. Aku budak naif sangat masa tu. Budak baru la katakan. Walaupun tak cantik, tapi dah dikatakan budak baru, ada aje la orang yang nak berkenalan. Itupun jadi sebab kenapa orang marah kat aku, kan? heheheheh. Tapi apa pilihan aku. Bukan aku yang terhegeh2 atau tergedik2 nak berkenalan dgn diorangkan...kan? wakakakka at least kalau anak cucu aku tanya, masa sekolah aku ada peminat tak..boleh la aku jawab ada...ko saksi ek...hahahahha

Baru2 ni aku jumpa Shahruz Shavek (betui ka spelling nama dia gini ek?) kat Istana budaya, time konsert M. Nasir. Sama je la dia tu dari dulu sampai sekarang. Sengih dia tu la. hihihi. Apa khabarlah kawan2 yang lain. Sebahagiannya, ada jugak yang aku jumpa dalam friendster, facebook, masih ada yang keep in touch walaupun tak la seperti zaman sekolah dulu. Masing2 dah ada life masing2.

Di zaman sekolah aku mengenali insan2 yg banyak membantu dari segi sokongan moral, dan alhamdulillah sampai sekarang masih bersaudara..masih bertanya khabar, masih kunjung mengunjungi. Tak semua yang tak suka pada aku kan..well, we don't ask for respect or love, ... kalau orang nak suka, suka la. Kalau tak, tak boleh paksa. Yang pasti, yang busuk hati kalau tak nak berubah, bawak la perangai buruk tu sampai ke tua..hihihihi.

Apa yang dapat aku simpulkan, aku banyak belajar membina diri waktu zaman persekolahan. Aku mula pakai tudung pun masa tingkatan 3. Masa cuti wesak. Sampai ada yang perli aku dapat hidayah masa cuti wesak. Aiman Tak kisah. Seingat aku, lepas aku amik keputusan nak pakai tudung, sekali pun aku tak pernah keluar free hair. Itulah pengajaran yang paling aku hargai dalam hidup. Bersedia utk berhijrah. Aku belajar berzanji dizaman berada di aspuri. tapi sekarang aku dah lupa. hihihi khilaf sungguh. hubby: lepas habis my Epjj program kena ajar isteri mu ini okeh.

Rupanya hampir belasan tahun dah aku tinggalkan zaman persekolahan. Ada antara teman yang dah jadi pendidik walaupun zaman sekolahnya dulu dia kuat ponteng kelas. wakakakka. Ada yang dah jadi engineer, ada yang dah jadi pegawai tinggi. Tak kira apa pun yang kita jadi, asal kita jadi orang sudah. Ye la, tak kan nak jadi ultraman pulak. Tak kira, apa pekerjaan kamu, apa kereta yang kamu pandu, berapa banyak harta yang kamu ada, kita tetap sama di sisi Allah.

Pada aku, zaman persekolahan lah yang membuatkan aku matang. Matang menerima tekanan dan mampu membuat pilihan yang tepat utk meneruskan kehidupan. Aku ingat lagi kata pengetua masa aku amik result SPM "tahniah, lepas ni pastikan hidup kamu lebih bermakna" . Dah arwah dah puan pengetua tu. Alfatihah. Tapi aku memang pegang kata2 dia, apa langkah yang aku ambil, aku tak mahu menoleh kebelakang. Aku mahu buktikan, aku boleh. Seperti mereka2 yang merasa diri mereka boleh.

Terima Kasih Ya Allah kerana dengan semua dugaan dan cabaran yang pernah kau beri, aku belajar menghargai hidup. Alhamdulillah. :P

Monday, March 16, 2009

Hadif oh Hadif

Sayu hati bila baca cerita tentang adik Madihah yang dapat 2oA dalam SPM. Ya Allah, kau berikanlah peluang untuk anak ku Muhammad Hadif mengecapi kejayaan seperti adik Madihah itu. Amin. Tak perlu ke asrama penuh, tak perlu tuisyen, tapi masih boleh berjaya.

