Monday, March 16, 2009

Hadif oh Hadif

Sayu hati bila baca cerita tentang adik Madihah yang dapat 2oA dalam SPM. Ya Allah, kau berikanlah peluang untuk anak ku Muhammad Hadif mengecapi kejayaan seperti adik Madihah itu. Amin. Tak perlu ke asrama penuh, tak perlu tuisyen, tapi masih boleh berjaya.

Malam tadi, sewaktu mama tengah kusyuk tengok The biggest loser, anakanda Hadif busy membuat latihan matematik. Sangat kusyuk. Pas tu siap suh mama tulis soalan kat white board, dia jawab. hihihi. Roh rajin sudah mari. Sampai kol satu pagi melayan cik abang tu. Last sekali, bila naik atas katil, dia bantai membaca dalam gelap. Kena marahlah dengan mama. hihihi. Pagi ni pulak, bila bangun, terus capai buku dan pensel. Mama dia ni layankan aje. Since skul holiday, dia kena pi skul kat umah opah dia lah. Babah kata skul nengok kartun. hiks.

Apa pun, semoga Hadif menjadi anak yang baik, yang soleh, mendengar kata mama dan babah, rajin belajar, jadi orang yang berguna pada agama, bangsa dan negara.


Masih teringat2 telatah dia malam tadi

"Mama, which is small 1 or 3"

yang mama dia dengar more..bukan small, maklumlah anak ku itu pelat.

mama jawab la "3"

Pas tu naye aje la kena syarahan dgn dia "mama ni, small..small tau tak..mesti la 1, kalau larger tu baru la 3..guna otak tau tak.."

amik ko. Tak pasal je, ye la mama time tu tengah syok layan the biggest loser kan..dengar pun sipi2 je la, dah kena syarahan dgn cikgu Hadif. :P

Perkembangan hadif diusia 5 tahun ni;

1. Dah kenal A - z
2. Counting pun dah boleh, tapi maths dia memang laju. Turun skill babah la nih, kalau ikut mama, adoilah..hiks.
3. Reading dah masuk book 3. Alhamdulillah.
4. Mulut memang becok. Baru ni bawak pi kedai makan, pas tu dia bantai menyanyi "fork..fork..this is a fork, knive..knive..this is a knive" sampai tergelak adik pelayan tu.
5. Sangat lah minat dgn kartun. bila la akan berakhir. yang ni tak tau ikut sape pasal mama dgn babah dia tak suka tengok kartun.
6. Berat dah reach 20kg tinggi tak ukur la pulak. Nanti nak ukurlah.
7. vocabulary dia sekarang ni dah banyak jugak lah, kira dah boleh berbual dgn orang using simple english word which impress mama and babah pasal baru 2 bulan lebih dia pi Q-dees. Alhamdulillah.
8. Dah boleh attend swimming class, kalau tak..macam ada shark dalam swimming pool tu.

Last but not least,
Mulut laser era sungguh... ada satu hari tu, di kampung, mak besar dia (kakak babah) suh pas buah betik kat mama dgn babah. Dia pas kat babah dia je, siap cakap "mama tak payah, sebab dia dah besar." huhuhu sangat melampau. Dan dia tak makan betik sebab takut lengan besar macam yaya dalam citer papaya tu...

alahai anak...

2 comments:

MaMa 3H said...

Your hadif dah 5 years...my hadif baru 5 mths....

Intanaziela said...

MaMa 3H: dun wori ok..time flies very fast...hihihi

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!