Thursday, March 5, 2009

Topik Pagi

Aku layan sinar fm tiap2 pagi walaupun kak shilla kata tak boleh belah hihihhi. Tapi aku suka dengar celoteh Khairil, Salleh Yaakub dan Raja Azura. Buat aku gelak je memanjang. Pagi ni topiknya tentang bila cinta sudah pudar (lebih kurang gitu ler agaknya). Ada seorang pemanggil ni cerita yang suami dia dulu, masa bercinta, masa baru kawin kalau nak hantar pi keje sanggup tido depan pintu pagar, punyalah setian nak menghantar mak we, isteri dia nih ke pejabat. Tapi sekarang, kalau nak hantar, minyak kereta pun suruh isi sendiri. Wah, sungguh berkira di situ.

Pas tu ada pulak tentang isteri yang hatinya sudah tawar apabila sudah 15 tahun hidup bersama, sudah berkali2 suaminya curang. Kenapa mesti curang? kenapa mesti ada orang lain dalam hidup walhal yang seorang pun tak terlayan. Dalam hal ini, aku selalu ingat pesan hubby; "never give a start" once you start...susah untuk keluar dari episod itu. Aku pelik kenapa mesti jadikan alasan yang isteri itu ada kekurangan, bukankah suami isteri ini saling bergantungan. jika isteri buat silap, tegurlah, nasihatkan..tapi janganlah nasihat dgn bebelan, nasihatkan baik2. Tak perlulah gunakan alasan isteri itu lah, isteri inilah.

Kalau citer bab poligami ni, aku memang tak mo komen panjang2. Memanglah lelaki boleh kawin 4, sekiranya mampu. Mampu pulak bukannya hanya dari segi lahir batin, dari segi semua aspeklah kena adil. Kalau tak, senget lah bahu tu esok dek sebab sikap berat sebelah.

Dan, selepas mendengar celoteh2 di radio itu, buat aku berfikir, betapa beruntungnya aku sekarang. (esok2 belum tau lagi..) Hubby dari kawin sampai sekarang alhamdulillah dari segi tanggungjawab dan kasih sayang memang konsisten. Alhamdulillah, kebahagiaan hidup makin berganda dgn kehadiran Hadif. Kalau nak marah pun, bila pandang muka anak, terus tak jadi marah. Dan, rezeki kami sekeluarga pun alhamdulillah, ada saje rezekinya. Bak orang kata, rezeki suami, rezeki anak, rezeki isteri. :) but for sure, aku memang berpegang pada konsep keberkatan. Berapa pun kita ada, berapa pun kita dapat, kena sentiasa bersyukur.

Sebenarnya, semua ini atas sebab dan faktor diri sendiri jugak. Tepuk dada, tanya iman!

6 comments:

sya said...

Kak sya dengar le jugak.. dlm ketawa tu ada sedihnya

Intanaziela said...

kak sya: tu la..bila tang lucu tu ketawa, bila tang sedihnya tu, berbaur jiwang je perasaan..hihihi

~fiza~ said...

salam intan...
oo dah pindah umah yer..
patut tak aktif dah kat fp...
huhusumer pindah ke blogspot ni..
fiza jer yg tak reti nak buat blog..
fiza jarang dgr radio..
bila naik keter jer baru dgr radio..
tapi memang best kan kalo radio wat sembang2 macam tu.. takler dgr lagu jer... :-)

Intanaziela said...

fiza: intan masih masuk gak fp, cuma sekarang ni malas nak amik gambar, pas tu fp lemau..hihihi buat la blog jugak...boleh visit hari2 fiza dan anak2..hihihi

mama apih said...

I follow...Sentiasa bersyukur...Amat yang sangat...Moga kasih sayang keluarga ko dan aku berkekalan hingga hujung nyawa...Amin Ya Allah. Amin Ya Allah. Amin Ya Allah(nyanyi ikut lagu pengantin baru hehe)

rosmona said...

hehehe...kite suke.kite suke..mmg i follow ke,sy n krill ni..mcm2 bleh dapat.tp yg paling best dapat dengar dgn en suami..lagi menusuk qalbu..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!