Malam tadi, sewaktu mama tengah kusyuk tengok The biggest loser, anakanda Hadif busy membuat latihan matematik. Sangat kusyuk. Pas tu siap suh mama tulis soalan kat white board, dia jawab. hihihi. Roh rajin sudah mari. Sampai kol satu pagi melayan cik abang tu. Last sekali, bila naik atas katil, dia bantai membaca dalam gelap. Kena marahlah dengan mama. hihihi. Pagi ni pulak, bila bangun, terus capai buku dan pensel. Mama dia ni layankan aje. Since skul holiday, dia kena pi skul kat umah opah dia lah. Babah kata skul nengok kartun. hiks.

Apa pun, semoga Hadif menjadi anak yang baik, yang soleh, mendengar kata mama dan babah, rajin belajar, jadi orang yang berguna pada agama, bangsa dan negara.


Masih teringat2 telatah dia malam tadi

"Mama, which is small 1 or 3"

yang mama dia dengar more..bukan small, maklumlah anak ku itu pelat.

mama jawab la "3"

Pas tu naye aje la kena syarahan dgn dia "mama ni, small..small tau tak..mesti la 1, kalau larger tu baru la 3..guna otak tau tak.."

amik ko. Tak pasal je, ye la mama time tu tengah syok layan the biggest loser kan..dengar pun sipi2 je la, dah kena syarahan dgn cikgu Hadif. :P

Perkembangan hadif diusia 5 tahun ni;

1. Dah kenal A - z
2. Counting pun dah boleh, tapi maths dia memang laju. Turun skill babah la nih, kalau ikut mama, adoilah..hiks.
3. Reading dah masuk book 3. Alhamdulillah.
4. Mulut memang becok. Baru ni bawak pi kedai makan, pas tu dia bantai menyanyi "fork..fork..this is a fork, knive..knive..this is a knive" sampai tergelak adik pelayan tu.
5. Sangat lah minat dgn kartun. bila la akan berakhir. yang ni tak tau ikut sape pasal mama dgn babah dia tak suka tengok kartun.
6. Berat dah reach 20kg tinggi tak ukur la pulak. Nanti nak ukurlah.
7. vocabulary dia sekarang ni dah banyak jugak lah, kira dah boleh berbual dgn orang using simple english word which impress mama and babah pasal baru 2 bulan lebih dia pi Q-dees. Alhamdulillah.
8. Dah boleh attend swimming class, kalau tak..macam ada shark dalam swimming pool tu.

Last but not least,
Mulut laser era sungguh... ada satu hari tu, di kampung, mak besar dia (kakak babah) suh pas buah betik kat mama dgn babah. Dia pas kat babah dia je, siap cakap "mama tak payah, sebab dia dah besar." huhuhu sangat melampau. Dan dia tak makan betik sebab takut lengan besar macam yaya dalam citer papaya tu...

alahai anak...

Thursday, March 12, 2009

Apa bila jiwa kacau

Aku tengah serabut perut. Jiwa kacau. dan macam2 lagi. Tambahan kawan karib aku aka hubby kat offshore. Tak de siapa tempat aku nak meluah perasaan. Biasalah dalam hidup, mana ada jalan senang je. Mesti lalui fasa2 berliku jugak. Tak de masalah dgn rumah tangga, ada masalah lain pulak. Normal. Tapinya aku ni, agaknya dah lama tak menangis, tu yang jadi gini. Bila dah nangis, dah bercerita bagai kat hubby, rasa lega.
kalau ler boleh ikut gi offshore ni..best tak agaknya? :P

Pagi ni received an email from hubby. He wrote something that really can make me smile. Lebar okeh. Always like that. He is the one who will always listen and make me smile. Thanks yang.


"Saya akan menjadi pendengar awak waktu keluh kesah awak. Di waktu perasaan libang libu.. Waktu gembira dan riang ria apatah lagi. Cheer up! Hidup bukan utk hanya memikirkan masalah.. Masalah adalah utk kita meningkatkan kematangan diri berfikir agar menjadi org yg lebih berkeyakinan bila diuji dengan masalah2 seterus. Bukan jatuh terduduk dan tak mahu bangun2 semula. Akan sampai ketikanya musim akan reda.. semuanya akan pulih seperti sedia kala


Saya sayang awak.. i love you.. Emuuah.. No one but you.. " - hubby-


panjang lagi emailnya, but yang ini memang meronton hati..yang lain2 tu antara aku dan dia sajor..hihihi


That's my hubby. Dari sebelum kawin, kalau dapat email dia, memang lah membuatkan aku senyum dari pagi sampai ke petang. Walaupun bidang kerja dia teknikal, tapi kalau dia menulis, gaya bahasanya memang mengalahkan aku. Aku suke. Tatkala aku tengah down, memanglah mujarab dapat email2 gini.


