Sunday, March 1, 2009

Konsert Alam M. Nasir

Pergh. Baru dapat nak up date blog. Seharian ada kelas hari ni. Lunyai rasa badan. Mana tak nya, malam semalam pi tengok konsert Alam M. Nasir kat istana budaya. Memang kelas. No wonder dia dipanggil Sifu. bunyi muzik menusuk rasa sampai ke dalam darah...urat..dan sebagainya. Thanks to hubby sebab belanja tiket gi tengok konsert. Dapat duduk 5 row dari depan, tiket RM150, tiket yang lain sold out. Kami tak bawak kamera pun, amik gambar pakai hp hubby jek. Tengok ramai gak keluarkan kamera walaupun dah dipesan tak boleh bawak kamera. Overall memang best. M. Nasir tu bertenaga sungguh, 3 jam punya konsert non stop tuh. Aku amik feel tengok konsert ler. First time masuk panggung sari. Lepas ni nak pi tengok teater la pulak. Jom?


sebelum konsert bermula...amik feel..hihihi

nak juga possing..hiks

Bakal PM yg ke 6...


sekali lagi kena paksa senyum dgn hubby...

M. Nasir yang sangat cargass...

Balik dari Istana Budaya terus amik hadif kat umah opah dia, pas tu balik umah sambung buat assignment tapi tak larat, aku bantai tido.

So, nasib baik kuiz hari ni lulus walaupun sebaris ayat aku tak baca. Aduh..boleh pulak alarm bunyik kol 5 aku silentkan, dek sedap beno tido. Mujur terjaga, kalau tak lambat la pi kelas pagi ni. Habis kelas tadi hujan sangat lah lebat sampai tak nampak jalan. Sampai umah dalam kol 7.15 pm, terus masak lauk mudah...apa lagi..sambal sardin ler dan telur dadar. hihihi. Jadiklah, lepas gak perut yang lapar ni.

Oklah, nak tido. Jumpa dalam mimpi yek.. daaa :P


9 comments:

aNIe said...

Hmmm...intanaziela...akak ni tak pernah le dpt tgk konsert2 macam ni...

mc ta said...

konsert M.Nasir..best..best ..apsal tak ambik gambau ngan dia?
dia org tarak bagi ka?

Intanaziela said...

kak anie: intan ikut hubby je kak..dia nak kasi isteri dia ni merasa masuk panggung kat istana budaya tu..hiks

mc ta: nak amik gambau camne, habis je konsert terus ke kereta..nak cepat balik..teringat hadif yang tinggal kat umah opah tu..hihihi

Mrs. Hasanif said...

syoknya dpt tgk konsert m.nasir... jeles2...

Intanaziela said...

sue: nanti kalau ada lagi moh la kita pi nak? hihihi

zully said...

syoknya..pi berdua lak tuh...perghh...i pun suka m nasir..tapi idaklah berpeluang g konsert bagai nih..hehehe...

Intanaziela said...

zully...biasalah, dok teringat anak je, tapi kena ada masa utk berdua jugak..mengeratkan hubungan hihihihi

rosmona said...

akak, lupa la nk soh kim salam ngan en. M. Nasir arituh...heheheh..

Intanaziela said...

rosmona: la, awat tak cakap awai2..hihihi

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!