Tuesday, March 31, 2009

Shah Alam - Damai Laut

Patutnya nak update blog live dari destinasi, tapinya kesihatan dan mood tak selari. Actually before vacation lagi dah kena "cerry berry". Entah kenapa, teruk betul kali ni. Makan je akan membuatkan aku berkejar ke toilet. Letih.

Percutian keluarga kecil kami ni tak la dirancang2 sangat. Kira last minute plan. Hubby kata kalau rancang2 tak jadi pulak, maklumlah, jadual masing2 sangatlah padat. So hubby book Damai Laut Swiss Garden Apartment. Alhamdulillah, selesa utk kami tiga beranak. Hadif macam biasa, tak lekang dengan PS2 dia ler. Yang paling menggembirakan hati aku, Hadif dah berani mandi dalam pool. Dah tak takut okeh. Kagum sekali. Siap tak payah la nak tunggu2 dia..tapi aku mana leh lepas pandang anak ku itu. Namanya anak sorang je. Agaknya sebab dia belajar swimming kat sekolah kot, tu yang menjadikan confident level dia sangat tinggi. Hiks.

Mula2 sampai di Manjung rasa macam sayu je hati ni. Mana taknya, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat aku merantau, belajar, mengenali rakan2 yang baik2 ..ada juga yang jahat2 hihihihi. Sempatlah kami ke pasaraya billion, (hubby gelakkan aku..jahat tau yang!) pas tu pi Lumut, makan nasi beriyani ayam madu yang maveles. Percaya tak, hari pertama tu pi makan, hari kedua pun pi makan lagi. Lepas ni tak tau bila pulak nak pi terjah kedai mamak tu. Che Effa UK, aku dah pi dah makan..hang bila lagi?

Banyak betul perubahan yang dah berlaku. Kira transfomasi sungguh la Manjung dan Lumut nih. Tempat aku makan laksa ramai2 dgn housmate K10 pun dah tak de. Taman Esplanade pun dah lain. Pasar Malam Manjung lagi la aku tak jumpa. Dah ada Mc Donald pun. Dulu, kalau nak makan Mc Donald kena pi Ipoh. Takat KFC dgn Marry Brown ada la kat Sitiawan tu. Hihihih.

Actually tak la menjejak kasih sangat sebab tak terpergi semua tempat dalam masa yang suntuk. Kami check in kat Damai Laut, pas tu rehat2 kejap dah layan Hadif ke pool. Sampai lewat petang. Malam keluar makan kat Lumut dan masa tu aku memang tengah tak sedap perut. Seksa sungguh rasanya. Balik ke hotel terus makan ubat dan layan cerekarama. Layanzzz.



malu la nak letak gambar ni, tapi letak je la for the seek of bukti walaupun percintaan dah masuk 9 tahun, tapi cinta masih hangat membara..fuyo...gila kentang!


Pagi2 Ahad kami breakfast di hotel dan terus bawak Hadif ke Pantai. Tapi tak lama sebab hubby tak minat tengok air laut yang keruh itu, terus bawak Hadif berkubang kat pool. Sementara anak bz main air, mak bapaknya sibuk dgn fotografi, hihihii. Lepas tu balik bilik, siap2 utk check out.

Percutian kali ni aman damai je rasanya sebab tak de rushing2 nak bershoping bagai. Rileks je. Beli sedikit buah tangan buat keluarga. Sempat cari fridge magnet dan poskad utk koleksi peribadi. Hubby kata "rasa happy dan best je bercuti cam gini...santai..." Aku pun setuju. Lepas ni nak gi mana pulak yang? I follow...

p/s: Manjung dan Lumut aku tinggalkan dengan perasaan bercampur baur. Rasa sayu dan sedih bila menjejak tempat2 yang meninggalkan kenangan, dan rasa gembira dan bahagia sebab aku datang kembali bersama hubby dan Hadif.

6 comments:

Ana said...

wahh bestnyaa intan..pegi tempat study dulu2kann..kitorg pun matrix kt ganu n tempat hubby terjatuh cinta kt ana kt ganu..last year celebrate 1st anniversary kt sana..mmg teringat giler laa..semua cita lama terbukak kembali..hehehe..ganu pun dah mkin maju skrg..
Damai Laut nie macam best jek ekk..buleh laa nk gi nnt ekk..hehehe

Intanaziela said...

ana: saje menjenguk tempat mengenal erti hidup suatu ketika dulu... ana di terengganu yek? intan selalu dah ikut hubby ke terengganu... gi la damai laut kalau sukakan privacy...tenang je..sesuai la dgn nama dia damai laut...damai... hihihi

effaglasgow said...

amboi3...gile kentang berlagak dah jumpe mamak sik briyani madu ko tu ey...xpe2..nnti aku blk mesia..aaaku pulak nk gi menteke kt situ tp xtau bile..huhuhu sedey!

Intanaziela said...

Effaglasgow: lama siot ko kat sana..cepat la balik...leh la ko lepas rindu dendam kat nasik beriayani ayam madu ko tu...ker ko rindu kat mamak kedai tu? hihihi lariks...

effaglasgow said...

siot je ko tan...mamaks tu rupe cm mane pun aku dah lupe daaa...! tan, insyaAllah aku blk raya thn ni...ko jgn lupe blanjer aku mkn ey hehe!!nnti aku roger2 ko!

rosmona said...

kuch kuch hotta hai... ala2 shah rukh khan ngan kajol ma...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!