Walaupun perkahwinan dah masuk tahun ke-6, alhamdulillah, kami masih bercinta, masih saling rindu, masih bergelak ketawa, masih romantik (aiyooo romantik kah? tak de maknanya... hihihih) masih mengexplore (bahasa apa kah ini?) diri masing2, masih setia, masih gila2. Masih sama2 mengharungi saat suka duka panas sejuk. Gaduh2 manja, bebel2 manja tu biasa la kan? hiks.


p/s: Yang, thank you so much for lend me your ears, ur heart and ur love to me. I love u too, and will always do. Insyaallah mama akan kuat semangat, Allah tak akan menguji hambanya melainkan hambanya itu mampu menghadapi ujian dari-Nya, kan? :P

Wednesday, March 11, 2009

tak de mood

Tak de mood.
"kawan baik" buat lawatan. Patutlah aku hangin je semenjak dua menjak nih.

Hubby, sila baca: Yang, I miss u.. Like crazyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.

Hadif, sila baca: Tolong la jangan buat perangai...Mama sedihhhhhhhhhhhhhh.

P/s: aku utang tag dgn suei, sorry sis, nanti kak intan siapkan, otw tapi idea tak de.

Tuesday, March 10, 2009

Tag dari Sis Sue-i

1. List this rules on your blog
Udah.

2. Share 7 fact about you on your blog
- Saya sorang yang sangat kuat semangat. hihihi betul, tak tipu.
- Saya penyedih orangnya, mudah mengalirkan air mata kata tengok citer sedih kat tv. selalu kena gelak dgn hubby.
- Tak makan kari. Tak suka..tak suka...
- saya ni chubby orangnya. Sokong suei..tak suka guna pakai perkataan gemuk..kalau comel, tak pe.wakakakak
- dalam hidup saya, hubby dan hadif is my top priority.
- kalau marah, saya suka diam walaupun mulut saya ni sebenarnya bising. cam ne tu ek? kira kalau marah, dari seorang yang bising mulut terus kunci je mulut tu...hahahah
- Tak suka tido siang. Seboleh2nya elak dari tido siang, pasal kalau bangun dari tido tu mood boleh swing..huhuhu

3. Tell 6 unspectacular quirks of yours
- i hate number, kalau time sekolah tak sukat maths, dan sekarang, tak suka statistic..cam pening je, beza. sungguh dgn my hubby yang mesra number tuh!
- Kalau penat sangat, bercakap pun jadi tunggang langgang. Merapu je jadiknya..
- setakat ni, kehidupan alhamdulillah dipermudahkan. Alhamdulillah.
eh Suei, 6 tu banyak sangat le..cukup la 3 yek.wakakkaka

4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blog
Please scroll down to know who I want to tag okeh..


5. Link the person who tagged you
Suei


6. Leave comment for each blogger you have tagged
saya tak mo tag orang la ek...kekkekeke

7. Fact about Intanaziela aka Mama Hadif
1. Suka yang simple2 jek
2. Kalau marah memang la mulut terkunci..tapi hati sakit.. cam ne ek...bila la nak pandai menjawab nih..kekkekeke
3. Kalau nak tido tu mesti nak kena goyang2 kaki..tabiat ni turun ke hadif...dia pun sama..hihihi
4. Sangat pemaaf org nya..:P

oklah, sekian tag yang sudah di jawab...adoi..suei..ada satu lagi utang, lepas ni ko jangan tag kak intan lagi eh...kalau nak tag pun tunggu lepas 3 bulan jugak..hihihi



Friday, March 6, 2009

Tag dari Ibu Hanna

RULES..

