Thursday, March 26, 2009

Cinta Luar Biasa

Ini sebenarnya topik basi. Tapi di ofis aku masih menjadi topik hangat okeh. Cerita cinta luar biasa. Tak kiralah, nak cinta tahap dewa ka, apa ka, tapi please laaa..tak payah make it obviously kat ofis sebab ramai tak tak leh terima kelakuan jelik itu. Aku katakan ia jelik apabila dgn selambanya berkelakuan seperti sepasang kekasih di hadapan orang lain. Dan, bertambah menjelikkan kerana orang itu adalah suami orang dan isteri orang!

Aku bukanlah typical yang baik saaangat. Tak juga typical yang over okeh. Yang sedang2 sahaja. Kalau di ofis, memang aku pilih kawan. Hanya berkawan dgn yang aku rasa boleh go on. Tak penting, bukan yang jenis menjaga tepi kain orang. Biasanya perbulan lebih berkisar pada perihal anak2, dan keluarga. Bukan bekisar pada kisah rumahtangga orang lain, jenama2 mahal pakaian (oh please, aku memang tak boleh belah kalau citer pasal topik ini...) ke mana destinasi percutian dan banyaaakkk lagi. Selalunya, orang yang suka tinggi diri ini, cakapnya saje yang berdentang dentung, tapi realitinya, nak pergi bercuti dgn keluarga pun tidak. kira cakap tak serupa bikin gitu.

Aku jadi hangin ni sebab si Polan (perempuan) dengan bangganya bercerita tentang buah hatinya Si Polan (lelaki) pada aku. Dan menyedihkan kerana isteri lelaki itu sedang mengandungkan anak yang ke-3. Senangkan jadi orang lelaki, rasa nak jatuh cinta sekali lagi, tak kisah. Rasa nak pasang satu lagi, tak kisah. Ikut hentam mat labu saje. Banyak kacak muka dia. Dah la tu, dengan bangganya show off kat orang lain. Aku doakan Allah beri petunjuk. Janganlah biar kami turut bersubahat dgn cerita cinta luar biasa ini. Ye la, tak kan nak jadi tukang sibuk pulak. Apa yang boleh kami buat, doa aje la biar yang benar akan keluar dari yang tidak benar. Belas sungguh bila mengenang isteri si lelaki itu yang sedang sarat mengandung itu terkapai2 sendiri mengurus keluarga pabila suami dah mabuk kepayang bercinta karat!

Dan ini bukanlah satu2nya cerita cinta luar biasa yang terjadi. Ada yang dah bercerai berai dgn isteri dek gilakan orang lain. Sanggup tinggal 3 orang anak mengejar cinta baru. Pada aku, cinta plastik. Hanya kerna jumpa yang lebih bergaya, lebih seksi, lebih muda, sanggup berpaling tadah. Tapi tak pe kan, dunia ni bulat, dan orang itu pun bukan selamanya muda. Sok dah tua sok, sapelah agaknya yang nak menjaga dia kan!

Itu nasib orang. Nasib aku belum tahu. Setakat ini, alhamdulillah. Tapi kita tak tau bila Allah nak menguji kita, mintak2nya aku tak lah melalui fasa menyakitkan itu. Amin.

Dear Hubby, please take note. I will always remember what u advise me. Do not give a start. And please do it so. Okeh. I love u, and will always do. Tak kira apa. Panas, hujan, kemarau akak tak kisah. Bak kata Aiman, Aiman tak kisah.

9 comments:

@hasney^-^ said...

Hmm ntahlaa Intan, hal sebegini kat mana-mana pun terjadi..even at my office....dulu ada satu kes..anak dara bercinta ngan laki orang anak 5 tau..last2 bercerai berai gak, dowang seronok n mcm tk bersalah jerk dpt kahwin..but now..I pun dh tak tahu aapa kisah makhluk dua org tu..

Itulah lelaki, dah ada nak bini, bukannya nak didik nak jaga perihal rumahtangga tu bebaik. Dah tu pulak yg dah berlaki, bukannya nak jadi wanita, isteri dan ibu2 yang baik pada anak-anak. Sebab tu lah byknya gejala maksiat disana sini sekarng nih...mmg menakutkan..tp itulah bila difikirkan balik..'akar tunjang yakni ibu bapa' sepatutnya bagi contoh teladan yg bebaik selain ilmu agama, InsyaAllah ditambah dgn kesedaran semua ini takkan terjadi..tp itulah, nak kata lumrah dunia pun..ramai yang didalam situasi tu. seolah2 rasa mcm tak bersalah.....

Sebagai seorang wanita, ibu dan isteri, hasni pun takut jugak melalui situasi sebegini, cuma tawakal dah berserah saja kepada Allah mohon agar hidup kita sekeluarga aman damai dan sejahtera dan diberkati Allah .

aku said...

intan

kesian nye dengar citer nih
kesian dekat suami si pompuan sbb dah nak kena tanggung dosa isteri.

kesian jugak kat isteri si lelaki tuh..sbb isteri tgh peknen...aduii seksa nye jiwa pompuan ngandung tuh
sian ler dgr....

kalau dia x abai isteri xpe la

ni bercinta sapai lupa tgjawab nih
tuh yg payah

dah ler tuh..both dah berkawin
diorg x malu ker?
atau x risau ke suami or isteri memasing dpt tau?????

aku said...

oppps

my latest link

mrsfarah.blogspot.com

byezuera said...

kat opish bye neh pon de gak couple2 "luarbiase" gi2..pelik kan??laki org ngan bini orang,laki org ngan gurl2 yg konon hot..huhu..mintak dijaohkan..aminn..

mama apih said...

Bukan cinta luar biasa dah ni...cinta tak kenang jasa...what u give, u get back...tengokla nanti..Allah Maha Adil...Nauzubillahiminzalik...

aNIe said...

Intan...sekarang ni cinta luarbiasa tu kadang jadi kebanggaan yang di ceritakan sana sini...dulu masa akak kerja kat sebuah pej. kerajaan...sorang kerani kat head office tu bercintan cintun dengan anak dara...siap cakap dia nak anak laki tapi wife dia tak boleh mengandung lagi...tapi bila tgh hangat bercinta tup tup dpt tau wife dia mengandung pulak...

mc ta said...

ish..ish..macam peel lah org opis intan ni ek..majmuk betul perangai nya..keh..keh..

Intanaziela said...

Hasney: memang kat mana2 pun ada manusia gitukan..tak menghargai apa yang Allah dah beri...

farah: manusia macam tu mana tau malu..dah jadi mainan idup diorang..berhenti kejap..pas tu buat balik...

byezuera: jangan buat gitu tau...ko biar setia pada yang satu jek..hihihi

mama apih: betul tu, cinta tak mengenang jasa...

kak anie: ye la, cakap bini tak boleh kasi anak la..xlast bini mengandung..apa nak kato?

mc ta: selagi bergelar manusia..macam2 ragam...hihihi

Ana said...

intan, kt opis ana pun ada..dah kena bentikan salah sorg..yg x percayanyaa pmpn melayu kita dengan laki k*ling..aduhh..dua2 dah kwin..yg pmpn nie siap gi jmp bomoh lagi nk buat laki nie ceraikan bini
dah nk kiamat agaknyaa kann..kenapa laa manusia xleh nk pk mana baik n buruk kann..
nauzubillah jadik kt kita..mintak simpang..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!