Tuesday, March 31, 2009

Damai Laut - Taiping - Shah Alam

Lepas beli sedikit buah tangan utk family dan kawan ketat, kami meneruskan perjalanan ke Taiping. Tak pernah aku ke Taiping walaupun 3 tahun aku di Manjung dan kawan2 baik aku dulu ada yang berasal dari Taiping. huhuhu. 3 jam baru sampai Taiping. Heran jugak kenapalah kete banyak sangat, rupanya ada penamaan calon utk pilihanraya bukit gantang. Patutlah perang poster di merata2 tempat. Meriah sungguh. Penuh la Taiping jadiknya. Bimbang je kalau Hotel Seri Malaysia tu fully book since hubby tak confirm booking pun. Nasib la bilik ada.

Plannya nak bawak Hadif tengok Safari Night, tapi dah namanya Taiping, kawasan tadahan hujan paling banyak sepanjang tahun, kan...nasib kami sebab petang tu hujan lebat bawa sampai ke malam, so we change our plan. Malam tu sekadar makan steamboat dan rehat2, lagipun perut aku masih tak sihat. Masih keluar masuk toilet sampai nak makan pun takut.

So, keesokkan harinya baru keluar jalan2 kat Taman Tasik Taiping yang membuatkan aku jatuh cinta dgn lanskapnya. Pokok2 besar yang dah ada dari zaman orang putih memang buat aku jatuh cinta. Rasanya orang bercinta memang suka la tempat cam gitu. Lepas bergambar bagai, kami terus ke Zoo Taiping.


Seronak betul berjalan dalam Zoo Taiping. Jangan tak tau, sampai dua kali kami naik train tu. Bak kata hubby, mak bapak yang terlebih excited. hihihi. Tapi memang seronok. Hadif pun enjoy sangat.




gambar mama dah babah hadif yang amik, boleh harap dah, tapi pakai camera phone ler, gambar dia tu pulak dia tengah tunjuk bibir dia dah tukar kaler sebab makan ice-cream. Macam2 budak ni tau..

Habis menjelajah Zoo Taiping yang best itu, kami meneruskan perjalanan menjejaki gerai mee udang di Tanjung Sepetang. Kami lunch dgn mee udang. Besar2 udang dia pasal kami mintak mee udang special gitu. Habis la lepas tu gatai hidung.. lepas makan kami bergerak balik ke Shah Alam. Hubby buat lawak konon nak terus ke Penang. Memang la dah tak jauh perjalanannya, tapi aku yang kena bekerja keesokkan hari ni rasanya tak larat nak layan mood cuti2 malaysia hubby tu... takut aku dah lupa apa yang patut aku buat kat ofis dek lama benar cuti. hihihi. Perjalanan yang lancar, kami cuma singgah minum kat R&R Tapah. Selamat Sampai Berjaya Park dalam pukul 6.30 petang. Alhamdulillah, percutian kami sekeluarga berjalan lancar. Semoga lepas ni Allah murahkan rezeki kami, dapat bercuti lagi tak kisah ke mana pun destinasi, asalkan bersama sekeluarga. Amin. :P

2 comments:

mc ta said...

uish..jalan2 sakan nih. Best tul nampak mee tuh. Mesti ramai org kan? maklum lah dah masuk TV3.. :-)

rosmona said...

mee udang..sangat menjejehkan air liur ku.. yummy..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!