1. Take a photo of ur child's wardrobe/closet..inside n outside


2. Explain in detail, how do you arrange everything..
kalau dalam almari tu, saya gantung saje baju2 dia, senang nak pakai, tak berkedut. hiks. Kalau dalam drawer baju pakaian harian dia, lipat2 pas tu susun je dalam tu. Tingkat satu letak baju2 pakai hari siang, tingkat dua letak baju2 tido dia, tingkat 3 letak seluar jean dan angkatan dgnnya, tingkat 4 letak ler sepentot, stokin, sapu tangan dll.

3. What do you have on top of the wardrobe / closet?
nan ado apo2...

4. Where did you keep your baby's old clothes?
Ada 2 beg besar, 2 kotak kat dalam stor. Masa hadif baby, mama dia ni sangatlah taksub membeli baju, ada diantaranya pakai sekali dua sajor. Sangat membazir. Sila jangan tiru sebab anak2 kita ni membesar dgn sangat cepat. Mulanya ingat nak simpan utk adik hadif, akan tetapi, sampai hadif dah berumur 5 tahun ni, bayang adik pun tak de, so saya plan nak kasi kat cousin baru hadif. Ada juga yang dah pun di berikan pada adik alif dan adik widad (kazen dia gak). Kira yang ada ni koleksi yang mama dia sayang ler,(baby guess, poney collection..dll) tapi bila fikir2 balik nak simpan buat apa, kasi aje la kan..kalau ada rezeki ada baby lain nanti belilah yang lain.. huhuhu.

5. Nak tag mereka2 pulak yek..

1. Sue-mama maryam
2. Mama Apih
3. Jiran ku - Anna


Jangan marah yek...daaaa....(sampai melambai2 cara siti nurhaliza kihkihkih)

Thursday, March 5, 2009

Topik Pagi

Aku layan sinar fm tiap2 pagi walaupun kak shilla kata tak boleh belah hihihhi. Tapi aku suka dengar celoteh Khairil, Salleh Yaakub dan Raja Azura. Buat aku gelak je memanjang. Pagi ni topiknya tentang bila cinta sudah pudar (lebih kurang gitu ler agaknya). Ada seorang pemanggil ni cerita yang suami dia dulu, masa bercinta, masa baru kawin kalau nak hantar pi keje sanggup tido depan pintu pagar, punyalah setian nak menghantar mak we, isteri dia nih ke pejabat. Tapi sekarang, kalau nak hantar, minyak kereta pun suruh isi sendiri. Wah, sungguh berkira di situ.

Pas tu ada pulak tentang isteri yang hatinya sudah tawar apabila sudah 15 tahun hidup bersama, sudah berkali2 suaminya curang. Kenapa mesti curang? kenapa mesti ada orang lain dalam hidup walhal yang seorang pun tak terlayan. Dalam hal ini, aku selalu ingat pesan hubby; "never give a start" once you start...susah untuk keluar dari episod itu. Aku pelik kenapa mesti jadikan alasan yang isteri itu ada kekurangan, bukankah suami isteri ini saling bergantungan. jika isteri buat silap, tegurlah, nasihatkan..tapi janganlah nasihat dgn bebelan, nasihatkan baik2. Tak perlulah gunakan alasan isteri itu lah, isteri inilah.

Kalau citer bab poligami ni, aku memang tak mo komen panjang2. Memanglah lelaki boleh kawin 4, sekiranya mampu. Mampu pulak bukannya hanya dari segi lahir batin, dari segi semua aspeklah kena adil. Kalau tak, senget lah bahu tu esok dek sebab sikap berat sebelah.

Dan, selepas mendengar celoteh2 di radio itu, buat aku berfikir, betapa beruntungnya aku sekarang. (esok2 belum tau lagi..) Hubby dari kawin sampai sekarang alhamdulillah dari segi tanggungjawab dan kasih sayang memang konsisten. Alhamdulillah, kebahagiaan hidup makin berganda dgn kehadiran Hadif. Kalau nak marah pun, bila pandang muka anak, terus tak jadi marah. Dan, rezeki kami sekeluarga pun alhamdulillah, ada saje rezekinya. Bak orang kata, rezeki suami, rezeki anak, rezeki isteri. :) but for sure, aku memang berpegang pada konsep keberkatan. Berapa pun kita ada, berapa pun kita dapat, kena sentiasa bersyukur.

Sebenarnya, semua ini atas sebab dan faktor diri sendiri jugak. Tepuk dada, tanya iman!

Wednesday, March 4, 2009

Tag dari Sue

Tag dari Sue


Rules:
It’s harder than it looks!Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people.Use the first letter of your name to answer each of the following questions.They have to be real…nothing made up!If the person before you had the same first initial,you must use different answers.You cannot use any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.



. What is your name : NUR AZILA



2. A four Letter Word : NONE



3. A boy's Name : NAJMI



4. A girl's Name : NAJLA



5. An occupation : NURSE



6. A colour : NAVY BLUE



7. Something you'll wear : NECKLACE



8. A food : NASI



9. Something found in the bathroom: NAIL CLIPPER



10. A place : NEW YORK



11. A reason for being late: NO ALARM CLOCK



12. Something you'd shout : NO....



13. A movie title : NANG NAK



14. Something you drink : NESCAFE



15. A band group & singer : NIRVANA/NURUL



16. An animal : NIGHTINGALE



17. A street name : NORTH PORT



18. A type of car : NISSAN SENTRA



19. The title of a song : NOTHING ELSE MATTER

oh Sue, sangatlah susah hihihi. Sampai kena cari ilham nak membuatnya kekekek. so, sebab tag ni menarik, nak tag insan2 terpilih

1. Mama Apih
2. Rosmona
3. Anna - My jiran
4. Mc Ta (kalau belum kena tag lagi...hihihi)
5. Suei

cukup ler 5, nak tag sampai duaploh tak dayo den doooo.... hiks

Entry tak de cerita

Kesibukan yang melanda. Mana nak siapkan assignment yang date due nya sudah hampir, dgn keje kat opisnya yang melimpah ruah.. (aiyook?) dan keje umah yang pending; iaitu, lipat kain. Dah macam bukit putus roman eh. kakakakka

Malam ni hubby balik ke offshore. Tinggallah kami dua beranak nih. Hari Isnin ni cuti pulak. Since babah tak de, so aku decide nak dok umah,siapkan assignment, pas tu bawak hadif ronda2 kat taman permainan kat area umah jek. hihihi.

Oklah, tak de citer menarik nak diceritakan. Tapi tangan ni gatal je nak menulis blog. till then, babai...

Sunday, March 1, 2009

Konsert Alam M. Nasir

Pergh. Baru dapat nak up date blog. Seharian ada kelas hari ni. Lunyai rasa badan. Mana tak nya, malam semalam pi tengok konsert Alam M. Nasir kat istana budaya. Memang kelas. No wonder dia dipanggil Sifu. bunyi muzik menusuk rasa sampai ke dalam darah...urat..dan sebagainya. Thanks to hubby sebab belanja tiket gi tengok konsert. Dapat duduk 5 row dari depan, tiket RM150, tiket yang lain sold out. Kami tak bawak kamera pun, amik gambar pakai hp hubby jek. Tengok ramai gak keluarkan kamera walaupun dah dipesan tak boleh bawak kamera. Overall memang best. M. Nasir tu bertenaga sungguh, 3 jam punya konsert non stop tuh. Aku amik feel tengok konsert ler. First time masuk panggung sari. Lepas ni nak pi tengok teater la pulak. Jom?


sebelum konsert bermula...amik feel..hihihi

nak juga possing..hiks

Bakal PM yg ke 6...


sekali lagi kena paksa senyum dgn hubby...

M. Nasir yang sangat cargass...

Balik dari Istana Budaya terus amik hadif kat umah opah dia, pas tu balik umah sambung buat assignment tapi tak larat, aku bantai tido.

So, nasib baik kuiz hari ni lulus walaupun sebaris ayat aku tak baca. Aduh..boleh pulak alarm bunyik kol 5 aku silentkan, dek sedap beno tido. Mujur terjaga, kalau tak lambat la pi kelas pagi ni. Habis kelas tadi hujan sangat lah lebat sampai tak nampak jalan. Sampai umah dalam kol 7.15 pm, terus masak lauk mudah...apa lagi..sambal sardin ler dan telur dadar. hihihi. Jadiklah, lepas gak perut yang lapar ni.

Oklah, nak tido. Jumpa dalam mimpi yek.. daaa :P


Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!